KLIK LA

Showing posts with label TIP KURANGKAN STRESS. Show all posts
Showing posts with label TIP KURANGKAN STRESS. Show all posts

Monday, November 19, 2012

7 LANGKAH TANGANI STRESS DI TEMPAT KERJA

Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan Anda
  • Akui kekuatan dan kelemahn dalam diri anda.
  • Bersikap positif semasa melakukan pekerjaan anda.
  • Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan anda.
  • Merasa seronok bekerja.
 
    
  
Rancang Kerja Anda
  • Kendali masa anda dengan bijak
  • Beri keutamaan pada kerja yang penting.
  • Jangan bertangguh kerja.
  • Elakkan membawa sebarang tugasan balik ke rumah.
  • Mengagihkan kerja dengan bijak.
   
    
   
Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah
  • Lihat masalah dengan rasional dan rancang penyelesaian secara sistematik.
  • Senaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan serta langkah-langkah menanganinya.
  • Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian.
  • Ambil tindakan secara wajar.

 
  
Mempunyai Sikap Yang Betul
  • Terhadap Perubahan Dalam Kerja.
  • Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku
  • Rancang perubahan secara teratur.

 
  

Amalkan Komunikasi Berkesan Di Tempat Kerja
  • Amalkan sifat tegas (assertive) bukan garang (aggressive).
  • Luahkan pendapat anda secara sopan, tegas dan jelas.
  • Hormati pandangan rakan sekerja anda.
 
 
Tingkatkan Sokongan Sosial di Tempat Kerja
  • Wujudkan ikatan persahabatan sesama rakan sekerja.
  • Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu anda dan rakan sekerja di dalam menangani sebarang masalah.
  • Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar.
  • Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah.
 
  
Amalkan Cara Hidup Sihat
  • Luangkan masa untuk beriadah.
  • Dapatkan tidur yang mencukupi
  • Bersenam selalu.
  • Berurut atau mengunjungi spa.
  • Bercuti.
  • Adakan aktiviti/hobi yang menyeronokkan.
  • Jauhi diri dari arak, rokok dan dadah.
  • Amalkan nilai-nilai murni dah berpegang teguh pada ajaran agama

PUNCA STRESS DI TEMPAT KERJA


  1. Jenis Pekerjaan
    Suasana tempat kerja, tekanan kerja yang berpanjangan dan perubahan cara pengendalian kerja.
  2. Peranan
    Kerja dan peranan yang sentiasa berubah-ubah secara kerap atau pekerjaan yang merbahaya.
  3. Perhubungan
    Konflik sesama rakan sekerja dan majikan.
  4. Kerjaya
    Kurang insentif dan penghargaan dari majikan, kecewa terhadap suasana kerja, tidak dinaikkan/diturunkan pangkat, hilang pekerjaan.
  5. Perubahan dalam organisasi 
    Perubahan dalam struktur dan pengurusan organisasi secara mendadak meningkatkan kekeliruan dan tekanan kepada pekerjaan.

TANDA-TANDA STRESS


  • Bersikap ganas (panas baran)
  • Gelisah
  • Gangguan selera makan
  • Gangguan tidur
  • Hilang tumpuan, motivasi
  • Kemurungan
  • Kerisauan yang berlebihan
  • Kelesuan
  • Mudah meradang
  • Perasaan bersalah

Friday, October 1, 2010

Tip Kurangkan Stress Di Tempat Kerja

Korang rasa stress tak masa kat tempat keje?kalau betul takpe jangan risau...saya ada beberapa tip yang boleh dikongsi bersama....hopefully pasnie korang akan senantiasa happy je nak pi keje....
 
1.Membaca kisah lucu:
http://4.bp.blogspot.com/_XRzr_3n92jc/TDSdwgYXxyI/AAAAAAAAA58/PY408MxY5HI/s320/gelak_saje_saje_20090803_1542653372_thumb%5B8%5D.jpg 
Sebelum start keje baca bismillah dulu...kalau mood tak mai juga korang cari kat internet koleksi kisah lucu...korang baca la...jangan la sampai ralit (khusyuk) baca sampai lupa lak nak buat keje.. ('_')

2.Berbual dengan teman sebelah.
http://lucycute.files.wordpress.com/2009/07/afe65_gosip.gif
Tip kedua, kalau korang nie memang spesis mam jarum kalau tak bercakap rasa dunia nie gelap...sebelum mula keje korang story mory la dulu dengan member sebelah meja korang..jangan tanya hal peribadi dia dah la...nanti korang kena sembur lagi bertambah stress...

3.Ke pantri atau kafe.
http://anayusof.files.wordpress.com/2010/08/makan.jpg?w=300
Tip yang ke 3 nie best sikit..ala pala dah tensen nak pikir pun tak leh dah....apa kata korang lepak dulu kat pantry..rasa malas nak buat air kopi secawan...korang lepak je kat cafe...tapi dok jap dah la...jangan lama2 nanti boss mare...

4.Ke tandas.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiZ3pFUifTYQ5hM4JmFwzYBbr-B_95RrxI-yfPSFbMSoq8Buu5g9r7JJ0hxO52zluDkuJPW6kcIqMUJ6Dlm6KBFcumd3t3YryT8G5dl5i7q_4cNrDUE8ABq4rfpcjRXHvo1DRVlBDB3SVBG/s320/kentut.jpg 
Kalu tip yang kat atas tue berguna sangat..korang buat lak tip nie..korang rajinkan la diri pi toilet..kalo boleh pilih toilet yang jauh dari opis korang...mesti hilang sikit stress tue...

5.Berkunjung ke tempat baru.

Kalau korang merasa terlalu tertekan, tinggalkan tugasan dan keluar daripada pejabat. Berkunjung ke tempat baru dapat mengurangkan tekanan dan kesegaran yang berbeza. atau dalam bahasa kasarnyer...
http://melissaserenity.com/wp-content/uploads/2010/07/i-quit.jpg
BERHENTI KEJE JE...SURE HILANG PUNYER LA STRESS KORANG TUE...

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg