KLIK LA

Showing posts with label ISU KEPENGGUNAAN. Show all posts
Showing posts with label ISU KEPENGGUNAAN. Show all posts

Monday, September 22, 2014

CANGGIH DAN MUDAH BELI AIR MINUMAN RINGAN GUNA KAD

Hebat kan zaman sekarang semua benda dihujung jari...denga sekali kilk semua maklumat kita boleh tau dengan sesaat saja..itu baru nak cari maklumat... bila sebut pasal zaman canggih dan berteknoklogi tinggi syarikat Webonline Sdn. Bhd telah mengorak langkah memperkenalkan cara mudah untuk pengguna membeli air minuman ringgan melalui mesin jualan air automatik..

Teringat dulu masa dok Uitm...GK suka juga beli air nescafe latte kat mesin air tu...dulu kena guna duit syiling pastu diorang dah upgrade boleh guna duit kertas..tapi tu la kadang kala duit kita tu kena reject juga huhuhu...

Tapi sekrang dah mudah..dan amat senang..pengenalan sistem pembayaran tanpa tunai webcash pada mesin jualan automatik yang dibangunkan oleh syarikat berasaskan sistem pembayaran dalam talian tempatan, Webonline Sdn. Bhd. dapat mengatasi masalah tersebut

Menerusi webcash, korang tidak perlu lagi membawa wang untuk membeli barang di mesin jualan automatik.Sebaliknya, dengan hanya meleretkan kad pada mesin pengesahan pembayaran webcash, korang sudah boleh mendapatkan barang yang dikehendaki.
Bagi mendapatkan kad webcash tersebut, korang perlu membayar sejumlah deposit atau prabayar kepada pihak Weboline. nak dapat kad tu boleh daftar sini http://www.webonline.com.my/wol/
Teknologi yang berteraskan sistem pembayaran pintar itu beroperasi menggunakan sistem penyelesaian Mesin ke Mesin (M2M) yang dibekalkan oleh salah satu syarikat peneraju utama telco tempatan, DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. (DiGi). 
Kat PERLIS tak dak lagi mesin ni...baru ada kat belah Cyberjaya..
Lepas ni tak payah susah nak bawa duit kesana sini..risiko kena rompak pun boleh dikurangkan..leret je kad tu....mudahkan  

Monday, January 21, 2013

ROKOK ELEKTRONIK MERBAHAYA



Penjualan rokok e-elektronik bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah pengguna produk itu turut terdedah kepada pelbagai penyakit kronik.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
"Mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair nikoton untuk kegunaan rokok e-elektronik boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali," katanya.
 

Friday, January 18, 2013

KAD SKUAD PENGGUNA


Kad SKUAD PENGGUNA adalah kad diskaun (loyalty card) yang dikeluarkan oleh Bank Rakyat kepada anggota-anggota SKUAD PENGGUNA. Ia mempunyai tiga fungsi iaitu sebagai:
  • Kad Diskaun
  • Kad Loyalti
  • Kad Pengenalan Diri Sebagai Anggota Skuad Pengguna
Sebagai pemegang Kad SKUAD PENGGUNA, anda boleh menikmati diskaun istimewa ke atas produk / perkhidmatan yang ditawarkan oleh premis yang mengambil bahagian (Rakan Dagang Bank Rakyat) yang menyertai program keistimewaan ini.


Diperlis kedai yang korang guna kad nie kat Pasaraya Borong Sakan dan Menangglassware..so kepada sesiapa yang nak beli pemanggang ajaib tue leh la mohon jadi ahli skuad pengguna kat kementerian perdagangan dalam negeri koperasi dan kepenggunaan di tempat masing-masing ye...

NOTA KAKI:
Nak tau kedai mana lagi yang korang boleh dapat diskaun guna kad nie klik sini

JOM SERTAI SKUAD PENGGUNA

Salam semua,
GK nak ajak semua yang berumur yang bermur 18 tahun jom sertai skuad pengguna..Keahlian SKUAD PENGGUNA adalah terbuka kepada semua warga Malaysia yang berminat untuk berkhidmat secara sukarela dan komited untuk membantu memantau harga barangan dan perkhidmatan. Had umur menjadi ahli adalah pada umur 18 tahun ke atas.

Untuk pengetahun korang tak rugi join skuad penguna nie..banyak kebaikannya antaranya


BIDANG TUGAS SKUAD PENGGUNA




KAD DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA

Salam semua,
GK nak tanya penah tak dengar pasal kad siswa 1malaysia?
Kalau tak penah dengar takpe GK akn story kat korang..

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu meringankan perbelanjaan siswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.
KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT yang menepati kriteria-kriteria berikut:
  • Mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas (sijil, diploma, ijazah dan ke atas);
  • Pengajian sepenuh masa; dan
  • Warganegara Malaysia

KADS1M diwujudkan bertujuan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.
Inisiatif ini dilaksanakan bertitik tolak daripada cadangan yang telah dibentangkan oleh siswa dalam mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) pada 21 November 2011 yang lalu.
Melalui KADS1M, para pelajar akan mendapat diskaun bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.


Tiada bayaran yang dikenakan bagi mendapatkan KADS1M ini. KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar IPT warganegara Malaysia tapi caj RM2.00 akan dikenakan bagi setiap permohonan kad gantian / kad yang hilang.

Pelajar tidak perlu membuat permohonan. KADS1M akan disalurkan secara automatik kepada pelajar melalui pihak pentadbiran IPT masing-masing.
Kementerian / Agensi / IPT berkaitan perlu mengemukakan maklumat pelajar yang lengkap kepada Bank Rakyat bagi membolehkan pelajar mendapat KADS1M. (Nama, No. KP, No. Matrik, Jantina, Nama IPT, Peringkat Pengajian, Tempoh Pengajian, Tahun Pengajian Semasa dan Tahun Tamat Pengajian).
KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar IPT warganegara Malaysia. Caj RM2.00 akan dikenakan bagi setiap kad yang hilang / gantian.
Carta alir penyaluran KADS1M ialah seperti berikut:

 
 
Pelajar hanya perlu menunjukkan KADS1M bersama-sama kad pelajar atau kad pengenalan bagi mendapat diskaun di premis-premis perniagaan yang mengambil bahagian.
KADS1M merupakan flash card dan bukan kad yang menawarkan mata ganjaran.Tempoh sah (validity) KADS1M ialah semasa tempoh pengajian pelajar sahaja.


MEE SEGERA BOLEH BAWA MAUT

Salam semua,
semalam GK baru saja bagi cermah mengenai isu-isu semasa kepenggunaan kepada penduduk kampung santan perlis..alhamudulilah sedikit sebanyak yang disampaikan mereka tertarik untuk dengar dan bagi respon yang postif antar isu yang GK kongsi dalam ceramah itu adalah isu mee segera mengandungi 10 ramuan yang boleh membawa maut...

Korang boleh tengok gambar di bawah nie..nak print simpan atau tunjuk kat kawan-kawan yang kaki mee segera pun boleh...nasihat GK berhentilah makan mee segera nie tak de khasiat pun...



Kalsium Sulfat: Kapur Paris.
Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.
Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.
Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit binatang juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.
Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak dan mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran serta kerosakan saraf yang mungkin menjadi penyebab kanser.
Jadi kurangkanlah makan mee segera, walaupun murah dan menjimatkan ianya membahayakan kesihatan. Malah, lebih banyak kos yang diperlukan untuk melakukan rawatan kalau kesihatan kita terjejas.

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg