Bahan A
3 cawan tepung gandum
5 cawan santan
3 biji telur
1 sudu besar minyak masak
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
Bahan B
200gm daging cincang
6 sudu kecil rempah kari
1 labu bawang besar dimayang halus
2 ulas bawang putih ditumbuk
1/2 cawan sos tiram
garam dan gula secukupnya
Bahan
hiasan
3 batang daun sup-dipotong halus
2 biji cili merah-dipotong halus
Cara-caranya;-
Bahan A
Campurkan semua bahan diatas dan kacau sehingga
sebati. Jika anda mahu, anda boleh masukkan dalam mesin pengisar dan kisar
sebati.
Bahan B
Tumis bawang putih, bawang besar sehingga garing
dan naik bau. Masukkan daging dan rempah kari dan semua bahan2 diatas. Goreng
sehingga air kering.
Ketepikan.
Cara
membuatnya
Panaskan acuan, sapukan sedikit minyak diacuan
supaya tidak melekat.
Tuangkan adunan tepung kedalam acuan, biarkan
sebentar
Masukkan sedikit bahan B ditengah-tengahnya
Kemudian taburkan hirisan cili merah dan daun sup.
Tutup acuan dan biarkan ia sehingga masak.
2 comments:
Baru hari Jumaat lepas kakak makan kuih ini di majlis yasin/tahlil jiran kakak. Anak kakak suka tapi dia buang dulu cilinya...
best ! =)
Post a Comment