Tadi GK dok cari nama anak kat internet..pastu GK terjumpa satu artikle mengenai maksud huruf pertama dalam nama mengikut islam..kalau nak tengok nama-nam pilih korang boleh ke blog http://nama.crazyartzone.com
Jom tengok ada kaitan tak huruf pertama dalam nama kita dengan apa yang diberikan dibawah...
A
Ramah
dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain
bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan
kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah
reda.
B
Selalu
tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri
penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat
disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
C
Ramah
dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan.
Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang
dihadapi adalah remeh.
D
Pendiam,
bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya
itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah
selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
E
Pandai
dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila
hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh
membuatkan hati orang lain terluka.
F
Punya
pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar
memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
G
Kerap
murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika
rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya
sedang tekun.
H
Mudah
simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain.
Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita
terlalu tinggi.
I
Suka
memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu
terhadap orang lain. Suka menangis.
J
Ramah
dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah
merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
K
Pandai
berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah.
Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L
Ramah
dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan
mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya,
tidak menepati masa.
M
Pandai
dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang
dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras
kepala.
N
Baik
hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang
lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang
percaya diri.
O
Serba
boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang
lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
P
Pandai
berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering
melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.
Q
Setia
dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan.
Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
R
Pendiam
dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan
bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar
mengawal bicara ketika marah.
S
Pandai
dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri
janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah
emosi marahnya meledak-ledak.
T
Sangat
berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka
mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup,
terutama bila bersalah.
U
Suka
berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan
dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan
orang ramai.
V
Tutur
katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga
pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak
suka berterus terang.
W
Ramah dan
mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan
tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan
kesabaran dan kelembutan.
X
Budi
pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak
akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
Y
Pendiam
dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun
sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
Z
Pandai
berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan
gemar menonjolkan diri.
1 comment:
Membantulah ... *thumbs up! ^^
Post a Comment