KLIK LA

Showing posts with label DOA. Show all posts
Showing posts with label DOA. Show all posts

Thursday, December 12, 2013

ORANG YANG DOA YANG DITERIMA ALLAH

Firman Allah dalam surah AL-Mukmin 40:60
"Berdoalah kepadaKu, pasti aku kabulkan doamu".

Bila kita dapat panggilan interview hari-hari dalam sembahyang kita dok doa agar kita dapat pekerjaan tue..
Masa kita dalam dilema nak pilih jodoh yang terbaik untuk kita sanggup kita berpuasa dan sembahyang istikharah untuk menentukan pilihan yang kita pilih itu tepat..
Teringat time nak exam masa kat universiti dulu..ramai kawan-kawan sanggup bangun malam berdoa mohon agar lulus exam..takut kena repeat paper..sembahyang lima waktu time menjelang exam tak penah tinggal..asyik penuh je..risau kalau tak sembahyang nanti jawab exam blurr pulak...
Boleh dikata ramai jugak yang sanggup bangun tengah malam buat sembahyang tahjud, solat hajat mohon agar apa yang kita hajati dimakbul Allah..

Tapi bila yang kita hajati tak dimakbulkan mula kita menyalahkan Ilahi..kita mula persoalankan "awat paper nie aku leh failed sedangkan aku dah study bagai nak gila"..
Kita mula nak menyalahkan takdir "awat sidia tak ditakdirkan menjadi jodoh aku sedangkan kami tinggal sehari lagi untuk diijab kabulkan"...

Kita selalu mengeluh bila apa yang kita doa tak dimakbulkan Allah... 

Cuba kita renungkan firman Allah "Sesiapa yang disibukkan dengan membaca Al-Quran dan mengingati Aku daripada meminta sesuatu daripadaKu, maka Aku akan memberikannya lebih baik daripada apa yang diminta oleh orang lain. (Riwayat al-Tarmizi)

Korang nak tau tak doa sapa yang dimakbul Ilahi..

Bila seseorang muslim mendoakan buat saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya itu insyallah doa itu akan mustajab kerana atas kepalanya ada malaikat yang ditugaskan setiap kali dia berdoa buat saudaranya itu, malaikat itu juga mendoa sambil berkata" Amin, dan buatmu juga yang seumpama itu ( seperti hajat yang didoakan buat saudaramya)." (Riwayat Muslim)

Pabila kita berpuasa perbanyakkan berdoa terutama ketika membuka puasa kerana waktu itu antara waktu mustajab doa..dalam riwayat al-Tarmmizi "Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi"...

Setiap ibu bapa yang mendoakan untuk anak-anak insyallah doa mereka akan dimakbulkan Allah..sebab tue la mak bapak jangan dok cakap lebih kurang dengan anak-anak jangan la memaki anak-anak..sebab setiap kata-kata mak bapak adalah doa..zaman dulu-dulu mak bapak kalau nak marah anak dioarang akan kata macam nie " bertuah punya budak"..sedangkan waktu tue budak tue dah panjat pokok tinggi melangit...

Waktu kita bermusafir tapi bermusafir ke tempat yang baik-baik bukan nak pi kelab dangdut atau buat maksiat insyallah time doa kita kan dimakbulkan ilahi...

Selamat berdoa...



Thursday, October 11, 2012

Ujian Mengesan Jin Dalam Badan ( Ruqyah Syar'iyyah )

Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika berseorangan. Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin.

Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan kita? Mungkin kita akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini? Mari sama-sama kita mencuba..

Langkah 1
Play RUQYAH SYARIAH di bawah ini dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.

Langkah 2
Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.

Langkah 3 
Perhatikan setelah selesai... Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.

Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk.

DOWNLOAD VIDEO anda boleh download video ni pastu save dalam phone..
(sekiranya anda tak arif dengan cara ini boleh cuba cara dibawah pulak)

AYAT RUQYAH SYARIAH...

DOA SOLAT DHUHA BERSERTA VIDEO


Doa setiap kali solat Dhuha. Solat Dhuha sunat dilakukan di antara pukul
8 hingga 11 pagi. InsyaAllah memudahkan kita memperoleh rezeki dari
Allah SWT.

Bilangan rakaat adalah 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam).
Minimum 2 rakaat.

Niatnya: "Sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala".

Rakaat pertama baca Surah Ash-Shams manakala rakaat kedua bawah
Surah Adh Dhuha.

Selepas memberikan salam, baca doa didalam video ini. Selamat beramal.
Semoga anda dianugerahkan rezeki halal yang melimpah ruah dari Allah SWT.

Thursday, July 5, 2012

Merawat Sakit Jantung Guna Ayat al-Quran

Salam reader, entry nie saya ambik dengan izin dari blog http://rawatan-holistik.blogspot.com.
Saya amat bertima kasih kepada tuan empunya blog ini sebab sudi memberi kaedah rawatan ini..saya amat memerlukan artikle seperti ini sebab ibu saya disahkan menghidap penyakit jantung...sebagai anak saya nak ibu saya sihat seperti selalu..apa saja saya akan lakukan hanya untuk buat ibu saya gembira..andai jantung saya boleh diberi untuk menyembuhkan penyakitnya saya akan lakukan..sebab dia wanita yang paling mulai dan paling baik dihati saya...

Ini dipetik dari tulisan Ustaz Raflis Sabirin melalui Majalah Milenia Muslim, Mei 2010. Beliau mempunyai pengalaman selama 27 tahun merawat penyakit jantung dan lain-lainnya dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan Asmaul-Husna.

Cara Pengamalan

1) Setiap kali lepas solat 5 waktu, setelah selesai salam, duduk bersila tetap menghadap kiblat, lalu konsentrasi kepada niat tujuan (secara spesifik). Contoh: 'Semoga Allah lenyapkan segala sumbatan yang menyumbat setiap mana-mana pembuluh jantung dengan Keagungan dan Kebesaran Kalamullah'

2) Baca Surah al-Fatihah sekali untuk dihadiahkan kepada Nabi Muhammad S.A.W, keluarga, para sahabat Baginda dan sekalian muslimin supaya mendapat limpahan syafaat dari mereka

3) Selepas itu baca al-Fatihah (sekali)

4) Selepas itu baca Surah al-Ikhlas (tiga kali)

5) Selepas itu baca Surah al-Falaq (sekali), Surah an-Nas (sekali), ayat Kursyi (sekali)

6) Selepas itu Surah al-Hasyir ayat 21-24 (tujuh kali) iaitu seperti berikut:-


لَوۡ اَنۡزَلۡنَا هٰذَا الۡقُرۡاٰنَ عَلٰى جَبَلٍ لَّرَاَيۡتَهٗ خَاشِعًا مُّتَصَدِّعًا مِّنۡ خَشۡيَةِ اللّٰهِ‌ؕ وَتِلۡكَ الۡاَمۡثَالُ نَضۡرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُوۡنَ‏


هُوَ اللّٰهُ الَّذِىۡ لَاۤ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ‌ ۚ عٰلِمُ الۡغَيۡبِ وَالشَّهَادَةِ‌ ۚ هُوَ الرَّحۡمٰنُ الرَّحِيۡمُ‏ ﴿۲۲


هُوَ اللّٰهُ الَّذِىۡ لَاۤ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ‌ۚ اَلۡمَلِكُ الۡقُدُّوۡسُ السَّلٰمُ الۡمُؤۡمِنُ الۡمُهَيۡمِنُ الۡعَزِيۡزُ الۡجَـبَّارُ الۡمُتَكَبِّرُ‌ؕ سُبۡحٰنَ اللّٰهِ عَمَّا يُشۡرِكُوۡنَ‏ ﴿۲۳


هُوَ اللّٰهُ الۡخَـالِـقُ الۡبَارِئُ الۡمُصَوِّرُ‌ لَـهُ الۡاَسۡمَآءُ الۡحُسۡنٰى‌ؕ يُسَبِّحُ لَهٗ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَالۡاَرۡضِ‌ۚ وَهُوَ الۡعَزِيۡزُ الۡحَكِيۡمُ‏

(Sila rujuk ayat dalam kitab al-Quran yang sebenar)

Maksudnya:

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya (21)

Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (21)

Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya (23)

Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana (24) .

Setiap kali baca Surah Al-Hasyir itu, maka hendaklah tarik nafas ke dalam badan perlahan-lahan seakan-akan kita masukkan amalan semua surah yang telah dibaca supaya lenyap segala yang menyumbat saluran darah pada jantung. (Untuk lebih memahami, lihat rajah jantung di bawah, bayangkan anda membawa energi seperti cahaya putih yang masuk terus ke setiap salur darah koronari jantung dan cahaya itu terus menghancurkan plak-plak kolesterol yang menyumbat)


Jantung terletak di tengah-tengah dada, agak ke kiri sedikit. Terdapat 2 salur darah utama yang membekalkan darah ke jantung (untuk digunakan oleh otot-otot jantung). Ini dipanggil arteri koronari kiri dan arteri koronari kanan. Di dalam arteri inilah penyumbatan berlaku.

7) Setelah selesai tujuh kali baca, maka akhiri dengan bacaan berkat 'Lailahaillallah Muhammad Rasulullah' semampunya, tapi jangan kurang 100 kali baca

8) Lakukan amalan ini selepas setiap kali solat lima waktu selama 21 hari berturut-turut, insya-Allah anda akan merasakan manfaat dan kesannya pada jantung anda.

Nota: Teruskan mengambil ubat-ubat yang sedang anda makan. Jangan ditinggalkan, kecuali selepas dinasihatkan oleh doktor anda!


PENAWAR UNTUK SAKIT JANTUNG

Salam readers,
Saya tahu entry nie mungkin akan di cari-cari oleh orang yang mepunyai masalah seperti ibu saya..Ibu saya di sahkan menghidap masalah jantung..saya kesian melihat dia sekarang..payah betul melihat senyuman terukir di wajahnya..mungkin dia merasa sakit..hanya dia yang tahu..sebagai anak saya terasa sedih yang amat sangat..setiap malam saya akan teman dia dibiliknya..alhamdulilah suami saya tiada buat masa sekarang jadi kesempatan 2 bulan nie dapat la saya menghabiskan masa saya dengan ibu saya..segala apa yang dia inginan sedaya upaya akan saya penuhi yang paling saya amat sedih sekali dia minta Tikar Evamatic seperti yang saya belikan untuk anak saya tapi bercorak batik sebagai alas untuk "koyak kain kafan nanti"...bayangankan betapa sedih saya ketika dia berkata demikian..alhamdulilah 3 hari lepas tikar yang dia sudah sampai ke rumah..(permintaan nie dibuat sebelum dia tahu dia menghidap sakit jantung)..

Hari ini saya menjelajahi ke setiap website yang ada di dunia semata-mata untuk mencari penwar bagi sakit jantung ini..syukur alhamdulilah saya terjumpa satu rawatan emngubati sakit jantung menggunakan kaedah AL-QURAN..insyalah saya akan print dan minta mak amalkan..saya juga terjumpa dengan 

KEBAIKAN HERBA JANTUNG TN.HAJI IBRAHIM:
1) Mencegah - memelihara jantung anda sebelum datang sakit jantung
2) Memulih - membentukan semula jantung anda3) Merawat - Mencuci saluran jantung yang tersumbat, membentukkan semula jantung yang bengkak.Menguatkan JantungSekiranya tidak dirawat akan mengakibatkan kanser. Menurunkan kadar kolestrol
HARGA: RM170.



NOTA KAKI:
Insyallah saya akan membeli produk ini sebab saya lihat ramai testimonial yang telah berjaya, AJAL MAUT kan ditangan Allah..Kita hanya mampu berusaha..apa saja untuk ibu saya akan lakukan sebab dia IBU saya..saya juga nak kongsi dengan kalian semua kaedah perubatan islam..semoga artikle ini dapat membantu orang yang senasib seperti ibu saya..



Thursday, January 5, 2012

RESEPI COKLAT BUATAN TANGAN: JEJARI COKLAT



Hari ini GK nak kongsi resepi JEJARI COKLAT atau dalam bahasa englishnya
  "BITTER CHOCOLATE"


BAHAN-BAHAN:
110gm krim putar
150gm coklat hitam kouvertur

Penyalut:
100gm gula icing

CARA-CARA:
- Masukkan krim putar dalam periuk dan didihkan. Keluarkan dari api dan tuangkan ke atas coklat yang telah dipotong. Kacau coklat sehingga cair dan sebati. Tutup dengan plastik pembungkus dan sejukkan selama 2 jam atau semalaman pada suhu bilik.
- Gunakan beg pastri untuk dijadikan jejari sepanjang 2cm di atas dulang yang dilapik kertas minyak.Biarkan sejuk selama satu jam.
- Kemudian geselkan pada tapak tangan supaya menjadi 4cm dan masukkan dalam gula icing.
- Keluarkan dan tapiskan gula icing berlebihan.

Thursday, April 21, 2011

KHAS UNTUK INSAN YANG PUTUS CINTA

GK tau mesti ada yang sedang merana kerana tengah putus cinta, putus kasih sayang(bercerai berai), putus tunang dan putus segala-galanya...jangan lah bersedih sayang...GK ada petua untuk ubati kesedihan korang...jangan anggap dunia nie dah gelap tau...jangan anggap dunia sudah berakhir tau....kuatkan iman...bangun ditengah malam sembahyang mintak ketenangan dan jangan lupa baca doa ini.....

http://breakupkings.com/wp-content/uploads/2011/04/breakup.gif 
Jangan baca surat yang si dia bagi tue sangat nanti boleh buat korang menangis je...
korang baca doa nie ye....


Doa nie ustaz haron din yang bagi tau....amallah ye...


CARA MENCARI JODOH

Kalau berpacaran jangan tungga lama-lama...
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama..
Hantarkan rombongan meminang dengan segera...
Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya....

Bila dengar lagu nie teringat kat member-member yang sedang hangat dan "berpanas" dengan bercinta...
bestkan mengusung anak dara orang ke sana-kemari..
bila tanya bila nak kawin jawapan diorang bagi "jodoh tak sampai lagi"....erm takpe la nak buat macam ne....
http://zs2konkursy.files.wordpress.com/2010/05/lover.gif?w=460&h=150

Ok mai dekat sikit GK nak kongsi doa untuk PENDEKAT JODOH...


Cuba la amal...doa ni ustaz haron din yang perturunkan...amalkan mana tau mujarab dan menjadi...

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg