KLIK LA

Showing posts with label RESEPI LAKSA. Show all posts
Showing posts with label RESEPI LAKSA. Show all posts

Friday, July 18, 2014

RESEPI: LAKSA THAI

Sabtu lepas GK berkesempatan buah laksa kuah lemak...
Sebenarnya setiap hari GK pusing semua pasar Ramadan sekitar perlis nak cari laksa thai atau kami panggil laksa kuah lemak yang tak pedas...

Kali pertama beli laksa kuah lemak ni kat pasar Ramadan Mata Ayer...Rasa sedap juga tapi yang slack masin...GK terpaksa tambah air...
hari berikutnya pi beli pasar ramadan ngulang, pastu pasar ramadan jejawi, pasar ramadan sekolah sains dan pendek kata semua pasar ramadan GK cari yang tak pedas punye sebab anak sulung GK umur 3 tahun dia suka sunggguh makan...tapi bila suap kena yang pedas terus dia reject...

Tapi masa beli laksa kuah lemak ni kat pasar ramadan kuala perlis barulah jumpa kuah laksa lemak yang sedap...pandai akak ni..dia buat dua versi ...ada versi pedas dan ada versi tak pedas...

GK beli yang tak pedas...bila buka bagi dia makan...subahanallah dia makan sunggguh...siap bertambah juga la..tapi sayangnya GK hanya beli sebungkus je...pastu keesokan GK decide nak buat sendiri la laksa kuah lemak ni...

GK search internet cari resepi..alhamdulilah jumpa resepi kat my.respi...thanks you kak rosnani...resepi anda memang menjadi...
Yang paling tak disangka kak ipar GK yang memang asal orang siam tu turut membantu..maka terhasil lah LAKSA KUAH LEMAK THAI...


Ok mai nak bagi resepi kot-kot korang lak nak try...
Bahan-bahan ( sajian 8-10 org )
  • 1 paket laksa kering (rebus & toskan)
  • 1 kg ikan sardin/kembung/selar (rebus, asingkan isi)
  • 1 biji kelapa (perah dlm 7-8 cawan santan)
  • 8-10 helai daun limau(mayang halus)
  • 1 1/2 labu bwg besar (potong 8 bhgn=besar2)
Bahan utk kisar
  • 1kg isi ikan yg diasingkan tadi
  • 5 btg cili padi merah
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 inci lengkuas
  • 2 btg serai
  • 1 inci halia
Bahan ulam  :
  • 7-8 ulas bawang putih (potong nipis2, goreng bersama sedkit minyak sampai perang-ini wajib nih utk ulam)
  • kacang panjang=potong nipis2(pilihan)
  • timun diracik(pilihan)
  • kobis =mayang halus(pilihan)
  • taugeh (pilihan)
  • Sawi jeruk - hiris nipis (pilihan)

Cara-cara:
  1. Campur semua bahan blender dgn santan & bwg besar, masak dgn api sederhana. Bila menggelegak, masukkan daun limau purut dimayang tadi. masukkan garam & aji.
  2. Lepas tu biarkan kuah dia surut sikit(pekat) dlm 1/2 inci. Lepas tu timbang rasa masin manis, lemak..
  3. NOTE: terluper plak, resepi asal ade serbuk cili. Korang leh buat sindri jerk..basuh cili kering, lap dgn kain bersih. goreng tanpa minyak atas api perlahan sampai nampak agak garing. Jgn sampai hangus, biler dah agak sejuk, korang blend hancur sampai jadi serbuk.(ini utk yang tahan pedas ajer)

Tuesday, October 19, 2010

LAKSA JOHOR PART 2


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjeMMpiscIPa-T1hnyF9wuAimFJEO3txVZI-QtBPKNfYtNZN4MU219LQGIflHNLSTpPJHRCB01k_78tWcWgBcG7YMrM1rLr74wzovqRZt39nu1vaESVOjGX8oIZxHj2o3Q_4uRMk0lu9Q/s400/P6270071.JPG

Bahan-bahan
Spagetti 1 paket (direbus)
1 kilo ikan kembung / parang - direbus (ambil isi)
1 1/2 paket kecil serbuk kari ikan
(dicampurkan dengan sedikit santan cair)
15 ulas bawang merah }
5 ulas bawah putih }
3 inci Lengkuas } dikisar halus (A)
3 batang serai }
300 gm udang kering (dikisar) (B)
150 gm ikan kurau kering (dibakar dan di kisar) (C)
kerisik
Santan kelapa
Garam dan serbuk perasa

Cara-cara
• Tumis bahan A hingga naik bau dan masukkan rempah kari.
• Tumis hingga garing Masukkan bahan kisar B dan C Masuk isi ikan, gaul sebati dan masukkan santan Bila kuah dah mendidih, masukkan kan kerisik.
• Biar kuah masak lama sikit agar rasanya sebati.
• Untuk pengetahuan, kalau kuah disimpan semalaman, rasanya lagi sedap

Untuk Ulam
Taugeh
Daun kesom & Daun selasih
lobak asin
sambal belacan
timun dipotong ikut keliling dan dipotong halus -
(bukan seperti buat laksa asam)
Limau kasturi
MAKARONI BAKAR
Bahan-bahan 1 paket macaroni (dicelur dalam air panas sehingga kembang dan ditoskan) ¼ kati daging cincang 1 tin susu cair/ideal milk(besar) 1 tin air 4 bji telur (dipukul) 5 biji bawang merah 3 biji bawang putih 1 inci halia (semua ditumbuk) sedikit daun sup dan daun bawang sedikit bawang goreng 3 sudu rempah daging minyak utk menumis Cara Membuatnya
• Tumis bawang dan rempah hingga kuning.
• Masukkan daging cincang dan goreng sehingga sebati.
• Masukkan makaroni dalam bekas pembakar dan tuangkan adunan daging. Gaul rata. Masukkan susu, kacau rata.
• Pecahkan telur dan pukul sedikit kemudian tuang atas macaroni. Ratakan (jgn dikacau) Hias dengan daun sup dan bawang goreng.
• Bakar dgn api yg sederhana.

Thursday, October 14, 2010

LAKSA SARAWAK

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJedLZ7ZqkB7PWTzhGCeOHXtdRfTAb4qS_VO6SmlKYN-Pi5sSNM0FtrVxIscNMDD2RyhXByRHLf880Y63Ya_cWVuhWJoPdS_T07u021nlI9axYyMdKTblEgLOXg05dRj8j182IgaE8grM/s320/SarawakLaksa1.jpg 
Bahan-Bahan:
BAHAN A
Perencah laksa Sarawak
1 bungkus bee hoon (direbus)
3 sudu serbuk kari ayam/daging
10 biji limau kasturi (dibelah dua)1 bungkus 'fish cake' (dihiris nipis)
Air
Minyak masak
Garam dan ajinomoto secukup rasa

BAHAN B
5 keping tauhu (digoreng dan dihiris nipis/dadu)
1 mangkuk besar taugeh (ditanak)
3 telur ayam (dipukul, goreng, dan hiris nipis)
Bawang goreng
Ayam (ambil isi, rebus, dan hiris nipis)
BAHAN C (Sambal)
10 tangkai cili merah (dikisar)
3 biji bawang merah (dikisar)
Seulas bawang putih (dikisar)
Segenggam udang kering (dikisar)
Cara:
1. Panaskan minyak, tumiskan perencah laksa Sarawak hingga naik bau.
2. Tambahkan air (untuk kuah) dan gaul hingga sebati.
3. Masukkan serbuk kari. Jika mahu kuah lebih pedas, masukkan lebih banyak serbuh kari.
4. Masukkan 'fish cake' yang telah dihiris nipis.
5. Tambahkan bahan perasa.
6. Ambil semangkuk bihun (untuk seorang) dan tuangkan kuah ke dalam mangkuk tersebut.
7. Ambil sedikit BAHAN B dan taburkan ke atas bihun.
8. Perahkan limau kasturi.
9. Jika suka makan pedas, ambil sedikit BAHAN C dan gaulkan bersama bihun tersebut.
Cadangan Hidangan:
Selain menggunakan isi ayam yang telah dihiris nipis, and juga boleh menggoreng ketulan ayam sebelum menumis perencah laksa Sarawak dan masakkan sekali di dalam kuah laksa.

LAKSAM TERENGGANU


http://www.friedchillies.com/images/gallery/Laksam_1.jpg
BAHAN....
1/2 kg ikan..kembung/selayang...bakar dan ambil isi
3 cawan santan ( 1 biji kelapa)
3 ulas bawang kecil
1 hiris halia
1 sudu besar lada hitam....tumbuk
garam secukupnya

ULAMAN...
Taugeh.....buangkan akar
kacang panjang
kobis
kacang botol
Daun kesum
bunga kantan
timun
Semuanya di mayang/racik/hiris halus

SAMBAL....
*Cili api             
*Cili merah/hidup
*Belacan          
(*ditumbuk saperti sambal belacan biasa) 
Air limau kasturi/limau nipis

Bahan penting...Laksanya..macam kuetiauw tu..
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjSRW18EnRf1sosqTlNm0zeCmqOGBXa_yTdV2y0TprgvVUETt5DPIBW2jjL2cemwOApxxIvEEXSpi0e586vcmLbOAgK64bfyKV3J4jbCKXN_G9nUDI3K9Rlm8Dn6JzAYmdvOtr1kzvRxh7X/s400/Picture+119.jpg 
Resepi Laksam:
4 cawan tepung beras
1 1/2 cawan tepung gandum
4 cawan air suam
-semua bahan ni campurkan dan kacau sehingga sebat
i.

CARA:
1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan renehkan perlahan-lahan sampai mendideh.
2. Rasakan masinnya.
3. Hidang bersama ulaman yang telah dimayang/hiris halus.
4. Sediakan juga sambal belacan limau kasturi atau limau nipis.

LAKSA PENANG MARI


 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi9ht_kwQytArcoBVPZ9M38VDTzeLPklKJ8ULbEHWBvWPGgCIFdX672TjWoPYLzjDyM8gYNryf7_MDvO6jt0SDxYdCpS1x9oAbGKuQmVdh7M7ERLwSxU9ffo1a-xv143LOEYDRA8oa4ZMc/s400/laksa+penang+dan+sambal+belacan+-+flickr.jpg
bahan
1 kg ikan kembung, direbus dan diambil isinya lalu dikisar halus
1 bungkus laksa kering, direndam sehingga lembut lalu direbus sehingga empuk ketepikan
8 keping asam gelugur
1 kuntum bunga kantan
1 tangkai daun kesum
10 biji limau kesturi, dibelah dua & buang biji
5 mangkuk air rebusan ikan
Garam secukup rasa

Bahan A (Dikisar halus):
2 biji bawang besar
5 cm belacan
10 tangkai cili kering yang direbus

Bahan (Dihiris nipis):
1 bawang timun
2 biji bawang besar
1/2 biji nanas
1 pokok daun salad
2 kuntum bunga kantan
2 biji cili merah

Cara membuat
Masukkan ke dalam periuk bahan A, isi ikan, air rebusan ikan, asam gelugur, daun kesum, bunga kantan dan masak sehingga mendidih, tambahkan garam secukupnya.

Cara menghidang:
Masukkan laksa ke dalam mangkuk dan hias dengan timun, bawang, cili, nanas serta limau kesturi. Apabila hendak makan, tuang kuah laksa ke atasnya.

LAKSA JOHOR


http://thestar.com.my/archives/2008/11/9/sundaymetro/04_laksajohor.jpg
bahan:
1 bungkus spageti
500 gm ikan kerisi/parang
500 gm udang basah
300 gm ikan kurau kering - ditumbuk halus
4 sudu udang kering - yg sudah ditumbuk
3 sudu kerisik
1 biji kelapa - diambil santan
30 tangkai cili kering - dikisar
8 ulas bawang merah
2 cm halia
2 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
1 sudu serbuk lada hitam
5 keping asam gelugur
sedikit daun pudina & daun kesum
3 btg serai dititik
sedikit minyak untuk menumis

Sayuran/Ulaman
Timun, tauge, kacang panjang, hirisan bawang besar, cili merah dan pudina.

Cara merebus spagethi:
1. Panaskan air dan biarkan mendidih sebelum dimasukkan spageti.
2. Bila lembut dan hampir diangkat masukkan minyak di dalamnya.
3. Toskan.
4. Letakkan ramuan-ramuan laksa sebelum dituangkan kuahnya.
5. Makan dengan sambal cili ( cili merah & belacan ditumbuk dan masukkan sedikit garam).


Cara menyediakan kuah:
1. Ikan direbus dan ditoskan airnya.
2. Simpan airnya untuk dijadikan kuah.
3. Buangkan tulang dan masukkan ke dalam pengisar. Kisar halus.
4. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah digiling.
5. Tuangkan santanke dalamnya.
6. Masukkan serai dan daun kesum.
7. Biar ia mendidih dan masukkan garam secukup rasa

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg