KLIK LA

Monday, January 10, 2011

BHG. 3 RAHSIA ALAM RAHIM: MINGGU KE-5 hingga MINGGU KE-8



MINGGU KE-5

Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.
Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.

MINGGU KE-6

Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.
Pada minggu ke-6, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.

MINGGU KE-7

Setelah usia janin minggu ke-7, bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.

MINGGU KE-8

Untuk pengetahuan, pada usia kandungan kita minggu ke-8, rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.


http://assets.babycenter.com/ims/2008/11nov/animation_weeks-1to9-embryo-2.jpg
Jantung embrio sudah mula berdegup dan mengepam darah. Jantung terbahagi kepada dua ruang. Saiz embrio adalah sekitar satu perempat inci/setengah sentimeter panjang dan lebih mirip anak berudu daripada manusia. 

Organ utama, termasuk buah pinggang, dan hati mulai membesar. 
Tiub saraf, yang menghubungkan otak dan tulang belakang akan tertutup minggu ini.
Tunas atas dan bawah embrio mulai tumbuh- ini akan membentuk lengan dan kaki bayi. Usus pula mula berkembang.

Dibawah pembukaan ini akan membentuk mulut bayi, lipatan kecil di mana leher dan rahang bawah mula terbentuk.


.......TAHUKAH ANDA.....

Seawal minggu ini, ciri-ciri wajah bayi sudah mula membentuk. 

No comments:

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg