KLIK LA

Monday, January 10, 2011

BHG. 1 RAHSIA ALAM RAHIM: 2 JAM SELEPAS PERSETUBUHAN

http://www.scienceprogress.org/wp-content/uploads/2007/11/sperm.jpg

Apabila persetubuhan berlaku, air mani dari zakar lelaki terpancut ke
dalam faraj pasangan wanita. Air mani ini mengandungi sebanyak 400 juta sperma.
Banyak sperma tertumpah keluar dari faraj wanita, tetapi sebilangan sperma mula
berenang di dalam faraj menuju ke kaviti rahim dengan pantas dan terus ke tiub Fallopian.
Semasa ovulasi, mukus di pangkal rahim lebih cair untuk membolehkan sperma melaluinya
dengan lebih mudah.

Apabila sebilangan sperma tiba di dalam tiub Fallopian di mana ovum mungkin telah
bersedia menunggu, satu sperma bercantum dengan ovum ini. Ini dikenali sebagai
fertilisasi (persenyawaan). Fertilisasi berlaku dalam 5 peringkat seperti berikut:

− Penembusan yang berlaku apabila lapisan luar sperma bercantum dengan membran
    yang mengelilingi ovum.
− Percantuman berlaku di mana kandungan kepala sperma bertemu dengan ovum.
− Keseluruhan sperma memasuki ovum.
− Aktivasi dimana ovum membentuk reaksi yang menghalang sperma lain memasukinya.
− Percantuman bahan nukleus dari ke dua-dua sel ini (ovum dan sperma), disusuli dengan
    pembahagian sel. 

2 comments:

PAK MAT TAHIR said...

tahniah... banyak ilmu boleh ditimba dari blog adik...terima kasih

fadzilah said...

tahniah... blog ni ada pelbagai jenis info. bagus dan terima kasih.

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg