KLIK LA

Showing posts with label RESEPI CUPCAKE. Show all posts
Showing posts with label RESEPI CUPCAKE. Show all posts

Thursday, September 23, 2010

CUPCAKE PISANG


 http://takethecannoli.files.wordpress.com/2008/04/dscf0724.jpg

CUPCAKE PISANG 

BAHAN-BAHAN:
140   gm butter
200  gm tepung
100  gm gula
2       biji telur
3       biji pisang
2       sudu besar fresh cream
1       sudu besar jus lemon
1       sudu teh soda bikarbonat
1       sudu teh baking powder

CARA MEMASAK:
1) Pukul gula dengan butter sampai kembang , asingkan putih dan kuning telur .Pukul putih telur sampai kembang dan kemudian masukkan ke dalam adunan butter. 
2) Masukkan tepung , soda bikarbonat , baking powder dan kacau bagi mesra semua adunan. Lenyek pisang sampai lumat dan masukkan juga ke dalam adunan dan kacau lagi . Akhir sekali masukkan kuning telur dan kacau supaya semua bahan digaul sama rata.
Bila dah siap adunan saya pun masukkan la semua ke dalam bekas cup cake ni, saja je sebab cute je bekas ni dan bila nak makan nanti pun senang je tak payah nak potong-potong.
Semua bancuhan dah siap diletakkan dalam bancuhan dan boleh la di bakar dalam oven selama 30 minit dengan suhu 160 darjah celsius. Saya bakar sampai bahagian atas agak gelap sikit je.





Wednesday, September 22, 2010

BUTTER CAKE/CUPCAKES

Saya ada koleksi muffin yang saya kutip dari internet dari blogger yang memang handal memasak...saya siarkan disini bagi memudahkan blogger yang nak buat cupcake salin je resepi disini...ilmu kena dikongsi betul tak?

 Photobucket - Video and Image Hosting

BUTTER CAKE/CUPCAKES

BAHAN-BAHAN :

3  biji telur
1 cawan butter
1 cawan gula castor
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan susu segar
1 sudu esen vanilla

- Dalam bekas yang sesuai masukkan semua telur dan pukul telur kemudian masukkan gula dan butter . Pukul semua bahan sampai kembang dan fluffy.

- Masukkan susu segar , tepung , vanilla esen dan pukul lagi untuk semua bahan menjadi mesra selama 3 minit.

- Masukkan bancuhan ini ke dalam paper cup yang sesuai dan tabur la sugar springkles . Pre-heat oven selama 10 minit dalam suhu 160 darjah celcius . Bila habis semua adunan di masukkan dalam paper cup , boleh la dibakar cupcake ini dalam suhu 160 darjah celcius selama 20 minit atau sampai cake masak .

* Nak tau cake dah masak ialah dengan mencucuk lidi ke dalam aduanan kek itu , kalau lidi yang ditarik keluar dari kek tu bersih maknanya cake dah masak tapi kalau ada tepung yang melekat kiranya belum masak la kek tu so kena la masuk balik dalam oven dan bakar lagi sampai la kek tu masak...

MOIST CHOC. CAKE

Saya ada koleksi muffin yang saya kutip dari internet dari blogger yang memang handal memasak...saya siarkan disini bagi memudahkan blogger yang nak buat muffin  salin je resepi disini...ilmu kena dikongsi betul tak?
moist chocolate cake

MOIST CHOC. CAKE

BAHAN A : diayak

2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1sudu kecil baking powder
1sudu kecil soda bicarbonate

BAHAN B :

4 biji telur
2 cwn gula halus
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak
1½ cwn air panas mendidih

CARA MEMBANCUH ADUNAN :

Pukul gula + telur = kembang (high speed) saya pukul dalam 10 minit . Kemudian masukkan susu pekat , pukul sekejap dan masukkan minyak dan pukul menggunakan aras low speed .

Masukkan bahan A iaitu tepung - sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-plahan sehingga betul-betul sebati .Kemudian masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu).

Akhir sekali saya masukkan bancuhan kek ini dalam cup kertas ( masukkan 3/4 saja bancuhan kek ini ke dalam cup kertas jangan sampai penuh)dan bakar selama 15 minit dalam suhu 180 darjah celcius atau sehingga kek masak . Cara lain untuk nak check sama ada kek dah masak ialah dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi , jika lidi yang ditarik keluar itu bersih bermakna kek dah masak .

RESEPI CUPCAKE VANILA




Bahan-bahan
150 g mentega
185 g tepung naik sendiri
150 gram gula kastor
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur
1 sudu teh vanilla

Untuk ising:

100 g mentega
200 g gula ising
2 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanilla
chocolate rice utk tabur

Cara-cara
1.Pukul butter dan gula hingga kembang dan gebu(warnanya bertukar menjadi kuning keputih-putihan)
2.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla.pukul lagi sampai sebati.
3.Masukkan tepung yang dicampur dgn soda bikarbonat. Adun sebati(semasa proses mencampur adunan tepung,pastikan mixer digunakan pada kadar yang paling perlahan)
4.Susunkan kertas kek cawan kedalam acuan. Masukkan adunan hingga 3/4 penuh
5.Bakar selama 10 minit dgn suhu 180 C
6.Utk ising, pukul mentega dan gula ising hingga kembang dan gebu. Masukkan esen dan air panas. Pukul lagi hingga putih dan berkrim
7.Sapukan ising atak kek. Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum diletakkan ising. Kemudian boleh taburkan manik atau choc rice.

**kalo nak perisa lain,boleh tukar esen vanila kepada perisa lain yang anda mahu.boleh juga tambah kekacang seperti badam dalam resepi:)

Saturday, August 14, 2010

RESEPI CUP CAKE

Niat hati saya nak buat cupcake untuk besday suami 23.7.2010 yang lalu..kerana kesuntukan masa saya terpaksa order je la cheese cake dari kawan baik saya pah hazwani atau gadiskalispeluru..nama blog brutal tapi bab memasak dia memang handal...seminggu sebelum tarikh lahir suami saya dah jumpa resepi nie...mungkin raya nie kot akan terhasil la cupcake nie...insyallah..korang nak cuba tak?ok saya bagi kat korang sama ye...ilmu mesti dikongsi betul tak?saya mabik dekat sini http://shw.aminila.fotopages.com/15827099/Amatur-nye-decorating-Hehehhe.html

mesti cupcake nie ilham Puansri kan..
CUPCAKES PUANSRI

BAHAN
200 g butter
180 g gula halus
3 sudu besar tepung kastard
220 g tepung naik sendiri
4 telur

CARA
1. Ayak tepung naik sendiri bersama tepung kastard
2. Pukul butter dengan gula hingga kembang
3. Masukkan telur satu persatu
4. Masukkan esen vanilla
5. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang dah diayak
6. Sudukan adunan dalam cup muffin sehingga 2/3 penuh
7. Bakar dalam oven dengan suhu 175C selama 20-25 minit until sehingga masak

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg