KLIK LA

Showing posts with label RESEPI ROTI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI ROTI. Show all posts

Tuesday, July 22, 2014

RESEPI: PANCAKE PISANG

Hi korang buat pe..masak pe arini...mesti beli kat luarkan...ala tak pun serbu rumah terbuka...petang nanti dah plan ke nak santap apa...
pas raya mesti tengah keringkan...
ala apa susah rumah terbuka banyak...serbu je...

Ok GK nak kongsi satu resepi yang paling simple dan murah kosnya iaitu PANCAKE PISANG...ala kalau bahasa melayu orang panggil penkek a.k.a lempeng..bukan lempang okesss.

Tadi search satu blog ke satu blog pastu terjumpa blog ni http://www.blogilates.com/...
blog mat salleh uoall....best gak lepak blog si cassey nie...seksi pun ye...cuci mata la tengok blog dia hahahaha...GK jeles tengok perut dia...slim okeis....bila aku nak slim macam tu hahahaha...

 ok la penat korang dok baca GK merapu...ada setengah orang just nak tengok resepi je....yang kita tulis memanjang bukan nak baca sangat....hahahaha...

RESEPI PANCAKE PISANG:

BAHAN-BAHAN:
1) Sebiji pisang saiz ikut korang la...
2) 2 biji telur ayam..gred apa terpulang 

CARA MEMBUAT PANCAKE: (tengok gambar dibawah)



Tak paham juga dia buat macam mana nah video korang layan bagi paham...mudah je...semudah A..B..C..

Thursday, June 21, 2012

RESEPI SANDWICH TUNA



Selamat petang ibu-ibu semua..
esok nak buat menu apa untuk bagi anak-anak anda bawa ke sekolah...
ok hari nie GK nak kongsi satu resepi yang mudah dan jimat wang ringgit dan masa untuk ibu-ibu buat untuk anak-anak tersayang...
resepinya ialah Sandwich Tuna:


BAHAN-BAHAN:
- 6 KEPING ROTI (DIBAKAR TERLEBIH DAHULU)
- 2 BIJI KENTANG (DIPOTONG ENAM DAN DIGORENG TERLEBIH DAHULU)
- 1 TIN TUNA (SEDERHANA)
-BUTTER
-3 BIJI TOMATO
1 BIJI TIMUN
1 BIJI BAWANG BESAR (DICINCANG)

BAHAN HIASAN:
- SALAD
-LOBAK CINCANG

CARA BUAT:
- MULA-MULA BAKAR ROTI DULU
-PASTU SAPU BUTTER DAN LETAKKAN TUNA
- PASTU LETAK TIMUN,TOMATO,KENTANG,BAWANG,SALAD

Nota Kaki:
Selamat menjamu selera...

Friday, June 1, 2012

RESEPI ROTI JALAN DENGAN KARI AYAM




Petang -petang macam nie kalau menjalan roti best juga.hhehehehe...buat roti jala bukan payah pun ada tepung gandum,serbuk kunyit denga telur dah boleh buat dah...janji ada acuan roti jala..kalau tak de acuan guna daun pisang pun boleh korang gulung buat muncung sikit dah boleh menjala...
Ni la acuan roti jala..nak beli murah je GK beli satu RM1.50 je...
Ok jom terjah resepi roti jala dan kari ayam sebagai pencicahnya... 
Resepi : Roti Jala
Bahan-bahan :
1. Tepung gandum 1/2 kg
2. Telur sebiji
3. Serbuk kunyit (boleh pakai pewarna)
4. Garam
5. Air
6. Santan/susu cair

Cara-cara :
1. Kisar telur, santan, serbuk kunyit dan garam.
2. Kemudian masukkan kedalam tepung dan campur dengan sedikit air.
3. Gaul bagi tepung sebati. atau Masukkan tepung dan sedikit air kemudian kisar bagi tepung cair dan tidak berketul.
4. Siap dan boleh menjala
Nak tau resepi kari ayam tak sebagai pencicah rati jala..terjah nie pulak..


Cara-cara (kari ayam)
  1. Bawang besar, bawang putih dan halia dicincang halus. Kemudian tumis rempah-ratus dan bahan-bahan ini dalam minyak yang panas sehingga keperangan.
  2. Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air. Kemudian masukkan santan.
  3. Masukkan isi ayam dan biarkan sehingga masak.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Thursday, January 19, 2012

RESEPI ROTI BUN MEXICO



Bahan-bahan ( 17 biji )

Bahan untuk Inti 

  1. 100 gram mentega bergaram, dilembutkan
  2. 1/4 sudu teh esen vanilla
  3. 35 gram gula perang
Bahan untuk Topping
  1. 100 gram mentega, dilembutkan
  2. 80 gram gula aising, diayak
  3. 2 biji telur, dipukul sedikit
  4. 3 sudu makan NESCAFE dicampurkan dengan 2 sudu besar air
  5. secubit serbuk kayu manis, boleh dicampur kedalam esen kopi
  6. 100 gram tepung serbaguna, diayak
Bahan untuk Doh Manis 
 
500 gram tepung roti, diayak
20 gram tepung susu, diayak
75 gram gula kaster
1 sudu teh) garam
1 1/2 sudu teh yis segera
1 biji telur, dipukul sedikit
270 gram (270 ml) air atau susu segar (kalau sudah menggunakan susu tepung jangan guna susu tapi gunakan air)
60 gram mentega, dilembutkan

Cara-cara

  1. Cara untuk Intinya Pukul mentega dalam mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen vanilla dan gula perang dan pukul hingga sebati. Tuangkan adunan kedalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk. Bahagikan adunan inti kepada 10 gram dan bulatkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  2. Cara untuk Topping Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu. Masukkan telur sedikit demi sedikit. Masukkan esen kopi. Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati. Masukkan kedalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  3. Cara untuk Doh Manis Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam didalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit. Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit. Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin. Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 55 gram (boleh dapat 17 bahagian). Bentukkan bulat. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit.
  4. Cara untuk membuat Roti bun nie Menggunakan telapak tangan leperkan adunan roti. Letakkan inti ditangan dan tutup dan kemaskan (mesti tutup betul kalau tidak sewaktu membakar inti akan terkeluar dan cair). Bentukkan bulat dan letakkan atas loyang pembakar yang telah disapu mentega. Ulangi untuk bulatan roti yang lain. Letakkan roti pada jarak 7.5cm diatas loyang pembakar. Ketepikan untuk diperap selama 45 minit didalam suhu suam. Pipe toppping diatas roti bentuk spiral (bulat-bulat) bermula dari tengah. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga roti kekuningan.

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg