KLIK LA

Showing posts with label RESEPI KEHAMILAN. Show all posts
Showing posts with label RESEPI KEHAMILAN. Show all posts

Thursday, June 2, 2011

PEMAKANAN UNTUK MELANCARKAN PERJALANAN DARAH

Ini adalah makanan yang amat sesuai untuk perempuan yang dalam pantang...
ini kerana perempaun yang baru melahirkan anak kehilangan banyak darah dan memerlukan makanan yang sesuai untuk melancarkan perjalanan darah diorang....

GK ada beli buku alami dalam pantang...dalam buku tue banyak sungguh resepi untuk orang dalam pantang selaian tue buku tue juga ada citer apa yang perlu dilakukan oleh ibu-ibu yang dalam pantang seperti cara bertungku...cara menyusu dan macam-macam la...
nanti GK kongsi dengan korang ye...

GK suka tau beli buku apa-apa pastu kongsi dengan blogger yang lain...
 kalau ada yang nak copy tue boleh la...
tapi jangan lupa link ke blog GK sama ye....
sharing is caring tak gitu kawan-kawan....

ANTARA MAKANAN YANG MEMBANTU MELANCARKAN PERJALANAN DARAH:
  1. PEGAGA
  2. ULAM RAJA
  3. ANGGUR
  4. PETAI
  5. DAUN DUKUNG ANAK
  6. LADA HITAM
Nak resepi klik sini



MAKANAN YANG BAIK UNTUK IBU HAMIL

Seorang ibu yang sedang hamil kadang kala teringin nak makan makanan yang jarang-jarang diorang makan kadang kala makanan yang diorang tak penah makan pun diorang rasa nak makan...ini dinamakan MENGIDAM...bagi sang suami janganlah anda memarahi atau memandang remeh perasaan isteri yang kepingin sesuatu...tapi kalau mengidam benda yang pelik-pelik tue tak payah layan la...buat sakit kepala je...haritu GK sempat la dengar ceramah ustaz kazim..dia citer ada perempuan nie teringin sangat nak makan daging babi...
suami dia bertanya kat ustaz apa perlu dia buat..."
perlu tunai atau biarkan"...
dia kata "setiap hari isteri dia merengek benda yang sama"...
sampaikan suatu hari dia kata kat suami dia..
"kalau tak dapat makan daging babi dapat tengok daging babi pun jadi la"...

korang nak tau tak apa yang ustaz kazim jawab....

ustaz kata kalau mengidam benda yang haram nie...tue bukan mengidam dah...tue nafsu...hasutan syaitan...syaitan memang suka nak menyesatkan manusia...
pemakanan yang baik melahirkan anak yang baik juga...

'FIKIR-FIKIRKAN DAN SELAMAT BERAMAL"

Ok jom kita tengok antara makan yang baik untuk wanita yang sedang hamil...
  1. TEMPE
  2. IKAN BILIS
  3. IKAN
  4. TOFU
  5. DAGING RUSA
  6. JANTUNG PISANG
  7. HALIA
NAK RESEPI TENGOK KAT SINI




PEMAKANAN UNTUK MENGGALAKKAN KESUBURAN WANITA

Yang nie pun GK dapat dari majalah Rasa dan petua yang mak GK bagi...
korang amallah mungkin ada yang mujarab....
kalau korang  tak tau nak masak apa nanti tanya kat GK, GK boleh bagi resepi....

 1) TAUGEH
http://1.bp.blogspot.com/-NoV5C8Xpqn4/TZ0aV2VS3GI/AAAAAAAAATw/xjvxHsXrbqs/s1600/taugeh.JPG
2) BAYAM
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi2h6D3bJ85aOSTggMcRr6FiA8ROdpESdCY7jWIG_-ZH-gjBSuwpOIATc2m_roqdLN7rPewu2fr6rxvj9G-2x1eQL9XHruOLXOF2l-ZwHjZE3UNh4YMXqVn3VixeU7mT4q4IjE8x4k4lPKd/s1600/bayam_segar.jpg 
3) DAL KANJI
http://www.rasa.com.my/images/glosari/KACANG_DAL.JPG 

 4) DAUN DUKUNG ANAK
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjgG4wjb8iBP-xQ0Yb1X2B1HN6soArPHKJi4H-ZWbMoGWt7hE-xMnbpYlrpfXoaAqjg9LGQ309ipNG048lxvMj8gJ5VrTFIcjZRnMCx70yzhSgX2VSuhQM93m76icZh6QCw0qK8YGVN9lOu/s1600/DSCN5089.JPG 

5) KACANG BOTOL
http://www.caterer.com.my/image/path/1316/small/Kacang_Botol__2_.jpg?1233671851 

6) HERBA ORGANIK

7) CENDAWAN
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhzHWknZV4t8ergfNnrMuiakJnPsxHZOwgk4kJF71m9TFRAgQWuBq9uxbz9On64qf7K28yiezk5oZqCBWM9EEka4Ao4W7nv6gHjS3Kw7qPSNrY6xrOgZFH8Zd1YxnzHHMzrQ7fLhcFXzKc/s1600/cendawan-tiram-kelabu.jpg

NAK TAU RESEPI KLIK SINI






Tuesday, May 17, 2011

RESEPI KESUBURAN UNTUK WANITA

TOFU BERSOS TIRAM

BAHAN-BAHAN:
400 gm tofu
1 cm halia (hiris halus)
80 gm sayur campur
1 biji bawang besar- dipotong dadu
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap cair
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak

CARA MEMASAKNYA:
  1. Goreng tofu sekejap dan ketepikan
  2. Panaskan minyak. Tumis bawang dan halia hingga naik bau.
  3. Masukkan semua bahan dan goreng hingga masak. Tuang atas tofu tadi..
http://fitnessinformation.net/wp-content/uploads/2011/05/tofu.jpg
Info:
Sangat baik untuk wanita hamil kerana tofu mengandungi protein dan kalsium yang tinggi

RESEPI UNTUK WANITA DALAM PANTANG

IKAN HARUAN PANGGANG ULAM RAJA

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan haruan
1 helai daun pisang

BAHAN DIKISAR:
100gm ulam raja
10gm kunyit segar
50gm kelapa parut
40 gm serai
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan lada hitam
1 sudu makan pes cili
 1 sudu makan gula merah
1 cm belacan
Gram secukup rasa
 Sedikit minyak masak

CARA MEMASAKNYA:
  1. Perap ikan haruan dengan bahan kisar selama setengah jam.
  2. Bungkus dengan daun pisang dan panggang selama lebih kurang 10 -12 minit sahaja...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiBwYbx6uv8BTrI63p_-wJzD-aoLca9f3j5ZVUWODrkWcODvBZBlZSYn9io4u7vGLeTgb3OmtaXFjfRhfvBJrSk6PBTSSYDl7VogAnbvmFSpO6JDFcnZJZ6Ichw9cu8jzRq5jBfVFRh279T/s1600/haruan.jpg
Info:
Ikan haruan kaya khasiatnya dapat menjadi penawar luka dalaman dan ianya sangat sesuai diambil wanita selepas bersalin. Manakala ulam raja dapat membersihkan darah dan menguatkan tulang.

RESEPI KESUBURAN UNTUK WANITA

TAUGE GORENG
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjGNE5W37cCr6Lt62pp_7Cwtu1uE40-sO-GWaG3fGWfID9hSwKknG8LMVCZLb7cgBfCgNQCLPoSLlNSujXoV5MfsiZds6yGP_KogqN_PVlWTbhM3YjN8fNjxjO68GQgAww_wQRb1JMIZ3nQ/s1600/bean-sprouts.jpg
BAHAN-BAHAN:
  • 500 gm tauge segar
  • 200 gm isi ayam (dipotong kecil)
  • 80 gm lobak merah
  • 20 gm daun bawang (dipotong panjang)
  • 10 gm bawang putih (dihiris halus)
  • 15 gm halia (dicincang)
  • 30 ml minyak zaitun
  • Sedikit kicap manis
  • Garam secukup rasa
    CARA MEMASAKNYA:
    1. Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau
    2. Masukkan isi ayam dan lobak merah. Kacau sehingga sebati
    3. Masukkan tauge dan kacau selama 2 minit
    4. Kemudian masukkan garam dan kicap secukup rasa.
    INFO:
    Menurut kepercayaaan orang- orang lama, taugeh menggalakkan kesuburan wanita dan ianya kaya vitamin dan mineral asid folik. Asid folik sepatutnya diambik sebelum hamil lagi kerana ia bukan sahaja membantu pembentukan bahan genetik,malah membantu pembentukan sel-sel darah merah. Pengambilan secara mencukupi semasa peringkat pertama hamil pula boleh mengurangkan risiko kecacatan bayi...

    JOM BORAK


    Chat Box

    PENAJA BLOG INI

    DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg