KLIK LA

Showing posts with label MUTIARA KATA. Show all posts
Showing posts with label MUTIARA KATA. Show all posts

Wednesday, September 24, 2014

DEFINASI BERKAWAN DARI SUDUT BERBEZA

ucapan sempena hari berkawan
Kata mak, К∂ω∂Ν tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang.
Kata abah, К∂ω∂Ν tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit.
Kata atuk, К∂ω∂Ν tu seperti air, terus mengalir.
Kata nenek, К∂ω∂Ν tu bak bulan, dipuja disanjung tapi nun jauh di sana.
Kata saudara, К∂ω∂Ν tu macam makanan, kawan makan kawan!
Kata abang, К∂ω∂Ν tu seperti lembu, mengikut saja apa yang dikata.
Kata kakak, К∂ω∂Ν tu tak ubah macam durian, bau je busuk tapi sedap dimakan.
 Kata adik, К∂ω∂Ν tu macam biskut, sekejap ade sekejap tak ada.
Kata saya, К∂ω∂Ν tu ✗ kisah lah macam mana, walaupun dia    
- �� IBARAT LEBAH.  
- UMPAMA ROS.      
-  SEPERTI AIR.    
-  BAK BULAN.        
-  SEPERTI LEMBU.
- ��BUAH DURIAN        
-  MACAM BISKUT.     
Dia tetap К∂ω∂Ν, tahu✗sebab apa? Sekali kita dah К∂ω∂Ν. macam apapun rupa bentuknya selamanya dia tetap К∂ω∂Ν kita. Itu cara kita berК∂ω∂Ν!
Walaupun kita mempunyai harta yg banyak, К∂ω∂Ν tetap paling berharga.

Jom la kita berkawan...uols follow my blog..i will follow u back...

Tuesday, September 23, 2014

3 Tanda Apabila Kucing Datang Pada Kita Ketika Kita Sedang Makan

Bila kita makan di kedai makan.
Tiba-tiba ada kucing datang.
Minta makanan dengan kita.
Kenapa tak pada orang lain?
Saya biasa alami situasi ini.
Saya dapat rungkaikan.
3 tanda apabila kucing datang.
Kepada kita bukan orang lain.

Pertama.
Allah sedang bagi tahu.
Makanan kita hak kita itu.
Bukan semuanya rezeki kita.
Sebahagiannya rezeki kucing itu.
Sebab itu ia datang pada kita.

Kedua.
Allah sedang bagi tahu.
Apabila kita memberi makanan.
Kepada kucing itu.
Rezeki lain akan Allah ganti.
Yang lebih baik.
Sebab 1 kebaikan itu.
Allah balas 10 kebaikan @ pahala.
Allah Maha Mampu.
Bagi lebih dari itu.

Ketiga.
Allah sedang bagi tahu.
Apabila kita tak memberi makanan.
Kepada kucing itu.
Sebenarnya kita.
Sedang menolak rezeki baru.
Allah nak bagi kepada kita.

Rezeki itu luas.
Bukan hanya pada wang.
Tapi meliputi semua kehidupan.
Ingin ikhlas memberi.
Berilah pada haiwan.
Kerana haiwan tak pandai
Ucap terima kasih kepada kita.
Ia hanya tahu minta dan makan.

Friday, May 10, 2013

13 PERKARA YANG PERLU DIJAGA OLEH WANITA

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)


2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah .


3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.
(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)


4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.


5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)


6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Tuesday, March 22, 2011

SENYUMANMU MENAWAN SAYANG

 http://www.cosmosmagazine.com/files/imagecache/news/files/news/20080722_smiling_baby.jpg

Ketika kamu lahir,
kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, 
ketika kamu mati,
kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis.

Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan dapat musnah. 
Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum,
karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. 
Semoga kamu menemukan orang seperti itu.

MUTIARA KATA UNTUK WANITA SOLEHAH

http://deco-00.slide.com/r/1/0/dl/rjkbXv7v5D9eKDFvCTeU9gN5RSyzB7Io/watermark

"Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah" (Hadis Riwayat Muslim) 


Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi saw bersabda : 
"Perempuan itu dikahwini kerana 4 perkara,iaitu kerana hartanya,keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya,maka pilihlah kerana agamanya kelak engkau akan bahagia" (Hadis Riwayat Muttafaqun Alaih)   


"Sekiranya aku ini manusia yang boleh memerintahkan mana-mana manusia untuk sujud kepada manusia lain,maka aku akan menyuruh para isteri sujud kepada suaminya kerana besarnya hak suami yang dianugerahkan Allah atas mereka" (Hadis Riwayat At-Tirmizi) 


"Mana-mana perempuan yang melakukan sembahyang 5 waktu,berpuasa dibulan ramadhan,menjaga kehormatannya dari yang haram dan mentaati suami,maka masuklah ia kesyurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki" (Hadis Riwayat Ahmad) 


Tuesday, November 9, 2010

MUTIARA KATA: SIFAT TEMAN SEJATI

Dalam mencari teman kita berharapkan teman yang hadir adalah teman sejati...
Tapi kadang kala kita lupa..
Adakah kita ini tergolong dalam golongan orang yang sejati?
Layak ke kita mendapat teman sejati?
Apakah ciri2 teman sejati?
Disini saya ingin berkongsi dengan kalian maksud teman sejati yang sepatutnye kita miliki.

Saya reka khas wallpaper ini untuk anda semua...

MUTIARA KATA: PESANAN UNTUK MU WANITA

Renunglah kata-kata ini, semoga kita semua di bawah rahmat ILAHI..
Dalam mencari kemewahaan duniawi 
Jangan la kita lupa peranan kita sebagai seorang isteri...
Sesungguhnya syurga seorang isteri dibawah telapak kaki suami..
Saya reka khas wallpaper ini untuk semua wanita di dunia ini...
Kalau insan yang bernama lelaki berkenaan ambik la....
bagitau dulu ye...

MUTIARA KATA: KAULAH WANITA

Saya sedar blog saya ini ramai yang singgah dikalangan kaum hawa...
Bagi menghargai kaum hawa di dunia ini 
Saya tersentuh untuk berkongsi kata-kata 
yang saya petik dari ayat Al-Quran 
(minta maaf saya terlupa dari surah apa)
Semoga kalian suka la...
Saya hasilkan sendiri design untuk wallpaper ini...

MUTIARA KATA: SIFAT SAHABAT YANG DICARI

Arini tak nak post pasal resepi dah..tapi saya nak buat entry pasal sifat sahabat yang perlu dimiliki oleh setiap insan...
Nie wallpaper yang saya reka cuma kata2 dia saya pinjam kata2 riwayat hadis...

cantik tak?

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg