KLIK LA

Monday, May 13, 2013

PANDUAN PILIH PAKAIAN ANAK

Orang tua-tua pesan kalau nak beli barang-barang baby elok kandungan itu 7 bulan ke atas...tapi zaman sekarang ramai ibu-ibu muda dah tak ikut petua tue..dapat tau je kata pregnant terus diorang dok survey dan beli baju baby nie..bagi GK ok je..tak kisah pun janji korang happy...
Tapi GK nak bagi tips sikit la sebelum korang nak beli baju baby tue..



1.      Mudah dibasuh dan warna tidak luntur
Dalam tempoh beberapa minggu, saiz baju bayi akan berubah. Oleh itu beli baju yang mudah dibasuh dan fabrik yang selesa. Jika beli baju yang berwarna pastikan warna tidak mudah tanggal apabila dibasuh.
2.      Pengaliran udara
Umum mengetahui lima bulan pertama bayi membesar dengan cepat. Keadaan ini membuatkan baju bayi kelihatan baru kerana hanya digunakan beberapa kali sahaja. Cari baju bersaiz besar untuk memberikan keselesaan kepada si kecil ketika memakainya. Malah ia membantu pengaliran udara dengan baik dan mampu mengelak ruam.
3.      Saiz besar
Kadang kala sukar mencari saiz baju bayi lelaki yang agak besar berbanding baju bayi perempuan. Apabila kesuntukan masa atau tiada pengetahuan mengenai kedai berdekatan, anda terus membeli baju si kecil sekadar ‘tangkap muat sahaja’. Akibatnya, baju si kecil hanya boleh pakai beberapa bulan sahaja. Sebaiknya beli baju bersaiz besar supaya tahan lebih lama.
4.      Mudah dipakai dan ditanggalkan
Jenis baju berbutang adalah dicadangkan untuk bayi berusia lima bulan pertama. Baju jenis ini mudah dipakai dan ditanggalkan. Bagi bayi pra-matang, pastikan baju yang dibeli dilengkapi topi untuk melindungi kepalanya daripada udara sejuk.
5.      Masih boleh dipakai
Jika anda merancang untuk memiliki bayi lagi, baju bayi yang tidak muat dan masih elok perlu disimpan di tempat yang kering dan dibungkus dengan kemas untuk mengelakkan daripada gigitan tikus. Jika perlu letakkan pewangi supaya baju tidak berbau ketika dalam simpanan anda 
6.      Kain kapas
Kulit bayi lembut dan sensitif. Pemilihan jenis fabrik iaitu jenis 100 % kain kapas membantu mengelak daripada masalah kulit kepada bayi. Jenis kain kapas yang mudah menyerap peluh memberi rasa nyaman kepada si kecil.

No comments:

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg