KLIK LA

Showing posts with label ISU KEHAMILAN. Show all posts
Showing posts with label ISU KEHAMILAN. Show all posts

Tuesday, April 5, 2016

OvaTel ALAT UNTUK MENENTUKAN TARIKH KESUBURAN DENGAN MENGGUNAKAN AIR LIUR ANDA

Pernah dengar tak OvaTel.. mesti ada dikalangan pembaca blog ni mencari-cari produk untuk menentukan tarikh-tarikh kesuburan diri sendiri.. memang betul banyak applikasi yang kita boleh download cara mengetahui tarikh kesuburan kita..tetapi dengan adanya OvaTel ni akan lebih memudahan kita mengetahui tarikh kesuburan kita... ini adalah cara untuk kita merancang kehamilan kita..untuk pengetahuan korang, OvaTel ini adalah monitor ovulasi, OvaTel hanya menggunakan air liur bukan air kencing untuk mengetahui tarikh kesuburan kita.

Dengan OvaTel, kita hanya perlu menggunkan setitik air liur (tempat terbaik untuk mengumpul dari bawah lidah) dengan menggunakan kayu yang kecil yang disediakan. selepas itu ludah pada lensa ...kemudian pegang kanta cahaya dan melihat imej / corak. Jika anda sedang ovulasi atau datang kepada ovulasi ... anda boleh melihat fern- sebagainya atau corak kristal seperti pada lensa.

Sebaik sahaja anda mula melihat bahawa anda 'Telah Memasuki tempoh subur anda, adalah disyorkan pasangan Yang Mempunyai hubungan setiap hari selama sebelas tempoh subur ... Seluruh Biasanya 5 hari. Ini adalah gambarajah untuk menentukan tempoh kesuburan korang..ini untuk memudahkan korang hamil..




Ovatel mendedahkan 5 hari waktu anda subur yang boleh meningkatkan peluang korang untuk hamil. Dengan menggunakan Ovatel ia membantu menentukan waktu puncak kesuburan korang, ia penting untuk wanita yang teringin nak hamil. Ovatel adalah 100% semulajadi . Harga pasaran adalah sekitar RM116.30. korang boleh beli di www.georgetownpharmacy.com.my/.

Untuk korang lebih memahami apa itu Ovalet... korang boleh baca detail mengenai OvaTel ini..

Apakah Ovatel?

OvaTel adalah mikroskop mini direka untuk membolehkan seorang wanita untuk melihat jika dia subur atau sebaliknya. OvaTel ini monitor, yang mana penggunaannya menggunakan air liur untuk menentukan tarikh kesuburan.

Mengapa Ovatel!
- Ovatel mendedahkan tempoh subur lima hari anda - Meningkatkan peluang anda untuk hamil.
- Ovatel adalah 98% tepat - Apabila digunakan dengan betul.
- Ovatel boleh digunakan semula. Membeli sekali -reuse setiap hari.
- 100% Semulajadi ... sempurna Perancangan Keluarga Asli
- Ovatel sangat berpatutan & kos efektif.
- Ambil Ovatel ujian bila-bila masa, di mana sahaja, - ia hanya mengambil masa beberapa saat.
- OvaTel diiktiraf oleh semua agama.

Cara mengunakan OvaTel:


Video mengenai OvaTel:

Monday, July 8, 2013

PUNCA SUKAR HAMIL

Zuriat ini anugerah Allah..kalau masih bukan rezeki kita...ikhtiar macam mana pun ia tetap bukan jadi milik kita tapi yang penting D.U.I.T iaitu (DOA, USAHA, IKHTIAR, TAWAKAL)..
GK nak kongsi sikit tip yang GK tau, kot-kot boleh jadi panduan kepada yang belum hamil...yang penting usaha dan doa...

Antara punca-punca yang perlu diberi perhatian :

1) Keletihan – kerap rasa letih dan lesu mungkin menyebabkan badan kurang produktif 
2) Hormon tak stabil, period tak menentu 
3) Masalah keputihan yang serius 
4) Suami seorang perokok 
5) Berat badan berlebihan untuk suami dan isteri 
6) Banyak ambil pemakanan yang kurang sihat seperti fast food, junk food dan minuman bergas.
7) Stress / tekanan. Kadang-kadang bila kita asyik fikirkan kenapa susah nak dapat anak, pun boleh buat kita stress kan.

Juga, mungkin kita boleh elakkan benda-benda ni, yang menurut orang-orang tua kita, merupakan antara penyebab susah untuk hamil.

- Minuman yang masam – asam boi, limau nipis, jeruk dan lain-lain
- Makanan yang tajam dan panas – tapai, nenas, air tebu, rebung dan lain-lain
- Minuman bergas dan beralkohol
- Fast food
- Makanan berangin
- Makanan laut yang berkulit kerang seperti kerang, lala, kepah, udang (mengandungi toksik yang tinggi).
- Digalakkan mengambil makanan yang berprotein tinggi (telur, ikan, soya dan lain-lain)

Ia berkait rapat dengan cara hidup yang sihat dan cara pemakanan yang sihat :))

TANDA- TANDA BERSALIN

1. Show
Ini merupakan tanda awal bersalin. Kebiasaannya dalam bentuk lendir ataupun darah. Jika mengalami tanda ini, anda tidaklah perlu tergesa-gesa bergegas ke hospital. Hal ini kerana tanda sebegini mengambil masa hampir beberapa hari sebelum anda perlu melalui proses bersalin.

2. Kontraksi
Dalam keadaan ini, perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi setiap kontraksi. Bagi kontraksi sebenar, kekerapannya perlulah konsisten, kerap dan bertambah kuat dari semasa ke semasa. Apabila anda melalui kontraksi sebegini, seharusnya anda perlu segera ke hospital untuk mendapatkan pemantauan doktor. Walau bagaimanapun jika hal yang sebaliknya berlaku, (sebagai contoh anda mengalami kontraksi pada kadar 10 minit, kemudian 45 minit, selanjutnya 5 minit) perlu diingatkan keadaan sebegitu bukanlah kontraksi.

3. Air ketuban pecah
Kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila ada pancutan air yang keluar dalam jumlah yang banyak. Perlu anda perhatikan, air yang keluar seharusnya jernih dan tidak berwarna. Namun, jika air itu berwarna hijau, itu menandakan bayi sudah pun membuang air besar ketika masih berada dalam kandungan. Apabila mengalami tanda seperti ini, sebaik-baiknya anda perlu segera berangkat ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana jika dibiarkan berlanjutan boleh menyebabkan jangkitan kuman.Kebanyakan wanita hamil keliru dengan perbezaan air ketuban dan air kencing. Bagi mengetahui sama ada, ketuban pecah ataupun tidak, untuk pengetahuan anda, air ketuban keluar tanpa anda mengalami rasa ingin membuang air kecil.

Amaran!!!
Walaupun ketiga-tiga tanda ini merupakan petanda awal bersalin, namun anda tetap perlu segera ke hospital sekiranya mengesyaki bayi kurang bergerak. Dibimbangi bayi lemas dalam kandungan. Dalam masa 12 jam, bayi perlu sekurang-kurangnya 10 kali bergerak. Jika secara tiba-tiba, anda mendapati bayi kurang bergerak segeralah ke hospital walaupun tidak mengalami tanda awal bersalin.

TIP MUDAH BERSALIN

GK sekarang dah nak masuk 6 bulan..ini anak yang ke dua..tapi nerveous tetap ada...masa GK dok surf internet GK terjumpa artikle nie..dia mintak share..maka GK pun share la kat sini...


1. 2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga.

2. Bila sakit nk bersalin, makan sebiji telur mentah.

3. Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka

4. Rebus epal hijau pastu makan time tgh sakit contraction

5. Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin

6. Time kat labour room, banyakkan membaca al-fatihah dan doa nabi Yunus serta sebut "Ya Fattah" berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin

7.  Amalkan minum air kelapa hujung2 nk bersalin. (ni mmg admin amalkan jugak, nanti baby lahir kulitnya bersih je)

8. Makan kurma dalam bilangan ganjil

9. Banyakkan berjalan, naik tangga ke... Exercise sebelum deliver baby

10. Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby

11. Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari2 kaki and tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.

12. Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sb nt koyak teruk

13. Amaklan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut

14. Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuar, tarik nafas dan lepaskan cepat2

15. Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air

16.Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu

17.Minum air Selusuh. Lebih baik kalu dibuat sendiri oleh suami.. Berkat kata orang 

Friday, June 7, 2013

MENGETAHUI JANTINA ANAK MELALUI KELENDER CINA KUNO

Salam semua,
Hari ni tak de keje..dah settel semua kebetulan ari jumaat keje buat laju je..sebab esok cuti..yahooo...
Ok dalam dok rilek-rilek ni tangan gatai godek tenet maka terjumpa la satu website yang buat GK happy iaitu website www.chinesegendercalendar..
Website nie memudahkan korang yang tak faham-faham nak tengok pasal kelender cina kuno...kebanyakan blogger dok citer nak tau jantina anak boleh rujuk kalender ni (tapi tak leh percaya sangat sebab ini qada' dan qadar dari Allah) kita hanya merancang ok...

Tapi yang jadi masalahnya GK tengok dok faham-faham juga..
Maka semua kesulitan GK sudah terjawab...kalau ikut pengiraan kalender ni maka GK akan dapat baby girl...kalau betul alhamdulilah...maka sepasang la anak GK nanti...

Cara nak kira mudah je...
1) masukkan tarikh lahir korang (si mummy bukan daddy ok)
2) pastu korang masukkan tarikh due baby korang
3) tekan calculate

 dan ini hasilnya..alhamdulilah GIRL...

Cara kedua:
1) masukkan tarikh hari lahir korang (si ibu ye)
2) masukkan tarikh conception @ tarikh pensenyawaan (ingat balik bila tarikh korang subur)
3) macam besa tekan calculate

dan hasilnya sama seperti diatas GIRL juga..

Terpulang la kepada korang nak caya ke tak..itu hak korang sekadar merancang ok je...janji anak sihat dan mudah bersalin..amin..

Sunday, April 14, 2013

TIPS MENGETAHUI JANTINA ANAK DALAM KANDUNGAN

Sejak dapat tau kata mengandung nie..GK Kerap juga search artikle cara mengetahui jantina anak dalam kandungan tapa melakukan ultasound.. Hati ini teringin nak melahirkan anak perempuan pulak..tapi semua ketentuan Ilahi..GK pasrah je..

Mungkin tips nie berguna untuk korang yang excited nak tau jantina anak dalam kandungan sebelum buat scan...ini hanya tips yang sebetul hanya Allah yang Maha Mengetahui...

1) Melihat kepada perut si ibu. Kalau perut ibu kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan, maka anak dalam kandungan tu lelaki. Kalau perut ibu bulat bundar / melebar ke tepi, itu kemungkinan anak perempuan. 

2) Melihat kepada nipple breast si abang atau kakaknya. Kalau nipple abang atau kakaknya terbelah..maka anak yang dalam kandungan tu anak pompuan. Sebaliknya, kalau nipple tu bulat / timbul maknanya anak dalam kandungan adalah lelaki. 

3) Melihat arah tidur si ibu. Kalau si ibu suka tidur mengiring ke kanan.. maka kemungkinan anak yang dikandung adalah lelaki. Sebaliknya, kalau suka mengiring ke kiri..hah mungkin anak pompuan.

4) Merasa arah berat perut. Kalau si ibu merasa bahawa anak dalam kandungan suka duduk kat sebelah kanan..mungkin anak lelaki. Sebaliknya..kalau baby tu suka dok sebelah kiri..mungkin pompuan.

5) Melihat perangai si ibu. Kalau si ibu semasa mengandung suka bersolek, bergaya.. hah kemungkinan anak dalam kandungan tu pompuan. Sebaliknya kalau malas nak bersolek, bergaya ni..anak lelaki la tu. 

6) Melihat garisan pada perut ibu. Kalau garisan tegak dari bawah ke atas tu terang dan tak putus-putus maka anak dalam kandungan tu kemungkinan lelaki tapi kalau terputus..kemungkinan pompuan.

7) Melihat pada wajah si ibu. Kalau wajah ibu berseri-seri orang kata anak lelaki tapi sebaliknya kalau muka tak berseri orang kata anak pompuan..sebab anak pompuan tu telah menarik seri wajah ibu dia..sebab tu muka ibunya tak berseri..

TERINGIN AIR NIRA NIPAH KETIKA MENGANDUNG

Rindu nak menulis kat blog nie..rasanya dah lama tak publish apa-apa story kat sini..memandangkan sekarang tengah pregnant GK ambik kesempatan ini nak kongsi pasal isu -isu kehamilan je la..

Ini adalah kandungan kedua GK..nak masuk anak kedua dah huhuhu..cepat masa berlalu..
Alhamdulilah kali ni tak de la mengidam yang pelik-pelik..yang kandungan pertama dulu pun dok mengidam buah pulasan..pelik kan tak penah-penah makan buah pulasan..tapi time pregnant boleh terliur dok bayang kemanisan pulasan..

Jenuh suami GK cari kat sekitar utara memang tak jumpa..last-last member dia yang dok johor pos buah pulasan sekotak guna bas...masa buah tue ada depan mata GK makan ada kot 5 biji je yang lain suami GK dan adik beradik yang dok perabih...hehehehe

Kali ni pregnant GK teringin nak minum air nira nipah..kebetulan bapa saudara GK memang pencari nira nipah dan dia memang jual nira nipah yang ori tak de campur air...

Alhamdulilah kemarin dah minum nira nipah yang fresh baru turun dari pokok..rasanya memang manis..tak de masam walaupun sikit pun...mak GK kata kalau ada rasa masam-masam tue nira dah lama...GK bau pun nak muntah ..tapi yang nie tak bau pun sedap sangat....ada lagi 4 bungkus nira dalam peti sejuk..petang nanti nak minum pulak...mula-mula risau juga orang pregnant boleh ke minum nira...mak kata boleh..tapi selawat dulu...GK tawakal je la...sebelum nie pregnant pun penah minum juga tapi seteguk je...tak lalu...tapi kali ni pregnant dok terbayang nira je...

Ini pokok nira nipah..rumah pak saudara GK dikeliling dengan pokok nipah nie la..nyamuk banyak...dia gigit kita tak sedar tau-tau dah merah-merah...

Jemput minum air nira..sedap...


JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg