MINGGU KE 25
Bayi sudah mula membuat beberapa pergerakan pernafasan walaupun tiada udara lagi dalam paru-parunya. Deria rasanya terbentuk dengan pantas. Bayi sudah memberi tindakan balas pada sentuhan dan jika kita menyalakan lampu ke perut ibunya, bayi akan memalingkan wajahnya.
MINGGU KE-26
Fenomena yang sering berlaku pada minggu ke-26 ialah badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin (aircond), basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan. Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm.
MINGGU KE-27
Sekarang minggu ke-27, bayi kita sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah bleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang kehamilan ini kita amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik. Pada waktu ini bayi sudah boleh menutup dan membuka mata. Bayi juga sudah pandai tidur dan bangun pada waktu yang sama dan bayi sudah pandai menghisap jari.
Bayi menghisap jari gambar 3D. |
MINGGU KE-28
Kini masuk minggu ke-28, bermakna kita hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Puan mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu puan juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negetif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita.
Saat ini amat sesuai untuk perdengarkan bacaan Al-Quran dan berinteraksi dengan bayi kita.
...TAHUKAH ANDA....
Sarung air ketuban pada minggu ke-24 dan ke-28 mengandungi cecair sebanyak 750ml yang membolehkan bayi bergerak secara bebas...
KISAH SELANJUTNYA:
BAHAGIAN 1:RAHSIA ALAM RAHIM: 2 JAM SELEPAS PERSETUBUHAN
BAHAGIAN 2: RAHSIA ALAM RAHIM: MINGGU KE-2 hingga MINGGU KE-4
BAHAGIAN 3: RAHSIA ALAM RAHIM: MINGGU KE-5 hingga MINGGU KE-8
BAHAGIAN 4: RAHSIA ALAM RAHIM: MINGGU KE-9 hingga KE-8
BAHAGIAN 5: RAHSIA ALAM RAHIM: MINGGU KE-13 hingga MINGGU ke-16
BAHAGIAN 6: RAHSIA ALAM RAHIM: MINGGU KE-17 hingga MINGGU ke-20
BAHAGIAN 7: RAHSIA ALAM RAHIM: MINGGU KE-21 hingga MINGGU ke-24
BAHAGIAN 8: RAHSIA ALAM RAHIM: MINGGU KE-25 hingga MINGGU ke-28
BAHAGIAN 9: RAHSIA ALAM RAHIM: MINGGU KE-29 hingga MINGGU ke-32
BAHAGIAN 10: RAHSIA ALAM RAHIM: MINGGU KE-33 hingga MINGGU KE-36
BAHAGIAN 11: RAHSIA ALAM RAHIM: MINGGU KE-37 hingga MINGGU ke-40

No comments:
Post a Comment