Bahan-Bahan:
1kg mee kuning [celur skit dan toskan]
1/2 kg udang basah - bersaiz sederhana or udang galah
1 biji cili merah ]
3 ulas bawang merah ] kisar
2 ulas bawang putih ]
1 s/b lada hitam ]
3 s/k sos tomato
1 s/b sos cili
1 mangkuk taugeh [buangkan kaki ]
2 pokok daun bawang ]
2 tangkai daun sup ] mayang
5 biji tahu [goreng dan potong empat segi sederhana nipis.]
5 biji cili masak [mayang]
Limau kasturi [belah 2 buangkan biji]
Sedikit bawang goreng
stok udang / stok ikan bilis
air secukupnya
garam
Cara:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar.
2. Setelah naik wanginya masukan air dan stok udang.
3. Masukkan sos cili/tomato, garam dan serbuk perasa. Biarkan mendideh.
4. Masukkan udang dan biarkan mendideh.
5. Setelah selesai semuanya hidangkan bersama taugeh, bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup.
6. Perahkan limau kasturi.
Nota...taugeh tak payah dicelur supaya terasa kerangupannya bila dihidangkan dgn sup udang yg panas..
No comments:
Post a Comment