Bubur lambuk simple dan sedap |
Bahan-Bahan:
·
Secawan beras
·
Sehelai daun pandan
·
2 batang serai
·
1 batang lobak merah- potong dadu
·
1 biji kentang- potong dadu
·
4 sm halia- mayang halus
·
4 sm kulit kayu manis
·
300 gm ayam atau daging (diricik halus)
·
2 helai daun bawang dan daun sup
·
4 kuntum bunga lawang
·
200 gm minyak sapi
·
1 ½ liter air
·
2 gm buah pelaga
·
5 gm bawang goreng
·
2 cawan santan
·
1 kiub pati ayam
Bahan dihiris:
·
4 ulas bawang merah
·
2 ulas bawang putih
Cara Membuat:
· Panaskan
minyak, masukkan daun pandan, bawang putih, bawang merah, kulit kayu manis, serai,
halia, buah pelaga dan bunga lawang.
· Tumis
hingga naik aromanya dan berbau wangi.
· Masukkan
air dan beras.
· Bila nasi
sudah kembang, masukkan garam, pati kiub ayam, kentang, lobak merah, daun sup
dan daun bawang, santan, ayam atau daging yang telah diricik dan masak hingga
mendidih dan bolehlah dihidangkan.
· Hidangkan
bersama bawang goreng dan hirisan daun bawang.
NOTA KAKI:
Selamat menyambut RAMADHAN AL MUBARAK..
No comments:
Post a Comment