KLIK LA

Showing posts with label HOMEMADE COKLAT. Show all posts
Showing posts with label HOMEMADE COKLAT. Show all posts

Wednesday, May 30, 2012

RESEPI HOMEMADE CHOCOLATE:CINTA MOCHA




Ini adalah bahan-bahan untuk membuat Ganache Mocha:
BAHAN-BAHAN A:
- 260g krim putar
-15g serbuk kopi segera
- 40g glukos
-50g mentega
BAHAN-BAHAN B:
- 250g coklat hitam (dikikis)
- 100g coklat susu (dikikis)


BAHAN UNTUK PENYALUT:
- 300g coklat susu
- 300g coklat putih


CARA MEMBUAT COKLAT INI:
1) Masukkan bahan (A) dalam bekas dan panaskan sehingga mendidih. Keluarkan dari api dan tuang keatas bahan (B). Kacau sehingga coklat menjadi cair. Tutup dengan plastik pembungkus dan sejukkan selama 30 minit atau semalaman..-sejam pun dah orait..ni untuk buat ganache mocha

2) Tuang satu lapisan coklat putih dan coklat susu yang telah dicairkan ke dalam acuan berselang seli untuk mendapatkan corak marble. Biarkan sejuk sehingga coklat separuh keras.

3) Gunakan pengikis untuk kikis coklat lebihan daripada acuan dan biarkan keras.

4) Isi acuan coklat dengan ganache coklat sehingga 80% penuh.

5) Isi selebihnya dengan cairan coklat susu dan coklat putih untuk membentuk corak marble.Kikiskan coklat lebihan dan biarkan sejuk.


Wednesday, May 23, 2012

RESEPI LOLIPOP



Salam semua..selamat pagi..segar bugar pagi nie ye..tengok tak debat pasal PTPTN semalam...GK tengah dok loading kat satu blog pasal debat nie...

Pagi-pagi nie GK nak kongsi satu resepi buat lolipop coklat dengan korang...GK buat dah lama dah..dah 2 bulan dah buat...tadi tengok handset ada lagi gambar nie tue yang publish kat u all tu...

Bahan-bahan nya ialah:
coklat milk satu bar
coklat oren satu bar
acuan ABC
acuan lolipop
batang lolipop
krim putar

Cara membuatnya:
1) Masukkan krim putar dalam periuk dan didihkan.pastu keluarkan dari api tuangkan ke atas orange chocolate. kacau sehingga cair dan sebati. 
2) Tuang oren coklat tue dalam acuan ABC. pastu bekukan selama 1 jam sudah ye..
3) Masukkan krim putar dalam periuk dan didihkan.pastu keluarkan dari api tuangkan ke atas milk chocolate. kacau sehingga cair dan sebati. 
4) Tuang milk coklat tue dalam acuan lolipop. pastu letak huruf-huruf coklat atas coklat milk tue..bekukan selama 1 jam...

5) Inilah hasilnya...
 

NOTA KAKI:
Sebenarnya nak elok korang bekukan dulu lolipop milk coklat tue pastu dah beku...keluarkan lolipop dari acuan baru la letak huruf-huruf tue di permukaan atas lolipop tue...(edisi tue tak sempat snap sebab kena ngap)

Tuesday, February 14, 2012

APA ITU PENSTABILAN KRISTAL?



Saya terpandang ada satu komen bertanyakan apa itu penstabilan kristal?

Kepada yang nak tau apa itu penstabilan kristal sila baca artikle ini...saya ambik dari blog chef amer dia memang pakar coklat...

Tempering’ adalah suatu proses penstabilan kristal lemak koko dalam coklat tulen / couverture yang juga dikenali sebagai pra-pengkristalan (lemak koko membeku/mengeras dalam bentuk kristal).
Semua coklat couverture yang dicairkan (40° – 45°C), mesti distabilkan terlebih dahulu sebelum boleh digunakan.  Jika coklat tersebut tidak distabilkan dahulu, coklat itu akan keras jugak tetapi rupanya tidak akan berkilat, pudar, keputihan, kasar, mudah cair dan yang paling teruk, ia tidak akan keluar dari acuan
Ini disebabkan kristal yang terhasil semasa proses pembekuan adalah tidak stabil dan kasar.
Semasa ‘Tempering’, kristal yang tinggi takat leburnya dan stabil dipilih (29°- 32°C), dimana kristal ini akan berkilat, keras dan tahan panas. Ia juga lebih panjang jangka hayatnya serta mudah dikeluarkan dari acuan.
‘Tempering’ boleh dilakukan dengan beberapa teknik, walau apa pun teknik yang digunakan, apa yang penting..? Bukan saja kerjasama tetapi perlu ada 3 perkara ini :
  1. Masa                  - Masa yang singkat semasa melakukan proses ‘Tempering’
  2. Suhu                  - Suhu yang tepat  (29°- 32°C)
  3. Pergerakan        - Perlu ada pergerakan iaitu sentiasa dikacau semasa proses
Antara teknik ‘Tempering yang selalu dilakukan adalah :
         
  • Atas Kepingan Marble                                                                                                      - Tuangkan 3/4 daripada coklat cair diatas kepingan marble, kacau menggunakan       ’scraper’ atau pisau pelepa sehingga suhunya turun suhu stabil 28°-29°C untuk coklat susu dan coklat putih, 30°-31°C untuk coklat gelap, kemudian campurkan semula coklat dengan baki 1/4 coklat tadi dan dikacau sebati.
  •  Pembenihan (Seeding)                                                                                                           – Masukkan lebih kurang 5% cincangan/parutan coklat ke dalam coklat cair sambil dikacau sehingga suhunya turun ke suhu stabil
  • Penyejukan (Cooling)                                                                                                      - Masukkan coklat cair di dalam mangkuk ke dalam peti sejuk sebentar ( dalam 3 – 5 minit), keluarkan dan kacau, ulangi langkah ini sehingga suhu coklat turun ke suhu stabil.
  • Proses ‘Tempering’ juga boleh dilakukan secara mudah menggunakan mesin ‘Tempering’ tetapi harganya agak mahal ( lebih dari RM80 ribu untuk 25 kg coklat). Setelah coklat ini distabilkan, barulah ia boleh digunakan untuk membuat coklat samaada dituangkan ke dalam acauan atau salutan.
Jadi kesimpulannya, proses ‘Tempering’ / penstabilan adalah menyejukkan coklat sambil dikacau sehingga mencapai suhu stabil dan ia hanya dilakukan kepada coklat tulen / cauverture sahaja.  Jika menggunakan coklat compound / coklat masakan, tak payah la buang masa dan tenaga melakukannnya ya..

Thursday, January 19, 2012

RESEPI ALMOND SPECIAL



BAHAN-BAHAN:
135g gula
45ml air
250g kacang badam
20g mentega
50g serbuk koko

Penyalut
300g serbuk koko

CARA - CARA:
1) Masak gula dan air sehingga jadi karamel berwarna keemasan.
2) Tambahkan badam dan kacau perlahan2 sehingga semua kacang disaluti karamel.gunakan api kecil.
3) Tambahkan mentega dan kacau sehingga mentega cair dan menyaluti semua kacang.
4) Tuangkan ke atas bekas yang disediakan. Asingkan kacang supaya tidak melekat antara satu sama lain.
5) Masukkan ke dalam bekas yang mengandungi serbuk koko dan tapis untuk lebihan serbuk koko.

Thursday, January 5, 2012

RESEPI COKLAT BUATAN TANGAN: JEJARI COKLAT



Hari ini GK nak kongsi resepi JEJARI COKLAT atau dalam bahasa englishnya
  "BITTER CHOCOLATE"


BAHAN-BAHAN:
110gm krim putar
150gm coklat hitam kouvertur

Penyalut:
100gm gula icing

CARA-CARA:
- Masukkan krim putar dalam periuk dan didihkan. Keluarkan dari api dan tuangkan ke atas coklat yang telah dipotong. Kacau coklat sehingga cair dan sebati. Tutup dengan plastik pembungkus dan sejukkan selama 2 jam atau semalaman pada suhu bilik.
- Gunakan beg pastri untuk dijadikan jejari sepanjang 2cm di atas dulang yang dilapik kertas minyak.Biarkan sejuk selama satu jam.
- Kemudian geselkan pada tapak tangan supaya menjadi 4cm dan masukkan dalam gula icing.
- Keluarkan dan tapiskan gula icing berlebihan.

Wednesday, January 4, 2012

RESEPI: CHOCOLATE KAYU MANIS DAN KACANG VANILA



Hari ni GK nak kongsi dengan korang resepi coklat buatan tangan atau homemade chocolate....nama resepi nie  CHOCOLATE KAYU MANIS DAN KACANG VANILA atau CINNAMON WITH VANILLA BEAN

BAHAN - BAHAN:

Ganache Kacang Hazel 

  1. 140g krim putar
  2. 7g serbuk kayu manis
  3. 100g coklat susu
  4. 100g coklat putih
  5. 30g pes kacang hazel
Ganache Vanilla
  1. 100g krim putar
  2. 1/2 batang kacang vanilla
  3. 20g mentega
  4. 200g coklat putih
Penyalut
  1. 300g coklat hitam/coklat susu
CARA-CARA
  1. Campurkan krim putar dan serbuk kayu manis dan didihkan.
  2. Tuang dalam hirisan coklat putih dan coklat susu
  3. Tambah pes kacang hazel
  4. Tuang ke dalam bekas kek yang disediakan.
* cara buat ganache kacang hazel.
  1. Campurkan krim putar,mentega,dan kacang vanila dan didihkan.
  2. Tuangkan ke atas hirisan coklat susu.
* cara buat ganache vanilla

Pastu korang tuangkan ganache vanila ke atas ganache kacang hazel.
Biarkan menjadi keras dalam peti sejuk. Pastu korang potong menjadi empat segi.Kemudian korang celup coklat tue dalam coklat hitam yang telah dicairkan.Kemudian korang letak la plastik hiasan...pastu jangan lupa kuarkan penutup plastik...baru boleh makan...
Selamat mencuba...

Tuesday, January 3, 2012

BUKU HOMEMADE COKLAT: KEPESONAAN COKLAT




Haritu ada orang tanya GK buku yang GK beli untuk belajar buat coklat buatan tangan...ok hari nie GK nak tunjuk buku nie...buku nie murah je...cuma RM15 saja...


Inilah bukunya...

jom la beli buku nie...tapi kalau korang tak nak beli pun takpe...GK akan share resepi tue kat blog nie...

Saturday, February 5, 2011

RESEPI HANDMADE COKLAT PERISA COKLAT CHEESE + COKLAT PUTIH

Selamat pag..rindunyer dah lama tak share resepi  dengan korang..ramai yang tanya kat GK macam mana nak buat HANDMADE COKLAT PERISA COKLAT CHEESE + COKLAT PUTIH
Resepi nie GK reka pasal GK memang giler cheese..masa tue nak buat satu kelainan asyik rasa coklat je jadi GK nak bagi dia rasa creamy + masam2 sikit dan rasa berlemak tapi sedap...
ok sekarang GK bagi korang resepi dia ye...


BAHAN-BAHAN:
250gm krim keju (pilih yang halal)
coklat compound putih - 1 BAR
coklat compound warna dark coklat- 1 BAR
perisa strawbery(tak nak bubuh pun takpe)
susu pekat (5 sudu)-nak bagi berkilat sikit

CARA-CARANYA:

1. Korang double boil dulu coklat putih pastu terus isi dalam acuan dia ye...pastu korang teriapkan acuan tue sebab kita just nak buat kerongsong(badan je) selepas itu masukkan mould ini kedalam peti sejuk seketika sebab kita nak buat inti dia..

 2: Korang double boil dark coklat pastu masukkan krim keju campur la dengan susu pekat manis dengan perisa strawbery tue kacau sampai likat..

3. Masukkan adunan diatas ke dalam acuan yang sama selepas tue ambik coklat putih tadi tutup permukaan mould tue pastu dia akan jadi macam nie...
pastu masukkan acuan tu dalam peti sejuk
 
selepas beku baru ketuk...  dan inilah hasilnyer


SELAMAT MENCUBA

Monday, October 18, 2010

COKLAT BUAH-BUAHAN DAN KEKACANG

Hari ahad lepas saya tengok tv1 ada rancangan inspirasi koko..chef tue ajar resepi nie..
Saya suka sangat nampak mudah la..budak2 pun suka makan..
saya kongsi masakan tue untuk anda semua...

Peralatan yang digunakan:
Kepingan marmar
Scraper/alat perata
Jangka suhu/ thermometer
Mangkuk kertas bersaiz kecil
Sudu kecil

Bahan-bahan:
250gm Coklat susu tulen
Buah-buahan campuran (Oren, betik dan kismis) (secukupnya)
Emping jagung, bertih beras,(badam hiris (dipanggang)) (secukupnya)
Coklat urai berwarna (hiasan)

Cara membuat:
1) Blok coklat dipotong dan dihiris kepada kepingan-kepingan kecil supaya mudah dicairkan.

2) Teknik pencairan dengan menggunakan kaedah ‘double boiler’. Proses ini mengambil masa selama kira-kira 10-15 minit dengan suhu mencecah 45-50’c.

3) Pastikan wap air panas tidak masuk kedalam coklat kerana ia akan merosakkan tekstur coklat.

4) Tuangkan ¾ coklat yang telah dicairkan keatas permukaan kepingan marmar.Tinggalkan ¼ lebihan coklat tadi di dalam magkuk.

5) Suhu didalam bilik mestilah pada paras 24-25’c.(berhawa dingin)

6) Proses penstabilan kistal perlu dilakukan dengan segera untuk menurunkan suhu coklat daripada 45-50’c kepada 27’c.

7) Seterusnya, kesemua buah-buahan campuran dan juga kekacang, emping jagung dan bertih beras dicampurkan sekali.Bahan-bahan ini kemudiannya digaul rata bersama coklat yang telah stabil suhunya.

8) Menggunakan dua camca teh, masukkan adunan didalam mangkuk kertas bersaiz kecil, dan hiaskan dengan coklat urai berwarna.

9) Sejukkan coklat yang telah siap kedalam peti sejuk selama 15-20 minit pada suhu 7-10’c.

Wednesday, September 22, 2010

RESEPI UNTUK COKLAT GANACHE :


Saya ada terjumpa resepi nie dari internet..lupa la ambik dari mana..sebab saya just copy then paste kat word dalam pc saya...masa sebelum posa aritu saya memang giler cari resepi..mai saya kongsi dengan korang...tuan empunya resepi sorry ye saya tak mention kat awak..saya lupa saya ambik kat blog mana tapi yang pasti sumber dia memang dari internet?

RESEPI UNTUK COKLAT GANACHE :

Sukatan biasa digunakan membuat ganache ialah:

300 gm krim pekat/putar
500 gm coklat masakan(cincang halus)
30 gm mentega

Kaedah asas membuat ganache:

1) Cincang coklat masakan kecil-kecil.Masukkan mentega sekali dengan coklat yang sudah dicincang ini.
2) Panaskan krim hingga mendidih. Angkat.
3) Masukkan coklat dalam krim dan kacau hingga coklat cair.
4) Biarkan ia sejuk beberapa jam sebelum digunakan.( Boleh juga teknik double boiling untuk masak coklat ganache ini)

Kek yang dah sejuk baru boleh sapu coklat ganache pada pemukaan atas kek dan lepas tu tabur manik gula dan cokolat M&M untuk mengcantikkan kek korang tue.

Tuesday, August 31, 2010

HANDMADE COKLAT PERISA COKLAT CHEESE + COKLAT PUTIH

Semalam saya telah menghasilkan satu lagi resepi homemade coklat berperisa cheese disaluti coklat putih..nak tengok rupanyer tak?
Masih dalam acuan tak ketuk lagi..

Ok tak wei?

Nie la rupa coklat yang telah diketuk tue...inti dia coklat cheese dibaluti coklat putih...






My hubby kata rasa dia macam makan ais krim..ahamdulilah percubaan kali kedua berjaya dari yang pertama dulu..



Saturday, August 28, 2010

HOME MADE COKLAT: PEANUT COKLAT

Saya ambik nie dari http://merpati66.blogspot.com saya suka sangat dengan puan ida nie..dia banyak masuk majalah antaranyer MAJALAH NUR, MAJALAH MIDI, MAJALAH ANIQAH, MAJALAH BINTANG KECIL, Nie resepi yang dibuat oleh puan ida untuk majalah ANIQAH...jom layan..Kalau rasa gambar nie kecik tak faham..tak pe saya dah tulis apa yang tercatat dalam gambar tue supaya korang senang faham...

BAHAN-BAHAN:
500g coklat (potong kecil2 agar mudah cair)
5 gm mentega kacang
1 paket coklat chip @ inti kacang (untuk intinya)


CARA-CARANYA:
  1. Mula cairkan dulu coklat, (dark compound) ke dalam bekas keluli @ double boiler berserta mentega kacang dan kacau sehingga menjadi cair dan agak likat.
  2. Setelah likat masukkan coklat tersebut ke dalam corong plastik.
  3. Ikat kemas corong plastik tersebut dan potong sedikit bahagian hujungnya agar mudah mengeluarkan coklat untuk dimasukkan ke dalam acauan.
  4. Paipkan coklat ke dalam acuan sehingga mampat agar coklat terbentuk apabila dikeluarkan kelak.

Nie proses nak masukkan inti ...
  1. Apabila telah dimampatkan masukkan seketika kedalam peti sejuk.Kemudian taburkan coklat chip di atas coklat yang hampir beku.
  2. Tambah coklat dan mampatkan sekali lagi agar coklat melekat pada coklat chip (intinya)
  3. Setelah selesai masukkan kembali coklat tersebut dalam peti sejuk .
  4. Coklat hendaklah dibekukan 8 jam agar ia terbentuk dengan baik.
SELAMAT MENCUBA....

Saya publish artikel ni untuk rujukan saya di masa depan...boleh jadi rujukan untuk orang lain juga...sama-sama kita berkongsi ilmu..























HOME MADE COKLAT: PRALINE COKLAT BENTUK ROSES

Saya ambik nie dari http://merpati66.blogspot.com saya suka sangat dengan puan ida nie..dia banyak masuk majalah antaranyer MAJALAH NUR, MAJALAH MIDI, MAJALAH ANIQAH, MAJALAH BINTANG KECIL, Nie resepi yang dibuat oleh puan ida untuk majalah NUR..jom layan..

BAHAN-BAHANNYA:

CARA PENYEDIAANNYA:

Mesti korang nak tengok penyediaan dengan ada gambarkan ye la kasi clear sikit....jom layan..

Saya publish artikel ni untuk rujukan saya di masa depan...boleh jadi rujukan untuk orang lain juga...sama-sama kita berkongsi ilmu..

P/S : Nak kasi gambar nampak clear korang klik kanan ambik view image la ye...

HOME MADE COKLAT: TRIFFLE COKLAT

Saya ambik nie dari http://merpati66.blogspot.com saya suka sangat dengan puan ida nie..dia banyak masuk majalah antaranyer MAJALAH NUR, MAJALAH MIDI, MAJALAH ANIQAH, MAJALAH BINTANG KECIL, Nie resepi yang dibuat oleh puan ida untuk majalah bintang kecil...jom layan..


Saya publish artikel ni untuk rujukan saya di masa depan...boleh jadi rujukan untuk orang lain juga...sama-sama kita berkongsi ilmu..

Thursday, August 26, 2010

RESEPI HOMEMADE COKLAT:3 IN 1

Resepi ini saya ambik dari http://alkiram.net/salam/2009/12/24/jenis-perbezaan-coklat/ untuk semua blogger yang memang minat nak buat sendiri homemade coklat: Nie la resepinya..selamat mencuba



THREE IN ONE
Bahan-bahannya
Dark chocolate, dicincang
Kacang badam, dipanggang (kacang badam sebiji-sebiji ya jangan dicincang)
Kacang hazel, dipanggang
Kacang walnut, dipanggang

Cara-caranya
1. Cairkan coklat hitam dan masukkan kedalam beg piping. Paipkan bentuk bulat leper lepar 4cm diatas kertas kuih.
2. Aturkan kacang badam, hazel dan walnut diatas coklat leper itu.
3. Sejukkan didalam peti sejuk selama 2 minit atau sehingga ia keras. Siap untuk dihidang.


HANDMADE COKLAT PERISA MOCHA

Sebelum posa aritu saya ada buatkan coklat perisa Mocha...resepi saya ambik kat internet..nak tengok tak hasilnyer?
Sebelum dibubuh coklat putih
Selepas diletak coklat putih

Nak resepi tak?ala mudah je..budak-budak pun boleh buat...tapi kena rajin la...


CHOCOLATE MOCHA FUDGE

500 g cooking chocolate.
250 g susu pekat manis.
30 g butter.
3 s.t. Nescafe.

1. Campurkan susu pekat, butter, Nescafe dan chocolate. Masak atas api yg perlahan hingga pekat.
2. Tuang adunan dlm acuan 20 cm yg dialas degn aluminium foil.
3. Bila sejuk, simpan dlm fridge about 2 hours.
4. Then bila dh sejuk leh la potong 4 segi kecil.

*Klau nk lawa, leh tabur ngan badam cincang sblm ia mengeras.
*Pas potong2 tu, leh gak taruk dlm paper cup.  










p/s: 
Kalau korang beli dark coklat korang MESTI tambah susu pekat pasal coklat tue pahit..tapi kalau dah beli milk coklat tak payah bubuh susu pekat dah..nanti manis melecas(orang utara kata)

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg