Hi semua, tadi masa GK dok scroll kat FB GK pun terjumpa la petua CARA BUANG KAHAK & LENDIR BAYI TANPA UBAT..GK dulu masa ada baby kecik memang penah try petua ni alhamdulilah memang menjadi tapi kita sebagai mak - mak ni memang kena banyak bersabar..mau tak sabar dengan kita-kita naik give up...time buat kat adik adam dulu kena tunggu lama juga la nak tengok lendir dan kahak dia keluar...dengan dia dok teriak lagi...mau strress juga la..tapi pasal pikiq nak ubat anak layan je la...
Ok jom kita tengok petua CARA BUANG KAHAK & LENDIR BAYI TANPA UBAT ni..mana tau kot-kot korang nak buat kat anak-anak ampa nanti..
CARA BUANG KAHAK & LENDIR BAYI TANPA UBAT
1. Ketuk beberapa ulas bawang putih
2. Masukkan bawang putih tersebut ke dalam sebesen air panas yang masih berwap
3. Baringkan bayi anda menghadap besen berwap seperti dalam gambar. Pastikan kepala lebih rendah dari kaki
4. Serkup kepala bayi dengan kain lampin supaya wap tak terbebas atau
menyejuk dengan cepat dan bayi dapat menyedut wap bawang putih
sepenuhnya
5. Hati-hati dan pastikan tangan bayi tak menggapai besen
7. Tepuk bahagian belakang badan bayi di sebelah kiri dan kanan dengan
tangan dibentukkan "cupping" untuk melonggarkan kahak dalam paru-paru
8. Jangan tepuk di bahagian tulang belakang bayi
9. Jangan panik jika bayi anda menangis dengan kuat. Itu lebih bagus
kerana paru-paru akan mengembang dan memudahkan lendir untuk keluar.
10. Lakukan selama 10-15 minit, 2 atau 3 kali sehari. Ulang sehinggan simptom-simptom berkurang
SELAMAT MENCUBA
No comments:
Post a Comment