KLIK LA

Showing posts with label PETUA. Show all posts
Showing posts with label PETUA. Show all posts

Friday, April 4, 2014

JANGAN MINUM BERDIRI..NANTI....

Korang penah dengaq tak ustaz atau mak-mak korang penah bagitau  RASULULLAH SAW MELARANG MINUM SAMBIL BERDIRI...

Setiap apa yang nabi larang atau suruh tu mesti ada sebab musababnya...


Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfringer.
Sfringer adalah suatu struktur muskular (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup. Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal.
Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.
Terus menuju kandungan air kencing.Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter).Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.
Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.

Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri".
 Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk."

Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat. Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras.Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.

Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna.

Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.

Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.

Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus.

Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak.

Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut.

Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk.

Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.

Minum dan makan bila duduk kan nampak lagi sopan...bakal mak mentua tengok pun terus berkenan..apa lagi praktik dari sekarang elakkan minum atau makan dalam keadaan berdiri..tak de kerusi pun dok je mencangkung....


Tuesday, December 24, 2013

CARA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN

JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
 
KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

 Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
 
Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

Simpan Satu Diari 
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

 
Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus 
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

 
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

 
Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

 
Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

 
Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

 
Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

 
Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
      i.     Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
      ii.    Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,
            kemudian sambunglah denagan menaiki lif
      iii.   Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
      iv.   Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku.
            Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
      v.   Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama.
            Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.







PETUA MENCARI BENDA YANG HILANG

Salam korang penah hilang barang tak?
Mestri stresskan bila benda yang kita cari tue tak jumpa-jumpa..
Jenuh punggah semua barang nak cari benda tue je...last-last tak jumpa juga..
Paling tension bila tanya orang ada nampak tak benda tue orang akan tanya balik macam nie
                                                             "awak letak mana benda tue?"
Arggggggggggggggggggggggghhhhhh..lagi stress kepala nie nak memikir...
Ok GK nak bagi petua cara nak "MENCARI ATAU MENGINGATI SESUATI BENDA YANG TERLUPA"
Untuk membantu anda mudah untuk mencari sesuatu yang anda cari, amalkanlah petua ini insya Allah barang yang anda cari ataupun apa saja yang anda terlupa akan anda jumpa/ingat semula.
Amalkan membaca SELAWAT ( berulang-ulang kali ) ketika anda sedang mencari barang itu sambil fikiran mengingati kembali bilakah waktu akhir anda nampak/pegang barang itu. Sekiranya barang itu masih ada di dalam rumah anda ( maksudnya belum musnah/dicuri orang ), dengan kuasa Allah anda akan menemui apa yang anda cari. Cubalah sendiri. Petua ini telah saya amalkan dan setakat ini sungguh berhasil sekali.

Sunday, April 14, 2013

TERINGIN AIR NIRA NIPAH KETIKA MENGANDUNG

Rindu nak menulis kat blog nie..rasanya dah lama tak publish apa-apa story kat sini..memandangkan sekarang tengah pregnant GK ambik kesempatan ini nak kongsi pasal isu -isu kehamilan je la..

Ini adalah kandungan kedua GK..nak masuk anak kedua dah huhuhu..cepat masa berlalu..
Alhamdulilah kali ni tak de la mengidam yang pelik-pelik..yang kandungan pertama dulu pun dok mengidam buah pulasan..pelik kan tak penah-penah makan buah pulasan..tapi time pregnant boleh terliur dok bayang kemanisan pulasan..

Jenuh suami GK cari kat sekitar utara memang tak jumpa..last-last member dia yang dok johor pos buah pulasan sekotak guna bas...masa buah tue ada depan mata GK makan ada kot 5 biji je yang lain suami GK dan adik beradik yang dok perabih...hehehehe

Kali ni pregnant GK teringin nak minum air nira nipah..kebetulan bapa saudara GK memang pencari nira nipah dan dia memang jual nira nipah yang ori tak de campur air...

Alhamdulilah kemarin dah minum nira nipah yang fresh baru turun dari pokok..rasanya memang manis..tak de masam walaupun sikit pun...mak GK kata kalau ada rasa masam-masam tue nira dah lama...GK bau pun nak muntah ..tapi yang nie tak bau pun sedap sangat....ada lagi 4 bungkus nira dalam peti sejuk..petang nanti nak minum pulak...mula-mula risau juga orang pregnant boleh ke minum nira...mak kata boleh..tapi selawat dulu...GK tawakal je la...sebelum nie pregnant pun penah minum juga tapi seteguk je...tak lalu...tapi kali ni pregnant dok terbayang nira je...

Ini pokok nira nipah..rumah pak saudara GK dikeliling dengan pokok nipah nie la..nyamuk banyak...dia gigit kita tak sedar tau-tau dah merah-merah...

Jemput minum air nira..sedap...


Monday, March 25, 2013

MANDI DENGAN HOT CHOCOLATE?

Sekarang macam-macam orang buat untuk kelihatan cantik...korang penah dengar tak atau alami sendiri pengalaman mandi dalam tab mandi dengan limpahan hot chocolate?

GK pun first time tengok gambar nie...agak pelik juga tapi tue la manusia memang suka benda-benda pelik pun..

Menurut sumber yang GK baca:
Ini adalah salah satu produk terbaru Cadbury iaitu produk mandian berperisa tenusu..

The confectionary giant has joined forces with cosmetic company Anatomicals to create a truffle bath creme, toffee body butter and a hazelnut exfoliating wash.
But sweet-toothed fans of the brown stuff won’t be able to pick this chocolate treat up from any old corner shop. The limited edition products will only be available from John Lewis and online fashion store asos.com.
Cadbury’s Bliss bars launched in September last year, while the range of good-enough-to-eat bath products will be available to buy in June.
This is the first time Cadbury has dipped its toe into this new market, which it hopes will attract young females and support what they call the ‘luxury theme’ of the Bliss brand.

Tuesday, October 16, 2012

3 CARA KURANGKAN SAKIT KEPALA


Sakit kepala ini kerap terjadi bila kita terlalu memikirkan sesuatu perkara dan memang tak mampu nak selelsaikannya..kadang kala ada orang sakit kepala sebab nak period ada juga yang sakit kepala sebab masalah kewangan, masalaah peribadi dan sebagainya...






Jalan penyelesaian yang selalu orang buat bila sakit kepala ialah makan ubat..Memang betul kalau kita makan ubat,  sakit kepal itu akan beransur hilang tapi kita tak leh nak makan ubat sepanjang masa..had ambik ubat pun hanya 2 kali seminggu...
Kalau masih tak hilang juga jumpa la doktor..






Tapi GK nak kongsi juga tiga cara untuk kurangkan sakit kepala ini..mana tau boleh membantu korang yang tengah sakit kepala sekarang...
Rajinkan diri buat yoga
Urut dan picit kepala anda-mintak tolong orang picit pun sedap juga
Letak ais dikepala




Saturday, October 6, 2012

PETUA UNTUK SURI RUMAH

1) KUPAS BAWANG

untuk mengelakkan mata berair semasa kupas bawang, rendam bawang dalam bekas berair.
 
2. MEMILIH IKAN SEGAR

Pastikan mata yang jernih, tidak berbau, warna kulit yang bersinar, insang berwarna merah jambu, isi yang kejal.
 
3. ATASI MASAKAN TERLALU MASIN
Masukkan Ubi Kentang yang dipotong dadu atau buah pisah mudah yang dihiris
 
4. MENGHILANG BAU HANYIR IKAN PATIN
 

Basuh dengan air beras yang telah dicampur dengan asam jawa kemudian di bilas dengan air mengalir.
 
5. MEMUTIHKAN NASI
 
Masukkan satu sudu kecil air limau nipis semasa masak nasi
 
6. ELAK PEMBIAKAN KUTU BERAS
Letakkan Cili Kering di dalam bekas beras dan gaul
 
 7. MAKANAN SIHAT LAGI BERKAT
Sebelum mula memasak pastikan niat yang ikhlas beserta doa yang baik-baik, kemudian setiap bahan-bahan mestilah di basuh dengan air yang mengalir, selepas siap semua masakan mestilah ditutup

8 AIR BERAS
Air buangan mencuci beras banyak faedahnya. Cuba gunakan air itu untuk mencuci muka sebab hasilnya muka anda lebih bersih dan bebas dari minyak. Pastikan, bilas dengan air bersih selepas mencuci dengan air beras tadi. Air beras juga boleh digunakan untuk menyiram pokok bunga ini akan menyuburkan lagi pokok bunga dan melebatkan bunga.
9. MENGHILANGKAN BAU PEDAS (CILI TUMIS)
 
Memasak sambal tumis atau asam pedas, anda tentu terpaksa menumis cili boh atau cili giling. Apabila cili ditumis, anda tentu dapat rasakan mata dan hidung menjadi pedih dan berair. Seluruh ruang dapur malah seluruh rumah akan mendapat akibatnya. Untuk menghindarkannya, cubalah masukkan gula pasir ke dalam minyak penggoreng yang telah panas itu. Kemudian barulah menumis bawang dan cili tersebut. Insya- Allah, bau pedasdan cili tumis itu tidak akan mengganggu anda sekeluarga.

10 . BILA NASI BERBAU HANGIT
Kadang-kadang kerana kelalaian kita, nasi yang dimasak menggunakan periuk biasa, masak tujuan kenduri ataupun majlis boleh menjadi hangus dan berbau hangit. Kerana itu anda jangan susah hati, cubalah cepat-cepat ambil pucuk daun pisang, masukkan ke dalam nasi tersebut dan tutup semula rapat-rapat. Insya-Allah bau hangit akan berkurangan.

Thursday, July 5, 2012

Merawat Sakit Jantung Guna Ayat al-Quran

Salam reader, entry nie saya ambik dengan izin dari blog http://rawatan-holistik.blogspot.com.
Saya amat bertima kasih kepada tuan empunya blog ini sebab sudi memberi kaedah rawatan ini..saya amat memerlukan artikle seperti ini sebab ibu saya disahkan menghidap penyakit jantung...sebagai anak saya nak ibu saya sihat seperti selalu..apa saja saya akan lakukan hanya untuk buat ibu saya gembira..andai jantung saya boleh diberi untuk menyembuhkan penyakitnya saya akan lakukan..sebab dia wanita yang paling mulai dan paling baik dihati saya...

Ini dipetik dari tulisan Ustaz Raflis Sabirin melalui Majalah Milenia Muslim, Mei 2010. Beliau mempunyai pengalaman selama 27 tahun merawat penyakit jantung dan lain-lainnya dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan Asmaul-Husna.

Cara Pengamalan

1) Setiap kali lepas solat 5 waktu, setelah selesai salam, duduk bersila tetap menghadap kiblat, lalu konsentrasi kepada niat tujuan (secara spesifik). Contoh: 'Semoga Allah lenyapkan segala sumbatan yang menyumbat setiap mana-mana pembuluh jantung dengan Keagungan dan Kebesaran Kalamullah'

2) Baca Surah al-Fatihah sekali untuk dihadiahkan kepada Nabi Muhammad S.A.W, keluarga, para sahabat Baginda dan sekalian muslimin supaya mendapat limpahan syafaat dari mereka

3) Selepas itu baca al-Fatihah (sekali)

4) Selepas itu baca Surah al-Ikhlas (tiga kali)

5) Selepas itu baca Surah al-Falaq (sekali), Surah an-Nas (sekali), ayat Kursyi (sekali)

6) Selepas itu Surah al-Hasyir ayat 21-24 (tujuh kali) iaitu seperti berikut:-


لَوۡ اَنۡزَلۡنَا هٰذَا الۡقُرۡاٰنَ عَلٰى جَبَلٍ لَّرَاَيۡتَهٗ خَاشِعًا مُّتَصَدِّعًا مِّنۡ خَشۡيَةِ اللّٰهِ‌ؕ وَتِلۡكَ الۡاَمۡثَالُ نَضۡرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُوۡنَ‏


هُوَ اللّٰهُ الَّذِىۡ لَاۤ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ‌ ۚ عٰلِمُ الۡغَيۡبِ وَالشَّهَادَةِ‌ ۚ هُوَ الرَّحۡمٰنُ الرَّحِيۡمُ‏ ﴿۲۲


هُوَ اللّٰهُ الَّذِىۡ لَاۤ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ‌ۚ اَلۡمَلِكُ الۡقُدُّوۡسُ السَّلٰمُ الۡمُؤۡمِنُ الۡمُهَيۡمِنُ الۡعَزِيۡزُ الۡجَـبَّارُ الۡمُتَكَبِّرُ‌ؕ سُبۡحٰنَ اللّٰهِ عَمَّا يُشۡرِكُوۡنَ‏ ﴿۲۳


هُوَ اللّٰهُ الۡخَـالِـقُ الۡبَارِئُ الۡمُصَوِّرُ‌ لَـهُ الۡاَسۡمَآءُ الۡحُسۡنٰى‌ؕ يُسَبِّحُ لَهٗ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَالۡاَرۡضِ‌ۚ وَهُوَ الۡعَزِيۡزُ الۡحَكِيۡمُ‏

(Sila rujuk ayat dalam kitab al-Quran yang sebenar)

Maksudnya:

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya (21)

Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (21)

Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya (23)

Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana (24) .

Setiap kali baca Surah Al-Hasyir itu, maka hendaklah tarik nafas ke dalam badan perlahan-lahan seakan-akan kita masukkan amalan semua surah yang telah dibaca supaya lenyap segala yang menyumbat saluran darah pada jantung. (Untuk lebih memahami, lihat rajah jantung di bawah, bayangkan anda membawa energi seperti cahaya putih yang masuk terus ke setiap salur darah koronari jantung dan cahaya itu terus menghancurkan plak-plak kolesterol yang menyumbat)


Jantung terletak di tengah-tengah dada, agak ke kiri sedikit. Terdapat 2 salur darah utama yang membekalkan darah ke jantung (untuk digunakan oleh otot-otot jantung). Ini dipanggil arteri koronari kiri dan arteri koronari kanan. Di dalam arteri inilah penyumbatan berlaku.

7) Setelah selesai tujuh kali baca, maka akhiri dengan bacaan berkat 'Lailahaillallah Muhammad Rasulullah' semampunya, tapi jangan kurang 100 kali baca

8) Lakukan amalan ini selepas setiap kali solat lima waktu selama 21 hari berturut-turut, insya-Allah anda akan merasakan manfaat dan kesannya pada jantung anda.

Nota: Teruskan mengambil ubat-ubat yang sedang anda makan. Jangan ditinggalkan, kecuali selepas dinasihatkan oleh doktor anda!


PENAWAR UNTUK SAKIT JANTUNG

Salam readers,
Saya tahu entry nie mungkin akan di cari-cari oleh orang yang mepunyai masalah seperti ibu saya..Ibu saya di sahkan menghidap masalah jantung..saya kesian melihat dia sekarang..payah betul melihat senyuman terukir di wajahnya..mungkin dia merasa sakit..hanya dia yang tahu..sebagai anak saya terasa sedih yang amat sangat..setiap malam saya akan teman dia dibiliknya..alhamdulilah suami saya tiada buat masa sekarang jadi kesempatan 2 bulan nie dapat la saya menghabiskan masa saya dengan ibu saya..segala apa yang dia inginan sedaya upaya akan saya penuhi yang paling saya amat sedih sekali dia minta Tikar Evamatic seperti yang saya belikan untuk anak saya tapi bercorak batik sebagai alas untuk "koyak kain kafan nanti"...bayangankan betapa sedih saya ketika dia berkata demikian..alhamdulilah 3 hari lepas tikar yang dia sudah sampai ke rumah..(permintaan nie dibuat sebelum dia tahu dia menghidap sakit jantung)..

Hari ini saya menjelajahi ke setiap website yang ada di dunia semata-mata untuk mencari penwar bagi sakit jantung ini..syukur alhamdulilah saya terjumpa satu rawatan emngubati sakit jantung menggunakan kaedah AL-QURAN..insyalah saya akan print dan minta mak amalkan..saya juga terjumpa dengan 

KEBAIKAN HERBA JANTUNG TN.HAJI IBRAHIM:
1) Mencegah - memelihara jantung anda sebelum datang sakit jantung
2) Memulih - membentukan semula jantung anda3) Merawat - Mencuci saluran jantung yang tersumbat, membentukkan semula jantung yang bengkak.Menguatkan JantungSekiranya tidak dirawat akan mengakibatkan kanser. Menurunkan kadar kolestrol
HARGA: RM170.



NOTA KAKI:
Insyallah saya akan membeli produk ini sebab saya lihat ramai testimonial yang telah berjaya, AJAL MAUT kan ditangan Allah..Kita hanya mampu berusaha..apa saja untuk ibu saya akan lakukan sebab dia IBU saya..saya juga nak kongsi dengan kalian semua kaedah perubatan islam..semoga artikle ini dapat membantu orang yang senasib seperti ibu saya..



Wednesday, July 4, 2012

TIPS MENGAWAL KEWANGAN PERIBADI

Salam reader..
GK terjumpa kat majalah RAPI dia ada bagi tips cara nak kawalan kewangan kita, tajuk artikle tue "KEWANGAN STABIL BENTUK KERJAYA CEMERLANG"

GK hanya akan ambik point-point dia je..pastu sedikit huraian..kalau nak tulis semua memang penuh la entry nie topik nie je..GK rasa artikle nie memang sangat bagus..semua orang patut ambik tahu...


1) KONSEP SATU PERTIGA GAJI:
- Masa korang dapat gaji tue cepat-cepat la bahagi gaji orang tu pada tiga bahagian iaitu: 

  • hutang(kad kredit,pinjaman,kete,motor), 
  • simpanan (tabung haji,tabung doreamon,asnb)
  • perbelanjaan harian..(makan minum,pampers,minyak kete dll)

2) BAYAR PADA AWAL BULAN:
- Dah dapat gaji tue terus bayar segala hutang yang yang sepaptutnya..kalau hutang kain baju tue bayar cepat2 jangan dok berlengah-lengah..nanti orang tarik muka lak..bil-bil tue bayar awal takut nanti terguna lak duit tue..


3) BUKA AKUAN BERASINGAN:
- Simpan la paling tak mampu pun RM50 sebulan dalam akaun yang tak kan korang korek dah..wajib buat..kalau terdesak sikit-sikit tue jangan ingat langsung pasal duit tue..buat derk je..simpan sikit2 lama2 jadi gunung...


4) BUAT PELABURAN:
- Kalau ada duit lebihan perbelanjaan tue buat la pelaburan..haritu bank rakyat ada jual saham...pakat2pulun la beli nanti boleh dapat makan keuntungan...jangan join SKIM CEPAT KAYA sudah la..nanti kayap pulak..


5) JANGAN TAMBAH HUTANG:
- Kalau berkenan perabot ke, peralatan elektrik ke, motor skuter ke. elakkan beli hutang..kumpul duit beli cash..rugi la dok bayar interest kat Aeon (sebab sekarang kalau nak hutang peniaga kedai akan bagi pinjaman Aeon)..duit interest tue boleh buat beli benda lain...kawal sikit nafsu tue..(nasihat untuk diri sendiri juga).


6) KAD KREDIT BUKAN SAHABAT:
-Orang sekarang pelik sikit beli barang dapur pun nak swap..kalau boleh beli seluar dalam pun nak guna kad kredit juga..elak la pakai kad kredit nie...buat tambah hutang je..kalau takat nak guna beli important thing tue  ok la juga ni tak semua nak credit je..


MASIH TERUNA KE TAK?


Salam reader,
Nak tau lelaki tu teruna ke tak de teruna lagi tak?panduan nie sesuai untuk perempuan yang rasa nak cari jodoh sebagai imam mereka di dunia dan akhirat la..kalau takat-takat nak pandang rupa yang macho korang rembat je mat-mat rempit tepi jalan...



1.      Lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat tubuh wanita.

2.     Lelaki teruna segera mengalihkan pandangan apabila ditentang wanita cantik manakala lelaki tak teruna mengekalkan pandangan.


3.    Lelaki teruna menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna menunjukkan reaksi bersahaja.

4.     Lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yg cantik. lelaki teruna seperti “kena interview” apabila bercakap dan badannya kaku.


5.    Lelaki teruna berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya.

6. Lelaki teruna membosankan apabila bercinta. gayanya agak “nerd”. gemar berlagak untuk menarik pasangannya.

Thursday, June 28, 2012

STRAWBERI BOLEH MERAWAT BATU KARANG

Salam readers..dah makan?

ada sapa-sapa kat sini sakit BUAH PINGGANG, SUKAR LAWAS AIR KENCING, BATU KARANG, GOUT, ASID URIK BERLEBIHAN, CIRIT - BIRIT DAN DISENTRI tak?

Kalau ada GK ada petua untuk merawatnyer..GK baca dalam majalah RAPI. Caranya air rebusan daun strawberi bersama akarnya dapat merawat penyakit diatas..minum air rebusan itu ye..


Kalau ada sapa-sapa yang sakit BATUK, BRONKITIS dan RADANG SISTEM PENAFASAN..Korang minum air sirap dari rebusan daun, bunga atau akar strawberi campur dengan gula batu.

Selamat mencuba...


Monday, June 18, 2012

PETUA UNTUK CUCI BARANG KEMAS



GK sekarang suka juga kumpul barang kemas nie...tapi tak de banyak koleksi sangat pun..tak detahap macam mami jarum pun...
KOrang mesti banyak barang kemaskan..barang kemas nie tak semestinya emas je...intan berlian pun barang kemas juga..tau tak korang nak cuci barang kemas macam ne..

 
TAHUKAH anda bahawa air teh boleh digunakan untuk 'mencuci' barang-barang perhiasan seperti emas, berlian dan intan? 
Caranya mudah iaitu rendam satu sudu serbuk teh dan biarkan hingga kuning warna airnya. Biarkan sejuk kemudian tapis. Masukkan barang-barang perhiasan itu ke dalamnya dan rendamlah semalaman. Esoknya, rendamkan pula barang-barang kemas itu ke dalam air asam jawa selama empat jam. Kemudian basuh dengan air biasa dan keringkan dengan kain bersih.

Sunday, June 17, 2012

PETUA: MELECET KAKI BILA PAKAI KASUT



Pernah tak korang beli kasut..pastu bila pakai kaki korang jadi melecet...kasut tue memang dah cantik sangat dah dengan penampilan korang tapi masalahnya kaki kita yang terpaksa tahan azab akibat melecet??

Nak tau cara ubatinya mai dekat sikit GK nak bagi petua..

Korang just ambik minyak kelapa..kalau ada kelapa dara pun ok..jangan minyak masak sudah..korang sapu kat tempat melecet tue..insyallah hilang..kalau tak de minyak kelapa pakai krim pun boleh..

NOTA KAKI:
Selamat mencuba

Saturday, June 16, 2012

CARA MENGURANKAN DENGKUR

Ada sapa-sapa kat sini yang mengalami masalah berdengkur???
kalau kita berdengkur orang sekeliling yang dengar mesti tersenyumkan..
kalau kita bangun pastu ada orang bagitau kita berdengkur...
masa tue tak tau nak letak muka kat mana dah..hehehe

Ok jangan risau cuba apply petua nie..mana tau boleh hilangkan masalah dengkur korang...
 

Ambil tujuh biji buah badam dan tumbuk hingga lumat kemudian campurkan dengan air susu hangat. Kacau campuran itu hingga sebati dan minum. Amalkan selalu minum minuman ini, Insya-Allah dengkur anda akan berkurangan.

Friday, June 1, 2012

JENIS DARAH TENTUKAN SIFAT ANDA


Selamat hari jumaat...hari nie GK nak kongsi dengan korang satu info yang GK dapat dari majalah wanita keluaran mac 2006 mengenai jenis darah boleh tentukan sifat anda...

KUMPULAN DARAH O
  1. Bersifat pemimpin. 
  2. Kalau inginkan sesuatu sedaya upaya akan mencapainya.
  3. Seorang yang trend-setter.
  4. Setia.
  5. Punya daya juang yang tinggi.
  6. Percaya pada diri yang kukuh.
  7. Kuat cemburu.
  8. Agak sombong.
  9. Amat suka bersaing.


KUMPULAN DARAH A
  1. Suka kelarasan,kedamaian,organisasi.
  2. Boleh bekerjasama dengan orang lain,
  3. Peka.
  4. Sabar dan penuh keperihatian.
  5. Kelemahan: tidak boleh melakukan kerja dengan santai dan keras kepala.

KUMPULAN DARAH B
  1. Keras kepala dan individualis
  2. Suka berterus terang tanpa pikir perasaan orang lain.
  3. Buat kepala sendiri je.
  4. Kreatif dan fleksibels
  5. Boleh menghadapi pelbagai situasi dan halangan.
  6. Terlalu mandiri..

KUMPULAN DARAH AB
  1. Dingin dan terkawal
  2. Mnejadi tempat kawan2 erkongsi cerita dan masalah
  3. Dilahirkan untuk menghiburkan hati orang
  4. Kadang kala anda juga mooody
  5. Sukar membuat keputusan.
  6. Kadang2 boleh menyakiti orang lain.
Nota Kaki:
GK group AB...group yang sukar ditemui berbanding darah O.

Monday, April 23, 2012

AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR



Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak....

♥►Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya,

♥►Membaca surah al fatihah 1 kali,alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.

♥►Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

♥►Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

♥ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ♥ ..

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg