KLIK LA

Monday, April 16, 2018

PERODUA PROMOTION APRIL 2018

Salam sejahtera semua, pada adik kakak abang pak cik mok cik yang mencari kereta idaman yang murah, cantik, elegan, berkarisma sesuai dengan bajet bulanan boleh lah terjah ke bilik pameran Perodua yang berhampiran dengan anda sekarang. Sempena bulan April yang bakal meninggalkan kita kurang lagi 14 hari, eloklah sekiranya korang ambik peluang ini untuk menikmati promosi hebat dari pihak perodua..






Kadar rebat yang diberikan oleh Perodua kepada pembeli tersayang seperti berikut..


Perodua Bezza: Cash Redemption: RM 500.00

Perodua Axia : Cash Redemption: RM 1,000.00

Perodua Alza:  Cash Redemption: RM1,300.00

Bila GK tengok Perodua Axia kali pertama hati GK dah berkenan...cantik sangat..dah la comel sesuai dengan harga..






So tunggu apa lagi jom ke bilik pameran Perodua SEKARANG...

kot-kot nak tengok harga kereta keluaran Perodua klik link bawah ni..


Friday, December 8, 2017

RESEPI APAM SUSU YANG GEBU DAN SEDAP

Alhamdulilah hari ini diberi kesempatan dan kelapangan waktu untuk mengemaskini blog yang memang dah lama GK tinggalkan..sejak ada instagram ni GK selalu post setiap gambar masakan GK di instagram je...sapa -sapa nak folow ig GK sila ke ig cari nickname @diedashida ye...

Ok tak nak taip panjang-panjang GK nak share dengan korang resepi apam susu yang GK buat untuk jamuan akhir tahun sekolah anak GK...GK tanya feedback anak GK depa kata kawan-kawan abang suka "kek" (apam susu dikatakannya kek sebab buat bentuk bulat macam kek kot) yang ibu buat depa kata sedap..

Ini gambar Apam susu yang GK buat..kebetulan kat rumah ada warna biru dan hijau je...so inilah hasilnya..


Mak-mak yang nak buat untuk jamuan skolah atau jamuan kat rumah dipersilakan guna resepi ni..insyaalah jadi dan sedap...barang-barang kebanyakan GK beli kat kedai Ecoshop je..malah bekas letak apam susu ni pun beli kat Ecoshop..

APAM SUSU GEBU WARNA WARNI

Bahan2:
4 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila/ creamy vanilla
4 sudu besar susu pekat
1 sudu besar ovalette
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik(baking powder)
pewarna ikut kesukaan

Cara2:
1) Mula2 didihkan periuk pengukus sebelum buat adunan.
2) Satukan telur, esen, ovalette dan gula. Putar hingga kembang. GK guna blender..GK  blend lama juga lebih kurang 5 minit juga la...
3) Masukkan susu pekat dan putar sekejap.
4) Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah diayak dengan baking powder sedikit2 dan putar sehingga sebati
5) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letak pewarna kesukaan. Letak sedikit saja (soft color) sebab warna akan bertuka menjadi terang bila dah siap kukus.
6) Lenser loyang/acuan dengan mentega/majerin/minyak, baru tuang adunan berselang seli
7) Kukus selama 45 minit atau sehingga masak (ikut saiz loyang).- part ni korang kena faham betul-betul jangan kukus lebih dari masa yang dinyatakan nanti apam jadi keras dan liat (ini review dari akak-akak yang dah kukus sejam konon-konon takut tak masak)


∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞
Yang ni resepi apam susu yang diajar oleh Azlina Ina..kebanyakan orang yang dah buat guna resepi ini kebanyakan depa kata sedap dan menjadi..

APAM SUSU VERSI AZLINA INA

BAHAN-BAHAN:
   Telur gred C 4biji kalau A dgn B 3 Biji je
 1sk Esen Vanila
1sb Ovalate
 1 Cawan Tepung Gandum Cap Ros+4sb Susu Tepung
 1/2 Cawan Gule Halus
3sb Susu Pekat

CARA:
1.      Masukkn Semua Bahan Kecuali Susu Pekat Dgn Tepung
2.      Mix Smpai Gebu Putih
3.      Masuk Susu Pekat Mix Sekejap
4.Matikan Mixer Masuk Kan Tepung Dan Kaup Balik Aku Malas Kaup2 Kacau Je Mcm Biasa Elok Je Gebu
5.      Letak La Warne Atau Nak Plain Je Pon Buleh
6.      Oles Loyang Dgn Butter Loyang Saiz 6 
7.Panas Kan Kukusan Betul2 Berasap
Kukus Bekas Biru 25 Mnt  tapi kalau Bekas Loyang besar kukus anatara 30 minit Hngga 40 Minit


Friday, July 22, 2016

CARA BUANG KAHAK & LENDIR BAYI TANPA UBAT

Hi semua, tadi masa GK dok scroll kat FB GK pun terjumpa la petua CARA BUANG KAHAK & LENDIR BAYI TANPA UBAT..GK dulu masa ada baby kecik memang penah try petua ni alhamdulilah memang menjadi tapi kita sebagai mak - mak ni memang kena banyak bersabar..mau tak sabar dengan kita-kita naik give up...time buat kat adik adam dulu kena tunggu lama juga la nak tengok lendir dan kahak dia keluar...dengan dia dok teriak lagi...mau strress juga la..tapi pasal pikiq nak ubat anak layan je la...

Ok jom kita tengok petua CARA BUANG KAHAK & LENDIR BAYI TANPA UBAT ni..mana tau kot-kot korang nak buat kat anak-anak ampa nanti..


CARA BUANG KAHAK & LENDIR BAYI TANPA UBAT
1. Ketuk beberapa ulas bawang putih
2. Masukkan bawang putih tersebut ke dalam sebesen air panas yang masih berwap
3. Baringkan bayi anda menghadap besen berwap seperti dalam gambar. Pastikan kepala lebih rendah dari kaki
4. Serkup kepala bayi dengan kain lampin supaya wap tak terbebas atau menyejuk dengan cepat dan bayi dapat menyedut wap bawang putih sepenuhnya
5. Hati-hati dan pastikan tangan bayi tak menggapai besen
7. Tepuk bahagian belakang badan bayi di sebelah kiri dan kanan dengan tangan dibentukkan "cupping" untuk melonggarkan kahak dalam paru-paru
8. Jangan tepuk di bahagian tulang belakang bayi
9. Jangan panik jika bayi anda menangis dengan kuat. Itu lebih bagus kerana paru-paru akan mengembang dan memudahkan lendir untuk keluar.
10. Lakukan selama 10-15 minit, 2 atau 3 kali sehari. Ulang sehinggan simptom-simptom berkurang
 

SELAMAT MENCUBA

Wednesday, June 8, 2016

Sparkling Ribena bersama Asam boi & Limau Kasturi

Sparkling Ribena bersama Asam boi & Limau Kasturi:

Bahan-bahan:
2 sudu besar kordial Ribena
1 cawan air
3 biji limau kasturi, diambil jusnya
4 biji asam boi
1 cawan ais
1 tin Sparkling Ribena

Cara penyediaan:
1.) Masukkan ais dan Sparkling Ribena ke dalam pengisar jus dan kisarkan sehingga ais halus.
2.) Masukkan kordial Ribena, air, jus limau kasturi dan asam boi ke dalam bekas minuman air (botol air) goncangkan sehingga ia berbuih.
3.) Tuangkan campuran tadi ke dalam gelas dan tambahkan dengan campuran Sparkling Ribena tadi.
 
nota kaki:
GK belum try lagi...publish dulu nanti nak try juga

LEMPENG KELAPA & SOS BUAH-BUAHAN RIBENA

LEMPENG KELAPA & SOS BUAH-BUAHAN RIBENA

Bahan-bahan:
2 biji telur
¼ cawan minyak kelapa
3 sudu besar gula
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar serbuk penaik
½ cawan santan
¾ cawan air
½ cawan kelapa parut
Sedikit minyak kelapa

Sos buah-buahan Ribena
Bahan-bahan:
1 cawan kordial Ribena
½ cawan air
1 batang kulit kayu manis
2 sudu besar gula perang
1 sudu teh tepung jagung, dicairkan dengan sedikit air
Strawberi yang dipotong, dan blueberry

Cara penyediaan Lempeng Kelapa:
1.) Pukulkan telur, minyak kelapa, dan gula mengunakan pemukul telur di dalam mangkuk.
2.) Campurkan tepung gandum dan serbuk penaik di dalam mangkuk yang berlainan dan ayakkan sehingga rata.
3.) Di mangkuk yang berlainan, campurkan santan dan air.
4.) Masukkan campuran tepung ke dalam campuran telur, sedikit demi sedikit, dan diselang-selikan dengan campuran santan. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati. Masukkan kelapa parut, dan gaulkan lagi.
5.) Panaskan kuali leper dengan sedikit minyak kelapa dan tuangkan satu senduk adunan tadi. Setelah tepinya sudah mula bewarna perang, terbalikkannya dan masak sehingga kedua-dua belah lempeng bewarna keperangan-perangan.

Cara penyediaan Sos buah-buahan Ribena:
1.) Masukkan kordial Ribena, gula perang, air, dan kulit kayu manis ke dalam periuk kecil.
2.) Rebuskan sehingga mendidih dan menjadi sedikit likat.
3.) Setelah likat masukkan tepung jagung yang telah dicairkan dengan sedikit air dan gaulkan sehingga sos likat. Masukkan strawberi dan blueberry ke dalam sos, dan matikan api.
4.) Hidangkkan lempeng kelapa dengan sos buah-buahan Ribena.

nota kaki: 
GK publish resepi ni untuk rujukan GK dimasa depan dan kalau korang nak juga boleh je try...tapi GK tak sempat buat lagi...tengok macam sedap.. 

RIBENA KEK JAFFA

RIBENA KEK JAFFA

Bahan-bahan:
Inti Ribena:
1 paket Konnyaku Jelly Powder (10g)
900ml air didih
150ml kordial Ribena
1 sudu besar jus lemon
250g coklat gelap kualiti tinngi, pecah menjadi kepingan

Untuk kek:
2 biji telur
50g gula kastor
50g tepung gandum, diayak
1 sudu besar Ribena

Cara penyediaan Inti Ribena:
1.) Tuangkan serbuk jelly ke dalam mangkuk tahan panas dan tambahkan air mendidih ke dalamnya. Kacau sehingga serbuk jelly larut. Campuran akan menjadi likat.
2.) Masukkan jus lemon dan Ribena dan kacau lagi sehingga sebati. Tuangkan campuran jeli ke dalam mangkuk leper dan sejukkan di dalam peti sejuk selama satu jam.

Cara penyediaan untuk Kek:
1.) Renehkan air di dalam periuk dan letakkan mangkuk tahan panas diatasnya, pastikan air tidak menyentuh mangkuk.
2.) Campurkan gula dan telur di dalam mangkuk dan pukul menggunakan pemukul telur sehingga pucat dan gebu, lebih kurang 4-5 minit. Kemudian, tambahkan tepung yang diayak sambil memukul adunan.
3.) Tuangkan adunan ke dalam acuan muffin nonstick, setiap kira-kira 0.5cm tebal. Jika tiada nonstick pan, sapukan mentega dan tepung pada acuan. Bakar pada suhu yang bersuhu 180 darjah Celsius selama 8-10 minit.
4.) Selepas dibakar, biarkan sejuk seketika dan keluarkan kek dengan spatula getah. Sejukkan di rak penyejukan.
5.) Cairkan coklat dalam ketuhar gelombang mikro pada api sederhana selama 30 saat.
6.) Gaulkan jelly yang telah disejukkan dan tuangkan setengah sudu besar jelly dipertengahan kek dan tuangkan coklat yang telah dicairkan tadi. Sejukkan selama setengah jam dan sedia untuk dihidang.
 
NOTA:
GK publish resepi ni untuk rujukan GK dimasa depan dan kalau korang nak juga boleh je try...tapi GK tak sempat buat lagi...tengok macam sedap..

Tuesday, May 31, 2016

RESEPI DADIH SUSU MILO BERKRIM

Selamat pagi semua...apa habaq...tinggal berapa lagi kita nak melangkah ke bulan ramadhan dah ya...sapa yang tak ganti posa tu ganti la cepat..jangan dok tangguh2 satgi kena bayaq fidyah...

GK nak citer ni minggu lepaskan kenduri kawin adik ipaq GK...GK masa tu tak tau nak sumbang apa..pastu GK terlintas nak buat dadih...pas tiap kali GK pi kenduri,dadih ni macam satu menu wajib yang akan ada dalam majlis tu...tapi GK nak buat kelainan sikit tak mau la sama macam dadih yang dok juai kat pasar malam tu...kita ubah sikit resepi tu bagi kelainan sikit...alhamdulilah resepi yang GK olah ni mendapat pujian ramai...kembang bak hang...kot ampa semua nak rasa kembang bila kena puji sila la ikut sebijik macam resepi ni...insyallah sedap..mau ampa derhaka pada resepi pastu ampa komplen tak sedap jangan dok komen resepi cheq bagi tak menjadi ya...
Sebelum tu GK nak tunjuk dulu la gambaq dadih yg GK buat...

Member GK yang dah rasa dadih GK ni depa kata memang sedap...pastu depa pun try buat...ada sorang ni dia buat tapi dia boh susu low fat pastu dia tanya awat GK punya dadih berlemak lagi rasa sedap tapi dia punya kurang kick...pastu GK saja tanya guna susu apa...dia pulun habaq susu uht dutch lady macam ang habaq tu la...ok ang guna ducth lady yg low fat kan full cream...dia pun kata la...aku guna low fat..sama ja kan...erm....sendiri pikiq la...

Ok jom kita tengok resepi dia

BAHAN-BAHAN:
Bahan A:
  • 10/gm agar-agar
  • 1 liter air
  • 1 kotak susu uht full cream dutch lady
  • 1 tin susu pekat
  • 1 bungkus coffemate yang berat 450gm tu..
  • Sedikit esen vanila

Bahan B:
  • Pewarna coklat
  • Serbuk milo atau serbuk coklat malt anggaran dalam 2 senduk gulai.

Cara-caranya:
1) Masukkan 1 liter air kedalam periuk selepas itu masukkan gar-agar. Masak sehingga mendidih dan benar-benar hancur ya.
2) Masukkan susu pekat manis tak kisah brand apa pun. kacau sehingga sebati
3) Masukkan esen vanilla.
4) Selepas itu masukkan coffeemake diikuti dengan susu uht kacau sehingga sebati jangan bagi meruap..
5) Dah masak, tutup api, bahagi kan adunan ini kepada dua bahagian..(guna penapis tau)
6) Bahagian pertama adalah bahan A,manakala bahagian kedua adalah campuran Bahan A dengan Bahan B
7) Tuang separuh bahagian pertama kedalam bekas acuan tunggu sekitar 5-7 minit agak-agak  tekan permukaan ia dah sedikit kenyal, korang boleh menuang bahan yang mengandungi serbuk milo ke atas bahan A.
8) Masukkan dalam peti sejuk (bukan tempat sejukbeku tau), agak dalam 1 jam dah boleh ngap...

Selamat mencuba....mudah je..

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg