KLIK LA

Tuesday, September 23, 2014

3 Tanda Apabila Kucing Datang Pada Kita Ketika Kita Sedang Makan

Bila kita makan di kedai makan.
Tiba-tiba ada kucing datang.
Minta makanan dengan kita.
Kenapa tak pada orang lain?
Saya biasa alami situasi ini.
Saya dapat rungkaikan.
3 tanda apabila kucing datang.
Kepada kita bukan orang lain.

Pertama.
Allah sedang bagi tahu.
Makanan kita hak kita itu.
Bukan semuanya rezeki kita.
Sebahagiannya rezeki kucing itu.
Sebab itu ia datang pada kita.

Kedua.
Allah sedang bagi tahu.
Apabila kita memberi makanan.
Kepada kucing itu.
Rezeki lain akan Allah ganti.
Yang lebih baik.
Sebab 1 kebaikan itu.
Allah balas 10 kebaikan @ pahala.
Allah Maha Mampu.
Bagi lebih dari itu.

Ketiga.
Allah sedang bagi tahu.
Apabila kita tak memberi makanan.
Kepada kucing itu.
Sebenarnya kita.
Sedang menolak rezeki baru.
Allah nak bagi kepada kita.

Rezeki itu luas.
Bukan hanya pada wang.
Tapi meliputi semua kehidupan.
Ingin ikhlas memberi.
Berilah pada haiwan.
Kerana haiwan tak pandai
Ucap terima kasih kepada kita.
Ia hanya tahu minta dan makan.

HUKUM MEMBERI UPAH DAGING QURBAN UNTUK TUKANG SEMBELIH DAN TUKANG LAPAH DAGING

Soalan: Apa hukum memberi upah tukang sembelih dan tukang lapah binatang qurban dengan memberi daging binatang qurban tersebut sebagai upah?
Ustaz Azhar Idrus:
Ini banyak sangat yang terjadi, dah macam lumrah, sebab ramai yang tidak tahu hukum. Hukumnya HARAM kita memberi upah penyembelih dan juga tukang lapah, dengan daging qurban yang disembelih itu, malah dengan seurat bulu binatang qurban itu pun tidak boleh!
Saidina Ali r.a berkata, "Nabi s.a.w pernah menyuruh aku korban seekor unta milik Baginda kemudian sedekahkan daging, kulit dan apa yang di atas belakang unta-unta itu serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri." (Hadis Riwayat Muslim).
Adakah sah qurban itu?
Ibadah qurban itu sah, tetapi perbuatan memberi upah itu yang haram.
Jadi, macamana nak upah mereka?
Nak bagi upah boleh, upah dengan duit. Tetapi, kita boleh beri daging kepada mereka sedikit dari bahagian kita sebagai sedekah atau hadiah sepertimana yang kita beri kepada orang-orang lain, asalkan bukan niat upah.
Habis tu kesalahan yang lepas-lepas macamana?
Bagi sesiapa yang telah mengambil upah selama ini, maka wajib dia bertaubat dan wajib ganti balik dengan jumlah daging yang dia telah diambil sebagai upah.
Sebab itu kita kena belajar ilmu agama. Jangan belajar ilmu dunia saja. Ibadah qurban itu sunat sahaja, tetapi bila kita hendak buat ibadah qurban, belajar hukum mengenainya itu adalah WAJIB.
^ __ ^
** Mungkin ramai yang tidak tahu tentang perkara ini. Sila SHARE agar semua kawan-kawan kita juga dapat manfaat...

Monday, September 22, 2014

CANGGIH DAN MUDAH BELI AIR MINUMAN RINGAN GUNA KAD

Hebat kan zaman sekarang semua benda dihujung jari...denga sekali kilk semua maklumat kita boleh tau dengan sesaat saja..itu baru nak cari maklumat... bila sebut pasal zaman canggih dan berteknoklogi tinggi syarikat Webonline Sdn. Bhd telah mengorak langkah memperkenalkan cara mudah untuk pengguna membeli air minuman ringgan melalui mesin jualan air automatik..

Teringat dulu masa dok Uitm...GK suka juga beli air nescafe latte kat mesin air tu...dulu kena guna duit syiling pastu diorang dah upgrade boleh guna duit kertas..tapi tu la kadang kala duit kita tu kena reject juga huhuhu...

Tapi sekrang dah mudah..dan amat senang..pengenalan sistem pembayaran tanpa tunai webcash pada mesin jualan automatik yang dibangunkan oleh syarikat berasaskan sistem pembayaran dalam talian tempatan, Webonline Sdn. Bhd. dapat mengatasi masalah tersebut

Menerusi webcash, korang tidak perlu lagi membawa wang untuk membeli barang di mesin jualan automatik.Sebaliknya, dengan hanya meleretkan kad pada mesin pengesahan pembayaran webcash, korang sudah boleh mendapatkan barang yang dikehendaki.
Bagi mendapatkan kad webcash tersebut, korang perlu membayar sejumlah deposit atau prabayar kepada pihak Weboline. nak dapat kad tu boleh daftar sini http://www.webonline.com.my/wol/
Teknologi yang berteraskan sistem pembayaran pintar itu beroperasi menggunakan sistem penyelesaian Mesin ke Mesin (M2M) yang dibekalkan oleh salah satu syarikat peneraju utama telco tempatan, DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. (DiGi). 
Kat PERLIS tak dak lagi mesin ni...baru ada kat belah Cyberjaya..
Lepas ni tak payah susah nak bawa duit kesana sini..risiko kena rompak pun boleh dikurangkan..leret je kad tu....mudahkan  

Friday, September 19, 2014

HARGA RUNTUH T-SHIRT MUSLIMAH WAFIYYA @ ZALORA

Hi semua..selamat pagi dah breakfast...
Harini GK nak ajak korang cuci-cuci mata sampai membeli kat Zalora.. antara pakain yang menarik hati GK untuk dikongsi dengan korang ialah  baju t-shirt muslimah wafiyyah.. Masyallah cantik sangat koleksi dari dollcraft ni...

Untuk pengetahuan korang butik Dollscaft ini terletak di Seksyen 7 Shah Alam...dikalangan pelajar sekitar Shah Alam butik Dollscaft ini memang popular..ramai pelajar IPT mengemari rekaan dari butik Dollscaft ini...rekaan pakain yang paling digemari muslimah terutama pelajar-pelajar IPT ilalah T-shirt muslimah Wafiyya..

Kebanyakan baju-baju t-shirt muslimah yang pernah GK jumpa kat pasaran Perlis design ia agak kebudak-budakan atau macam yang seakan sama je..

GK memang pengemar pakai baju t-shirt muslimah ni sebab rasa selesa dan sopan..ye la GK kan dah ada 2 orang anak...sekarang ni segan la nak pakai seksi lagi..pakai baju t-shirt muslimah rasa lebih femini dan lebih sopan nampak ayu je...ikut tuntutan syarak..

GK terjumpa satu brand t-shirt muslimah brand WAFIYYA by Dollscraft korang mesti nak tengok koleksi dia kan cantik sangat harga pun murah kat sini ZALORA.

GK tengok design baju ni cantik sangat...harga serendah RM49 dan paling mahal pun baru RM149..

Bila GK tengok design baju-baju t-shirt muslimah Wafiyya keluaran Dollscarft ni hati GK terus terpikat sebab design yang cantik...pastu 100% cotton.  pastu labuh tutup pinggul i yang montok ni..pastu warna - warni ikut trend fesyen yang terkini...
T-shirt muslimah Wafiyya ni sesuai untuk orang badan besar juga tau...sebab saiz ia dari XS sehingga XXXXL...itu yang buat GK tertarik....

Ini adalah antara design baju yang baru dikeluarkan oleh Dollscarf korang nak tengok lagi design terbaru korang boleh tengok kat ZALORA..




Untuk ibu-ibu yang menyusu jangan risau sebab Dollscarft turut keluarkan baju muslimh untuk NURSING juga...design dia memang marbeluvvvv. rugi korang tak try...

Cuba korang tengok gambar dibawah ni...betoi tak GK kata murahkan harga t-shirt Waffiya ni serendah RM49 saja...dah la cantik boleh dapat dari saiz XS sehingga XXXXL...mana nak cari baju ada semua saiz kengkawan...
 Jom shopping kat ZALORA...

Thursday, September 18, 2014

DIY T-SHIRT



DAPAT EMAIL COLLABORATE DENGAN ZALORA

Selamat petang semua..dah makan?
Tadi GKdengar notification kat handphone yang email baru masuk...erm tapi malas nak bangun buka handphone..walaupun sebenarnya sejengkal je dari GK...
Pastu dengaq lagi email masuk...pastu terpaksa bangun juga la..tengok-tengok email dari ZALORA...


korang penah dapat email macam ni tak..kongsi la sama..GK first time dapat email macam nie...huhu...tak sabar nak tau task apa yang Zalora nak bagi...hehehe

Monday, September 1, 2014

RESEPI: HOMEMADE AIS KRIM COKLAT

Hi uollllsss....
GK nak kongsi dengan korang cara buat homemade ais krim coklat...
sekarang kita berhomemade je...
Dah ada anak kecik ni..risau juga nak beli je...takut makanan yang kita beli tu terlebih bahan-bahan yang tak sepatutnya budak-budak tmakan... macam bahan pengawet ke dan yang seangkatan denganya...

So sebagai ibu yang agak prihatin...maka dengan ini wah semangat gitu..GK nak buat sendiri la ais krim...
Akhirnya, terhasillah ice cream chocolate...

Rasa memang sedap...kalu tak sedap tak akan jadi macam ni...GK baru buat..letak dalam freezer  dalam 1 hari setengah...kalut dengan latihan koir hari kebangsaan pastu lupa terus pasal ice cream ni...

Kemarin habis je koir buka la freezer nak makan ais krim ni...tengok-tengok ini je yang tinggal...huhu..tak sempat nak snap gambar...nasib la depa mau juga tinggal...ini bukan anak-anak GK je yang makan... abang dengan adik GK pun makan...siap request suruh buat lagi....

KORANG PUN TRY LA BUAT...INSYALLAH SEDAP...

RESEPI HOMEMADE ICE CREAM CHOCOLATE:

BAHAN-BAHANNYA:
1) SERBUK MINUMAN MALT COKLAT SATU MALAYSIA- 5 SUDU BESAR
2) SEBOTOL SUSU LOW FAT DUTCH LADY 
3) SEBUNGKUS COFFEMATE
4) 2 SUDU BESAR SERBUK KOKO

Korang blender dalam 20 minit...pastu masukkan dalam freezer seharian...

opss sebelum lupa sebelum masuk dalam freezer tabur chocolate rice dulu...baru sedap....

Selamat mencuba....




JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg