KLIK LA

Showing posts with label resepi muffin coklat. Show all posts
Showing posts with label resepi muffin coklat. Show all posts

Monday, December 6, 2010

RESEPI MUFFIN OREO TANPA GULA

Saya ada buat muffin oreo tanpa gula jumaat lepas...gambar ada dalam kamera lagi..nak share kat sini memory card reader tak de lak...pi mana tah...
tapi rupa dia macam nie la...


Yang bezanyer saya salut coklat masakan kat atas dia baru tabur coklat rice..sebab apa saya salut coklat masakan sebab nak ambik manis coklat masakan sebagai pengganti gula...

RESEPI MUFFIN OREO TANPA GULA:

Bahan-bahan (boleh dapat 53biji muffin)

  • 2 1/2cawan tepung gandum
  • 2 bar coklat masakan
  • 1 cawan air suam
  • 1 ketul buttercup
  • 2 biji telur
  • Beberapa titik esen vanila
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 4 keping biskut Oreo dicincang kasar 
  • 5 sudu susu UHT Coklat 
Untuk Hiasan:
  • Coklat rice
  • Coklat masakan (cairkan dulu baru sapu di atas muffin)

    Cara-cara

    1. Campurkan tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat, coklat masakan dan buttercup(yang telah dicairkan), kacau hingga sebati. ( hanya menggunakan senduk kayu atau spatula)
    2. Kemudian larutkan susu UHT  didalam air suam tadi dan curahkan dalam mangkuk adunan dan masukkan biskut oreo yang telah dicincang tadi, titik kan sedikit esen vanila serta kacau hingga semua bahan sebati dan tidak berketul.
    3. Sendukkan adunan di dalam mangkuk kertas, pastikan adunan kek hanya separuh acuan dan bakar pada suhu 180 darjah selama 15 hingga 20 minit bergantung pada saiz mangkuk kertas.

    Saturday, August 14, 2010

    RESEPI MUFFIN

    Salam ramadhan, saya pasti semua orang terutama kaum hawa ligat mencari resepi nak buat biskut raya orang utara kata kuih raya....saya ada koleksi muffin yang saya kutip dari internet dari blogger yang memang handal memasak...saya siarkan disini bagi memudahkan blogger yang nak buat muffin  salin je resepi disini...ilmu kena dikongsi betul tak?
    MUFFIN COKLAT
    BAHAN
    2 butir telur ~ dipukul sedikit
    1 cawan (200 g) gula
    1 cawan (130 g) tepung
    4 sudu besar serbuk koko
    2 sudu kecil serbuk penaik
    1 sudu kecil esen vanilla
    2/3 cawan (160 ml) susu segar
    2/3 cawan (160 g) mentega ~ dicairkan
    120 g chocolate chips (jika suka)

    CARA
    1. Ayakkan tepung, serbuk koko dan serbuk penaik ke dalam mangkuk besar.
    2. Masukkan gula dan gaulkan mengguna whisk.
    3. Di dalam periuk yang kecil, cairkan mentega. Alihkan dari api dan tuangkan susu, telur dan esen vanila. Kacau rata.
    4. Buatkan lubang di tengah bahan kering dan tuangkan bancuhan susu.
    5. Kacau menggunakan whisk hingga adunan bercampur. Jangan terlebih kacau. Masukkan chocolate chips yang telah ditaburkan sedikit tepung (bagi mengelakkan ia mendap ke bawah). Adunan akan kelihatan berketul.
    6. Sudukan ke dalam mangkuk muffin, 2/3 penuh. Bakar selama 25 - 30 minit pada suhu 175C atau sehingga masak.

    JOM BORAK


    Chat Box

    PENAJA BLOG INI

    DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg