GK terjumpa kat majalah RAPI dia ada bagi tips cara nak kawalan kewangan kita, tajuk artikle tue "KEWANGAN STABIL BENTUK KERJAYA CEMERLANG"
GK hanya akan ambik point-point dia je..pastu sedikit huraian..kalau nak tulis semua memang penuh la entry nie topik nie je..GK rasa artikle nie memang sangat bagus..semua orang patut ambik tahu...
1) KONSEP SATU PERTIGA GAJI:
- Masa korang dapat gaji tue cepat-cepat la bahagi gaji orang tu pada tiga bahagian iaitu:
- hutang(kad kredit,pinjaman,kete,motor),
- simpanan (tabung haji,tabung doreamon,asnb)
- perbelanjaan harian..(makan minum,pampers,minyak kete dll)
2) BAYAR PADA AWAL BULAN:
- Dah dapat gaji tue terus bayar segala hutang yang yang sepaptutnya..kalau hutang kain baju tue bayar cepat2 jangan dok berlengah-lengah..nanti orang tarik muka lak..bil-bil tue bayar awal takut nanti terguna lak duit tue..
3) BUKA AKUAN BERASINGAN:
- Simpan la paling tak mampu pun RM50 sebulan dalam akaun yang tak kan korang korek dah..wajib buat..kalau terdesak sikit-sikit tue jangan ingat langsung pasal duit tue..buat derk je..simpan sikit2 lama2 jadi gunung...
4) BUAT PELABURAN:
- Kalau ada duit lebihan perbelanjaan tue buat la pelaburan..haritu bank rakyat ada jual saham...pakat2pulun la beli nanti boleh dapat makan keuntungan...jangan join SKIM CEPAT KAYA sudah la..nanti kayap pulak..
5) JANGAN TAMBAH HUTANG:
- Kalau berkenan perabot ke, peralatan elektrik ke, motor skuter ke. elakkan beli hutang..kumpul duit beli cash..rugi la dok bayar interest kat Aeon (sebab sekarang kalau nak hutang peniaga kedai akan bagi pinjaman Aeon)..duit interest tue boleh buat beli benda lain...kawal sikit nafsu tue..(nasihat untuk diri sendiri juga).
6) KAD KREDIT BUKAN SAHABAT:
-Orang sekarang pelik sikit beli barang dapur pun nak swap..kalau boleh beli seluar dalam pun nak guna kad kredit juga..elak la pakai kad kredit nie...buat tambah hutang je..kalau takat nak guna beli important thing tue ok la juga ni tak semua nak credit je..
1 comment:
3) BUKA AKUAN BERASINGAN
buka akaun kan?
by the way, nice sharing.
tq
Post a Comment