KLIK LA

Thursday, March 3, 2011

BHG. 11 RAHSIA ALAM RAHIM: MINGGU KE-37 hingga MINGGU ke-40

MINGGU KE-37
Bila sudah tiba minggu ke-37, kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.

MINGGU KE-38
Pada minggu ke-38, puan tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.

MINGGU KE-39
Puan seterusnya akan memasuki minggu ke-39, saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.

MINGGU KE-40
Minggu ke-40 adalah minggu terakhir dan memasuki minggu ini adlaah saat yang ditunggu-tunggu. Puan akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Puan juga akan muali rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi kita dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg. 
Jadi impian puan dan suami kini akan menjadi kenyataan dalam sedikit masa sahaja lagi.
http://www.getallabout.com/wp-content/uploads/2009/03/baby.jpg


....TAHUKAH ANDA....
Bayi yang lahir sebelum 37 minggu adalah pra-matang dan yang lahir selepas 42 minggu adalah terlebih matang. Semua bayi adalah berbeza tetapi biasanya bayi yang lahir pada usia 37 minggu mempunyai berat 2.86kg/6.30 paun.
http://candidchatter.files.wordpress.com/2008/10/human_infant_newborn_baby.jpg

No comments:

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg