KLIK LA

Thursday, July 19, 2012

RESEPI: IKAN PERCIK PESONA RASA



RAMUAN YANG DIPERLUKAN:
  • 1 labu bawang besar
  • 2 batang serai
  • 1cm lengkuas
  • 1 paket PERENCAH NASI GORENG adabi-(perencah ni memang sedap kalau sapu kat ikan buat ikan bakar)
  • 1/2 cawan susu IDEAL
  • 4 Helai limau purut-dimayang halus
  • 1 helai daun kunyit-dimayang halus
  • 1 kg ikan-ikan kembung(ikan siakap pun sedap juga)nak guna ikan KELI pun boleh..
  • 1 keping kertas aluminiunm
  • 1 biji limau nipis
CARA MEMBUATNYA:
  1. Kisar halus ramuan bawang besar,serai,lengkuas bersama perencah ADABI
  2. Masukkan Susu IDEAL,daun limau purut, daun kunyit- masak sehingga pekat
  3. Sapukan bahan tumsan tadi ke atas ikan kemudian bungkus dalam kertas aluminium...guna daun pisang pun boleh..lagi sedap aromanya...
  4. Panggang dalam masa 20-30 minit-guna ketuhar suhu 180'c- tapi GK selalu bakar guna sabut kelapa je..
  5. Perah limau nipis ke atas ikan sebelum hidang..

2 comments:

Pengumpul Lirik lagu said...

boleh buat menu puasa ni..thanks!

Gadis Kampung said...

nak buat sepanjang bulan ramadan oun tak pe...tukardengan ayam atau daging pun boleh kalau tak mo ikan..

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg