KLIK LA

Thursday, March 3, 2011

BHG. 9 RAHSIA ALAM RAHIM: MINGGU KE-29 hingga MINGGU ke-32

MINGGU KE-29

Minggu ke-29. Postur ibu akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna. Jika anda mendapat anak lelski, testikelnya beralih daripada lokasi berhampiran buah pinggang melaui pangkal paha. Jika perempuan pula, klitorisnya masih menonjol kerana labianya masih belum menutupi.

MINGGU KE-30

Seterusnya minggu ke-30. Puan perlu banyak berehat. Jika puan tidak bekerja, pastikan puan mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan puan tidur awal dan dapat tidur dengan selesa. Tips tidur – angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya. Jadi minggu-minggu terakhir ini kita secara rumusannya perlukan rehat yang cukup dan selesa. Pada waktu ini bayi sudah boleh menutup dan membuka mata untuk seketika dan dia boleh melihat bahagian dalam rahim anda.

MINGGU KE-31

Memasuki minggu ke-31. Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g. Pergerakan bayi mugkin semakin kurang bergerak kerana kekurangan ruang dalam rahim dan tidak boleh membuat gerakan terbalik kuang.

MINGGU KE -32
Minggu ke-32 pula, bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, puan-puan tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi. Pada waktu ini, kalau bayi anda adalah lelaki testikelnya mungkin sudah bergerak ke dalam kantung buah zakarnya.

http://fruitfulmusings.files.wordpress.com/2008/01/32-weeks-pregnant.jpg?w=269&h=269
Bayi berusia 32 minggu gambar 3D








1 comment:

MuMmyLiL said...

tq dpt kongsi info :)

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg