KLIK LA

Showing posts with label RESEPI NASI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI NASI. Show all posts

Sunday, June 29, 2014

RESEPI NASI TOMATO DAN AYAM MASAK MERAH

Salam 1 Ramadan semua, masak apa kita hari ni...GK sugget masak sendiri je kat rumah lagi jimat..sekarang barang mahal...bawa RM50 pi bazar ramadan takat boleh makan sampai sahur je tu pun kalau tak basi....

Tapi kalau korang bawa RM50 pi pasar basah...wah dah boleh stok untuk 2-3 hari ok...

Kemarin GK dengan rajin tahap gaban buat nasi tomato...actually ni second time buat tomato..sebelum ni masak nasi tomato dibantu oleh suami...

Kemarin buat nasi tomato tanpa bantuan sesiapa...semata-mata ikut resepi dari blog 

Tapi GK adjust sikit sebab pelik juga Awat dia tak guna susu cair...husband GK ajar kena letak susu cair...pastu sukatan air dia GK terpaksa ubah ikut sukatan periuk GK...masa ikut sukatan dia...nasi i jadi mentah...mungkin cawan dia dengan cawan GK sukatan tak sama...huhuhu..
nasib baik mak su ada dia bagi petua nak bagi hilang kementahan nasi tue...kalau tak sakit perut la semua orang makan nasi tomato GK....

Petua untuk menormalkan nasi yang mentah:
Ambik secawan air yang panas tuang dalam nasi tue...pastu ambik cawan kaca masukkan air panas dalam cawan tu, pastu cawan tu letak ditengah-tengah nasi..pastu tekan button cook...

GK ulang 3 kali step ni..alhamdulilah nasi dah tak mentah...dan ini hasilnya...

Ini resepi nasi tomato:
Bahan-bahan :
  • 4cwn beras(dibersih dan ditoskn) 
  • minyak masak saji je- (resepi asal minyak sapi dah lupa beli bedal minyak saji je la)
  • 2 kuntum bunga cengkih 
  • 1/2 kuntum bunga lawang 
  • 3 biji buah pelaga 
  • 5 cm kulit kayu manis 
  • 1 biji bawang besar dicincang 
  • 160g tomato puree (dlm tin)- guna separuh je
  • 1.8 leter air rebusan yang cair (bole juga nk guna kiub pati ayam)- guna kiub je 
  • bhn dikisar: 2 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah dan 1 hiris halia 
  • 3 senduk susu cair-GK guna UHT



Cara-cara 
  1. Panaskan minyak  diatas api yang sederhana dan tumiskan rempah-rempah selama 1-2 minit. 
  2. Masukkan bahan tumbuk dan teruskan menggoreng hingga masak. Masukkan bawang besar dan goreng hingga layu. 
  3. Kecilkan api dan tuangkan puri tomato.Biarkan mendidih perlahan-lahan dan masukkan beras.Kacau rata-rata selama 1-2 minit. 
  4. Masukkan air rebusan, susu dan garam secukup rasa.Biarkan cecair meresap ke dlm beras sebentar. 
  5. Kecilkan api, tanak nasi itu dengan bertutup hingga masak


Ini ayam masak merah yang disediakan oleh abang GK...semua orang puji sedap...tapi malangnya...GK tak dapat nak ambik resepi dari dia...andai ada resepi dari dia...GK akan publish kat sini...
Tapi sedap sungguh ayam masak merah dia buat...(dia ada buka restoran kat pauh...
nama restoran tu  RESTORAN DJAH)


Tuesday, August 21, 2012

RESEPI: NASI KARI BAKAR


Salam reader,
Resepi ini ialah RESEPI PILIHAN DAIRY CAMP.
GK petik dari harian kosmo..khas untuk semua..


NOTA KAKI:
Selamat berpuasa dan selamat menyambut Aidil Fitri...


Saturday, June 2, 2012

NASI AYAM BERMADU


Nasi ayam nie sama je macam nasi ayam biasa cuma beza dia bubuh madu je...
letak madu dalam nasi ayam ayam takpe jangan bawa balik "madu" yang lain dah la..nanti kang kena kejar satu taman perumahan buat malu je...




Bahan-bahan
1/2 ekor ayam
1 bungkus sup bunjut ADABI
3 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
Garam dan lada sulah secukup rasa
Tumbuk
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-cara
• Tumis bawang merah, putih dan halia yang dikisar hingga wangi. Masukkan air dan sup bunjut. Biar 3 minit.
• Masukkan ayam dan masak hingga empuk lebih kurang 10-15 minit. Tambah garam dan lada sulah.Ketepikan dan biar sejuk sebentar.
• Keluarkan ayam dan ambil kuah sup. Masukkan ke dalam periuk nasi bersama beras yang telah dicuci dan sedikit garam. Jumlah kuah mesti sama dengan banyak air kalau masak nasi biasa.

NOTA KAKI:
Semasa nasi tengah masak, lumurkan ayam dengan sedikit hirisan bawang putih, sos tiram dan madu. Goreng (jangan terlalu lama sebab ayam dah masak.)


Tuesday, October 12, 2010

NASI TOMATO


http://img99.imageshack.us/img99/5293/nasitomato.jpg
Bahan-bahan
3 tin susu beras - direndam lebih kurang 15 minit
5 sudu besar susu cair
1/2 tin tomato heinz
Bahan untuk menumis:
5 ulas bawang merah - dimayang
5 ulas bawang putih - dimayang
sedikit buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
sedikit halia - dimayang
daun pandan
sedikit minyak sapi

Cara-cara
• Tumis minyak sapi, masukkan bahan-bahan yang hendak ditumis bila sudah naik bau masukkan tomato serta susu cair kemudian masukkan beras dan air.
• Bila nasi sudah kering masukkan pula kismis jika anda suka

NASI PAPRIK (2)


http://www.spa.gov.my/images/SPAnavigator/images/puspanita/nasi_paprik.jpg

Bahan-bahan:
5 pinggan nasi putih panas
1/2 kilo isi ayam/daging
6 biji cili api, dihiris
3 ulas bawang merah, dimayang halus
2 ulas bawang putih, dimayang
1/2 btg serai dihiris
5 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
3 btg kacang panjang dipotong
2 sudu bawang goreng
Garam secukup rasa
sedikit minyak masak

Cara memasak:
1) Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Bila kekuningan, masukkan cili api. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air selepas menggelegak, masukkan isi ayam/daging.
2) Masukkan garam secukup rasa kemudian kacang panjang dan nasi putih. Goreng selama 3 minit. hidangkan.

NASI PAPRIK


 http://www.pahang-delights.com/images/dishes-nasi-paprik.jpg
Bahan-bahan
½ ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi (depends, kalau suka pedas boleh tambah lagi)- ditumbuk
2 biji limau kasturi - diambil jusnya
5 helai daun limau purut - carik-carikkan
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa

Cara-cara:
• Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
• Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
• Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
• Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

NASI NENAS


http://www.modernthaifood.com/images/rice1a.jpg
Bahan-Bahan
1 biji bawang hana besar
2 biji bawang putih
1 sudu makan serbuk kunyit – kisar dan tumis hingga wangi
1 sudu makan gula
1 buku stok ayam
50gm udang kering 

Cara Cara
• Bersihkan 2 cawan beras dan letak di dalam rice-cooker.Masukkan 2 cawan air dan bahan-bahan yang dikisar tadi, biarkan masak.Nenas dibelah dua, dan keluarkan isinya.
• Setelah nasi masak, masukkan nasi ke dalam nenas yang telah dibuang isinya,Tabur dengan kepingan ayam dan bawang goreng.

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg