KLIK LA

Showing posts with label ALAM RAHIM. Show all posts
Showing posts with label ALAM RAHIM. Show all posts

Monday, November 12, 2012

PETUA MENGURANGKAN RASA SAKIT BERSALIN

GK nak bagi sikit petua cara nak kurang rasa sakit ketika nak bersalin...masa GK nak bersalin aritu rasa sakit tetap ada..tapi dia mai kejap pastu hilang..macam nak mai period rasa dia...tapi alhamdulilah pas bersalin GK tak penah rasa senggugut dah..kalau dulu sebelum kawin time zaman anak dara GK memang sering senggugut...bila mai period je..terus rasa nak demam..sekarang alhamdulilah dah hilang semuanya...

OK jom kita tengok petua mengurangkan rasa sakit bersalin...ini cuma petua mengurangkan je tau bukan menghilangkan..sebab setiap wanita yang bersalin akan rasa juga sakit ketika nak bersalin..baru la gugur segala dosa kita...

  1. 2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga
  2. Bila dah start sakit nak bersalin, telan sebiji telur mentah (GK buat benda nie 2hari sebelum bersalin)
  3. Rebus epal hijau pastu makan masa tengah sakit tu...
  4. Amalkan baca surah Maryam
  5. Masa dalam labour room, banyakkan baca doa nabi yunus berulang kali serta "Ya Fattah" banyak2 kali supaya laluan bayi cepat terbuka n kurangkan rasa sakit
  6. Minum air selusuh (better suami yang bacakan)
  7. Amalkan minum air kelapa hujung2 nak bersalin. tujuh bulan nak bersalin GK kerap teguk air nie..
  8. Makan kurma dalam bilangan ganjil
  9. Banyakkan berjalan, jangan malas. P soping ke... hoho..seminggu sebelum delivery GK ajak suami teman GK pi jalan2 pusing tasik melati perlis..
  10. Amalkan makan sayur bendi. kalau boleh hari2.. (GK tak amal sangat sebab rasa dia tak sedap)
  11. Untuk senaman pulak, masa kat bilik air duduk mencangkung dengan tangan menahan kat dinding then cuba berdiri perlahan lahan. Buat banyak kali. Boleh dibuat apabila usia kandungan 38 minggu ke atas. (Tapi kenapa dalam bilik air? kang tergelincir baru tahu... huhu)
  12. Duduk bersila, temukan kedua dua tapak kaki, pegang jari2 kaki tu pastu tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.
  13. Masa meneran dalam labour room, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina koyak/ koyak banyak.
  14. Amalkan menyapu minyak zaitun di sekeliling lubang faraj untuk melembutkan bahagian tersebut, so takde mudah koyak/ koyak banyak.
  15. Petua dr Fadzilah Kamsah, rajin2 main dengan janggut suami, main camne tak pasti, urut2 kot... hihi
  16. Masa tengah sakit tu, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit makin kuat, tarik nafas dan lepaskan cepat2.
  17. Baca surah Al Insyiqaq ayat 1-4
  18. Baca surah Abasa ayat 20 
  19. Baca surah An Nahl ayat 78
  20. Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Bari, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali then hembuskan dalam segelas air. 
  21. Makan ketam masak lemak (wahhhh terbaik!!! hehehe)
  22. Banyakkan "bersama" ketika nak dekat due.... (air selusuh semulajadi? hihi) 

Wednesday, October 10, 2012

FAKTA MENARIK MENGENAI BAYI BARU LAHIR

  1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.
  2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
  3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
  4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
  5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
  6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan
  7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
  8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
  9. Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik
  10. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
  11. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
  12. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
  13. Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.
  14. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
  15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
  16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya


Thursday, September 13, 2012

PERUBAHAN IBU HAMIL DI TRIMESTER KEDUA

Salam semua,
Semalam GK dah story tanda-tanda kehamilan..
Sekarang GK nak citer sikit masa trimester kedua apa yang terjadi..
Bila GK dah tau GK pregnant, perasaan nie happy yang teramat sangat..ye la kita kawin tujuan nak ada zuriat..bila dah setahun kawin tak pregnant-pregnant orang sekeliling mula nak bagi macam-macam petua..kata-kata pedih pun ada yang menyinggap ke telinga..tahan je la...

Ok straight to the point, masa trimester kedua kehamilan, korang akan perasan yang perut semakin membesar, ini terjadi 12 minggu kehamilan atau 3 bulan keatas..masuk 5 bulan perut akan mula rasa pejal dan padat..GK nak pakai baju kurung pun tak selesa..kain kena angkat letak atas perut hehehehe..

Pastu orang yang tengah pregnant nie kuat sendawa dan buang angin..GK jenis kuat sendawa...aduh part ni yang malu..GK sendawa dengar kat umah jiran sebelah..al maklum la dok umah taman...sebab pe jadi macam nie sebab usus yang meregang akan mudah membuat kita terasa kembung..cuma GK nak bagi tips sikit la..jangan makan terlalu kenyang dalam satu masa..nanti kang dok sendawa termuntah lak..

Ada orang kata time pregnant nie perempuan cepat jadi pelupa..tapi alhamdulilah GK tak kena simpton tue, banyakkan makan kismis dan kurma...andai terjadi kat korang korang buat buku kecil atau diari tau GK dulu beli juga buku diari kehamilan...

GK alami juga pedih ulu hati..bila terlebih makan mesti GK rasa pedih ulu hati..ada orang kata kalau anak yang kita kandung tue laki-laki memang akan rasa pedih ulu hati tapi kalau baby girl takkan rasa..tip untuk elak pedih ulu hati JANGAN makan makanan pedas tau, makanan berminyak pun tak leh makan. makanan berlemak pun jangan makan..jangan makan malam..tak yah dok mengarut nak makan untuk 2 orang ye..

Sebelum pregnant GK memang mengalami keguguran rambut tapi masa pregnant rambut payah la nak gugur..bilik air dah tak de nampak gugurnya rambut GK...sikat pun tak de kelihatan rambut gugur...

Masa masuk kehamilan 18- 24 minggu korang akan rasa sakit kat bahagian abdomen bawah perut..kalau sapa-sapa yang penah senggugut dia akan tak sakit macam ne..tapi tak teruk macam senggugut tue..tapi tempat yang sama..ia adalah kerana peregangan ligamen dan otot untuk menahan rahim kian membesar. Korang cuba duduk atau berbaring ia boleh kurangkan rasa sakit.

Ada perempuan yang time pregnant tidur dia kan berdengkur..sebab pe diorang berdengkur sebab rasas sesak dan senak ditambah dengan pembengkakan membran mukosa. Ada juga perempuan time pregnant mengalami sakit gigi pastu gusi berdarah hidung pun berdarah..ini berlaku sebab peningkatan aliran darah pada bahagian tersebut..ada kakak nie, dia tak tau kata dia pregnant..gigi asyik sakit je..gusi asyik berdarah..lama pas tue baru tau itu tanda-tanda kehamilan dia..

GK alami juga kram kaki..ye la berat bertambah..jalan banyak pastu bila malam kaki kram..cara nak ubati angkat kaki letak kat dinding..angkat setinggi yang boleh..buat sebelum tidur..

Bila dah masuk 15 minggu keatas korang dah boleh rasa pergerakan baby..dia tak de la bergerak laju...tapi kalau kulit perut tue nipis memang boleh rasa baby bergerak..time korang nak tidur masa tue baby pun nak bergerak...tapi yang confirm 19 minggu kita dah boleh rasa baby gerak..best sangat detik tue..

NAK TAU TANDA KEHAMILAN? baca artikle nie "Tanda-tanda kehamilan"




Wednesday, September 12, 2012

TANDA-TANDA KEHAMILAN

Salam semua,
Alhamdulilah aidil dah genap setahun pada 10.9 2012 lepas..dah besar anak ibu nie..teringat GK tanda-tanda kehamilan GK dulu...
Biasa la anak pertama pengalaman tak de..setahun juga la GK tunggu untuk pregnant..tiap kali hujung bulan GK dok doa semoga period tak mai dengan harapan melekat la kali ni..tapi setahun pastu baru la doa GK dimakbulkan Allah..alhamdulilah...

GK nak kongsi sikit perubahan yang bakal dialami oleh bakal ibu-ibu...

1) TIDAK DATANG HAID:

- Sebelum ni GK dok tunggu juga bila nak melekat nie..tapi selalu hampa je..pada bulan november 2010, GK tunggu juga period mai, tapi tak datang-datang GK ingat mungkin GK stress atau terlalu banyak kerja..selepas sebulan lebih menunggu..period tak mai2 juga..masuk tahun 2011 GK pun pi beli UPT dan tak sangka naik 2 garisan..masa tue tak caya lagi..GK terus pi cek kat klinik dan alhamdulilah memang positve...

2) KELAINAN PAYUDARA:
- Breast akan mula membesar..adakala menjadi tegang..payudara akan jadi lebih lembut 3 minggu setelah pembuahan benih terjadi..nanti korang akan rasa bra rasa sempit, menyakitkan atau tak selesa nak pakai...puting akan menjadi lebih gelap..

3) SAKIT KEPALA:
- GK masa tak tau kata mengandung tue GK kerap juga sakit kepala...bila bagitau suami..dia kata mungkin GK stress pikir masalah kerja kot...nak buat kerja rumah malas giler..rasa nak pejam mata je..tido...

4) SERING MEMBUANG AIR KECIL:
- Bila kita pregnant kita memang kerap rasa nak terkencing sebab proses persediaan rahim untuk menampung bayi, dan bayi akan menekan bahagian pundi kencing ditambah pula perubahan hormon..

5) SUKAR BUANG AIR BESAR:
- Orang perempuan yang pregnant akan mengalami sembelit...kadang kala boleh buang sekali seminggu je..korang jangan risau tau, banyakkan minum air masak berbanyak-banyak ye..

6) MUAL MUNTAH:
- Bila GK dah tau GK nie pregnant..mula masa tue nak muntah-muntah...sebulan juga la GK muntah-muntah naik lembik juga badan nie...bila bau orang menumis bawang lagi rasa nak muntah...

7) KELETIHAN:
- Masa GK pregnant dulu..siang hari GK rasa ngantuk sangat..rasa penat yang teramat sangat tapi bila malam GK aktif sungguh...sanggup berjaga malam..pagi-pagi pukul 5 pagi cergas je GK drive kete teman suami pergi kerja dari kedah ke perlis.

Itu la pengalaman GK masa mengandung dulu..ada orang perempauan time pregnant rasa KRAM PADA PERUT.ada yang suka meludah, perubahan emosi diaorang tak menentu..asyik nak marah-marah dan merajuk je...ada juga perempuan yang mengalami perubahan berat badan yang mendadak dan ada yang mengalami pendarahan..



Tuesday, April 24, 2012

JANGAN ANGKUH WAHAI MANUSIA



"Dia telah menciptakan manusia dari mani, tiba-tiba ia menjadi pembantah yang nyata."
(QS 16 An-Nahl Ayat 4).


"Dan apakah manusia tidak memperhatikan bahwa Kami menciptakannya dari setitik air mani, maka tiba-tiba ia menjadi penentang yang nyata!"
(QS 36 Yaasiin Ayat 77).
Wahai manusia renunglah sejenak:
Tafakkur dan Merenung Lagi.. Tentang Asal Usul Kita.. Dari Air Mani yang Hina -Segumpal Darah - Segumpal Daging - Ditiupkan Ruh, Kemudian Jadilah Kita [Perhatikan Foto Tersebut].. 
Pantaskah Kita Sombong?.. 
Pantaskah Kita Menolak Untuk Tunduk Kepada Allah?.. Pantaskah Kita Selalu Mendurhakai Allah?.. 
Pantaskah Kita Selalu Mengedepankan Akal dan Nafsu Kita Daripada Aturan-Aturan Allah?.. 
Pantaskah Kita Menghina dan Meremehkan Orang Lain?.. 
Siapakah Kita?.. 
Dari Mana dan Dari Apa Kita Berasal?..


Monday, April 23, 2012

AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR



Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak....

♥►Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya,

♥►Membaca surah al fatihah 1 kali,alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.

♥►Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

♥►Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

♥ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ♥ ..

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg