KLIK LA

Wednesday, June 5, 2013

RESEPI : MASHED POTATO ALA KFC

Salam hari ni GK nak bagi satu resepi yang GK dah buat memang menjadi..GK jumpa resepi kat internet..GK tengok ramai blogger yang dah buat guna resepi nie..pastu GK decide nak try la..bahan-bahan dia mudah nak cari..murah lak tue...masa GK buat tue GK guna 7 biji kentang HOLAND yang saiz sederhana besar juga...korang tau tak GK boleh dapat seperiuk mashed potato tue...GK boleh simpan mashed potato tue dalam peti ais esok sambung makan lagi...erm..sedap sangat...kalau tak caya korang try la...mudah dan murah je...kalau nak open house digalakkan buat mashed potato sendiri sebab jimat sangat...

Bahan-bahan Resepi Kentang Putar (Kentang):
  • 8 biji kentang
  • 1 kotak kecil susu segar
  • sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
  • secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah
Cara-caranya
1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong sama besar
2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 20 minit.
3. Bila kentang sudah empuk, toskan air dan letakkan semula di atas api supaya lebihan air dapat dikeringkan. Dah kering boleh alihkan dari atas api.
4. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.
5. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
6. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata.


Bahan-bahan Resepi Sos (Gravy) Kentang Putar:
  • 1 labu bawang besar (ditumbuk) 
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk) 
  • 4 sudu butter
  • 2 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air panas)
  • 2 kiub ayam knorr
  • secukup rasa serbuk lada hitam dan sulah
  • 2 1/2 cawan air
Cara-caranya
1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang. Biarkan dia caramelized (bertukar warna sedikit perang (warna caramel))
2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan tumis sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.
3. Masukkan air dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa.
5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul. Siap, hidangkan sos yang dah siap bersama kentang putar.

27 comments:

NEKCIK said...

Salam GK..ini peberet nekcik..slalu mntak anak nekcik buatkan..sos lebih

eimah siti said...

wahhhhh...favorite neh.....

teratai said...

Sedapnya memang suka kentang putar ni!

Anonymous said...

Dah copy n akan cuba resipi ni..thanks

Anonymous said...

1 kotak kecil susu segar tuu brape ml yerr..??

Gadis Kampung said...

yang 250ml...GK guna semua

Anonymous said...

Gk.. Nk tanye... Nape sos tu... Sye buat jd pucat?x jd warne brown lah GK... Blh tunjuk ajar x?nnt add id wechat sye.... Muhammadqaiyum89/0175201559... Perlukn tnjuk ajar.... 2x dh buat... Sos tetap nmpk pucat

Gadis Kampung said...

GK dah jawab pertanyaan qayyum kat wee chat arap qayyum dapat buat kuah mashed potato yang gelap dan sedap ye..

Mona Dea said...

nk cube la ptg ni...tq ye share resepi..

Anonymous said...

Salam GK.. nak tanya.. Sya buat kuahnya jd cair.. walaupun dh letak 2sudu tepung jagung.. kenapa ye..

fazliana said...

salam GK tepung jagung 2 nk memekatkn kuah kn?ltk tepung gamdum cikit boleh x?sbb xpekat la

Lina Syahirah said...

Susu segar lau nk ganti susu cair dlm tin tu boley le ye..

nurul izzah said...

My favorite food!!!! :P

Norfaseha Sukaimi said...

Knp kuah tuh rse bawang ehh?? Jd mcm kureng plak

nur said...

GK klw butter ke mjerin bleh? Haha

Anonymous said...

Klo nk jual.. bole x kuah n kntg ni.. smpn dlm peti ais.. n brp hr tahan.. n camne nk bg kuah jd gelap.. reply kt wasap sye bole? 012 940 7741

Anonymous said...

Nak trylah nnti,goreng kentang,ayam sekali sedapnye

Tengku Aironicial said...

Nak minta izin share ye...favourite ni. Nak suruh org umah buatkan..hehe

Subhiyah Yusof said...

Salam sy nk tnye knapa gravvy sy pucat eak.

Subhiyah Yusof said...

Dh tryy.. tp nape gravvy tu pucat.. and rasa bawangg

Anonymous said...

kalau xde tepung jagung cmne?

Anonymous said...

Masukkan sedikit kicap pekat untuk bagi warna kepada kuah.
Boleh tambahkan sedikit tepung gandum untuk pekatkan kuah.

Anonymous said...

GK kenapa sos saya pucat 😭

mila93 said...

Nk try aa pzni..peberet sy n ank2..xaa bzir duit nk bli lpz ne

lyana yana said...

aishh said...

Assalam Gk. Saya copy yaa.. mintak halalkan❤

Anonymous said...

admin. saya dah copy yaa resepi ni..mohon admin izin dan halalkan

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg