KLIK LA

Showing posts with label RESEPI KEK. Show all posts
Showing posts with label RESEPI KEK. Show all posts

Wednesday, June 8, 2016

RIBENA KEK JAFFA

RIBENA KEK JAFFA

Bahan-bahan:
Inti Ribena:
1 paket Konnyaku Jelly Powder (10g)
900ml air didih
150ml kordial Ribena
1 sudu besar jus lemon
250g coklat gelap kualiti tinngi, pecah menjadi kepingan

Untuk kek:
2 biji telur
50g gula kastor
50g tepung gandum, diayak
1 sudu besar Ribena

Cara penyediaan Inti Ribena:
1.) Tuangkan serbuk jelly ke dalam mangkuk tahan panas dan tambahkan air mendidih ke dalamnya. Kacau sehingga serbuk jelly larut. Campuran akan menjadi likat.
2.) Masukkan jus lemon dan Ribena dan kacau lagi sehingga sebati. Tuangkan campuran jeli ke dalam mangkuk leper dan sejukkan di dalam peti sejuk selama satu jam.

Cara penyediaan untuk Kek:
1.) Renehkan air di dalam periuk dan letakkan mangkuk tahan panas diatasnya, pastikan air tidak menyentuh mangkuk.
2.) Campurkan gula dan telur di dalam mangkuk dan pukul menggunakan pemukul telur sehingga pucat dan gebu, lebih kurang 4-5 minit. Kemudian, tambahkan tepung yang diayak sambil memukul adunan.
3.) Tuangkan adunan ke dalam acuan muffin nonstick, setiap kira-kira 0.5cm tebal. Jika tiada nonstick pan, sapukan mentega dan tepung pada acuan. Bakar pada suhu yang bersuhu 180 darjah Celsius selama 8-10 minit.
4.) Selepas dibakar, biarkan sejuk seketika dan keluarkan kek dengan spatula getah. Sejukkan di rak penyejukan.
5.) Cairkan coklat dalam ketuhar gelombang mikro pada api sederhana selama 30 saat.
6.) Gaulkan jelly yang telah disejukkan dan tuangkan setengah sudu besar jelly dipertengahan kek dan tuangkan coklat yang telah dicairkan tadi. Sejukkan selama setengah jam dan sedia untuk dihidang.
 
NOTA:
GK publish resepi ni untuk rujukan GK dimasa depan dan kalau korang nak juga boleh je try...tapi GK tak sempat buat lagi...tengok macam sedap..

Saturday, August 18, 2012

RESEPI: KEK UBI KAYU LAPIS


Salam reader,
Resepi ini ialah RESEPI PILIHAN DAIRY CAMP.
GK petik dari harian kosmo..khas untuk semua..


NOTA KAKI:
Selamat berpuasa dan selamat menyambut Aidil Fitri...


Friday, August 17, 2012

RESEPI: KEK LAPIS KACANG HIJAU


Salam reader,
Resepi ini ialah RESEPI PILIHAN DAIRY CAMP.
GK petik dari harian kosmo..khas untuk semua..


NOTA KAKI:
Selamat berpuasa dan selamat menyambut Aidil Fitri...


Thursday, August 16, 2012

RESEPI KEK KELAPA PANGGANG


Salam reader,
Resepi ini ialah RESEPI PILIHAN DAIRY CAMP.
GK petik dari harian kosmo..khas untuk semua..


NOTA KAKI:
Selamat berpuasa dan selamat menyambut Aidil Fitri...


Tuesday, August 14, 2012

RESEPI: KEK LAPIS KACANG HIJAU


Salam reader,
Resepi ini ialah RESEPI PILIHAN DAIRY CAMP.
GK petik dari harian kosmo..khas untuk semua.

NOTA KAKI:
Selamat berpuasa dan selamat menyambut Aidil Fitri...

Monday, August 13, 2012

RESEPI: KEK KARAMEL KUKUS

Salam reader,
Resepi ini ialah RESEPI PILIHAN DAIRY CAMP.
GK petik dari harian kosmo..khas untuk semua..

NOTA KAKI:
Selamat berpuasa dan selamat menyambut Aidil Fitri...

Thursday, May 31, 2012

RESEPI KEK BATIK



Selamat pagi...wah semangat nampak pagi nie...dah breakfast ker?jom pekena kek batik...kek batik la kek paling mudah giler nak buat..tak payah oven..tak payah microwave tak payah nak guna mixer senang sangat....jom jengah cara buat kek batik..GK buat kek batik campak dalam kuali je...bubuh dalam dulang sumbat dalam peti sejuk pastu boleh ngap..semudah ABC...


Bahan-bahan (1 dulang)

 250 g biskut marie – patah 2
   150 g butter
  1 cawan milo
  5 sudu besar serbuk koko
   1 sudu besar esen vanilla
    1/2 tin susu pekat manis
       1/2 cawan air

Cara-cara
  1) Campurkan milo, serbuk koko, esen vanilla, susu pekat, air di dalam periuk. 
Kacau sehingga sekata dan panaskan dengan api yang perlahan.
2) Masukkan butter ke dalam periuk dan kacau sehingga adunan menjadi pekat. 
Kemudian tutup api.
3)  Masukkan biskut marie dan gaul sehingga sekata.
4)  Masukkan adunan ke dalam bekas dan mampatkan.
5) Sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum dihidangkan.


NOTA KAKI:
GK tak bubuh telur sebab nak bagi tahan lama...tak bubuh telur pun sedap juga...

Thursday, March 15, 2012

KEK COKLAT MOIST








 BAHAN-BAHAN:
  •  375 gm mentega
  • 500gm gula
  • 4 biji telur
  • 200gm tepung
  • 125gm serbuk koko
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • sedikit biskut coklat-oreo
  • sedikit cip coklat
BAHAN-BAHAN TOPPING:
  • 300 g coklat masakan
  • 150 ml krim putar
  • 2 sudu mentega/butter
 CARA MEMASAK:
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji dan gaul hingga sebati
  • Masukkan tepung, serbuk koko dan serbuk penaik. Gaul penaik.
  • Masukkan adunan tadi dalam acuan. Bakar dengan suhu 160'c selama 40 minit atau sehingga masak. Biarkan kek sejuk sebelum disapu topping coklat.
  • Untuk membuat topping kek, cairkan coklat masakan dengan sedikit mentega dan krim putar. Biarkan sejuk suam barulah disapu pada kek tadi.

RESEPI: KEK LOBAK MERAH



Salam semua hari ini GK nak kongsi satu lagi resepi kek yang GK mabik dari majalah RASA...resepi dia memang simple sangat..ada member GK yang dah try buat..dan dia kata jadi memang sedap sangat....korang try la...bahan-bahan dia memang simple dan ringkas je...


BAHAN-BAHAN:
10 BIJI KUNING TELUR
25gm GULA
200gm TEPUNG GANDUM
1 SUDU TEH SERBUK KAYU MANIS
750GM LOBAK MERAH
500gm BADAM- DICINCANG HALUS
200gm MENTEGA- DICAIRKAN
SEDIKIT SERBUK PENAIK

BAHAN-BAHAN MERINGUE:
10 BIJI PUTIH TELUR*
250gm GULA *
*PUTAR SEHINGGA KEMBANG.

 CARA MEMASAK:
  1. PUKUL KUNING TELUR DENGAN GULA HINGGA KEMBANG
  2. MASUKKAN TEPUNG, SERBUK PENAIK DAN SERBUK KAYU MANIS.GAUL SEHINGGA SEBATI
  3. MASUKKAN LOBAK MERAH YANG SUDAH DIKISAR HALUS. BERSELANG SELI DENGAN BADAM
  4. MASUKKAN BADAM. GAUL DENGAN SENDUK SEHINGGA RATA
  5. MASUKKAN MERINGUE. GAUL SEHINGGA RATA.
  6. MASUKKAN MENTEGA CAIR YANG TELAH DISEJUKKAN (JIKA PANAS IA AKAN BERKETUL)
  7. TUANG ADUNAN DALAM ACUAN DAN BAKAR DENGAN SUHU 180'C SELAMA SEJAM ATAU SEHINGGA MASAK.
NOTA KAKI:
MAJALAH RASA BAGI 4 BINTANG UNTUK RESEPI INI....SELAMAT MENCUBA


JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg