KLIK LA

Showing posts with label RESEPI KUIH MUIH. Show all posts
Showing posts with label RESEPI KUIH MUIH. Show all posts

Thursday, June 21, 2012

RESEPI CUCUR BADAK

Salam semua...bulan ramadhan dah nak dekat nie...jadi GK nak kongsi resepi mak GK akan buat menjelang ramadahan iaitu CUCUR BADAK...inti dia of course udang la dia tak letak badak pun...hehehehe..
Ni la resepi dia..


Bahan-Bahan:
Ø  600 gm keledek
Ø  2 cawan tepung gandum
Ø  minyak secukupnya

Bahan inti:
Ø  ½ biji kelapa parut
Ø udang
Ø  8 ulas bawang merah
Ø  3 batang serai 
Ø  10 biji cili kering
Ø  ½ sudu teh ketumbar
Ø  ¼ sudu teh jintan manis
Ø  ¼ sudu teh jintan putih
Ø  ¼ sudu teh kunyit
Ø  minyak masak
Ø  garam
Ø  2 cawan air

Cara:
Untuk inti, mesin cili kering, ketumbar, jintan manis, jintan putih, serai, bawang merah, kunyit dan udang. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang dimesin ini hingga kekuningan. Kemudian masukkan kelapa parut, air dan sedikit garam. Kacau hingga sebati. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Untuk kulitnya, rebus keledek hingga empuk. Setelah masak, angkat dan tuskan. Buang kulitnya dan lecek hingga lumat. Masukkan tepung dan uli hingga sebati. ambil sejemput adunan dan leperkan. Masukkan inti di tengahnya dan tutup kembali adunan tadi. Buat sehingga selesai. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng cucur badak hingga berwarna coklat muda. Setelah itu, angkat dan hidangkan.

Wednesday, May 30, 2012

RESEPI KUIH KASWI

Salam,puan-puan semua..masak apa petang nie..kering menu dah ker?GK kalau petang-petang macam nie teringat la nak buat kuih kaswi..kalau belah utara panggil kuih koswi...tah la lain tempat lain panggilanya betul tak?ok la GK nak kongsi resepi kuih kaswi yang GK ambik dari chef terkemuka malaysia sapa lagi kalau tak chef hanieliza...


Sumber: Kak Hanieliza

Bahan Sirap
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
Masakkan semua dan sejukkan.

Bahan Kuih
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung - mama guna tepung jagung
1 sudu kecil kapur kueh [optional]
Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam

Cara:
1.Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan pelastik saiz loyang]
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak [30 minit]
5. Tunggu sehingga sejuk baru boleh potong dengan pisau plastik.
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
7. Lumurkan kuih yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.

Tuesday, May 29, 2012

RESEPI KUIH CARA BERLAUK


Bahan A
3 cawan tepung gandum
5 cawan santan
3 biji telur
1 sudu besar minyak masak
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam

Bahan B
200gm daging cincang
6 sudu kecil rempah kari
1 labu bawang besar dimayang halus
2 ulas bawang putih ditumbuk
1/2 cawan sos tiram
garam dan gula secukupnya

Bahan hiasan
3 batang daun sup-dipotong halus
2 biji cili merah-dipotong halus

Cara-caranya;-
Bahan A
Campurkan semua bahan diatas dan kacau sehingga sebati. Jika anda mahu, anda boleh masukkan dalam mesin pengisar dan kisar sebati.
Bahan B
Tumis bawang putih, bawang besar sehingga garing dan naik bau. Masukkan daging dan rempah kari dan semua bahan2 diatas. Goreng sehingga air kering.
Ketepikan.

Cara membuatnya
Panaskan acuan, sapukan sedikit minyak diacuan supaya tidak melekat.
Tuangkan adunan tepung kedalam acuan, biarkan sebentar
Masukkan sedikit bahan B ditengah-tengahnya
Kemudian taburkan hirisan cili merah dan daun sup.
Tutup acuan dan biarkan ia sehingga masak.

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg