KLIK LA

Wednesday, July 4, 2012

RESEPI : PULUT MANGGA

Salam reader..
Korang penah makan pulut mangga tak?kalau mai perlis..kalau tak rasa pulut mempelam ni memang rugi la..tambah lak perlis nie kan negeri buah mempelam..kat perlis je ada buah mempelam "HARUM MANIS"..
Nak tau pasal pe nama mangga nie harum manis..pasal mangga nie bau dia memang harum isi dia tak penah lagi la GK rasa tawar semua manis je...sapa yang ada kencing manis tue elak-elakkan la makan mempelam nie ye...
Ok mai GK bagi resepi PULUT MEMPELAM nie ye..
makan pulut nie masa time sarapan memang terangkat la..


BAHAN-BAHAN:
2 kg beras pulut
1/2 kg santan
200gm gula
1 sudu teh garam
1 kg buah mangga

BAHAN UNTUK SANTAN @ KUAH:
1/2 kg santan
200gm gula
1 sudu teh garam

CARA MEMBUAT:
- Rendam beras pulut sekurang-kurangnya selama 3 jam untuk lembutkan pulut. (pastikan beras pulut benar-benar dibersihkan sebelum direndam).
- Kukus lebih kurang 30 minit. 
- Dalam dapur yang berlainan : masak gula,garam, santan hingga gula hancur.
-Masukkan santan yang telah masak dalam pulut yang dikukuskan tadi. Kacau sekejap. kemudian tutup. biarkan selama 1 jam sebelum diangkat.

- Untuk masak santan@kuah: masukkan semua bahan untuk santan. Masak sehingga mendidih. Kemudian angkat dan hidangkan bersama [ulut da buah mangga yang telah dipotong.

NOTA KAKI:
Kalau nak bagi wangi santan masukkan bunga melor..  




4 comments:

Ibu Lala said...

sedapnye. my peberet tapi susah nak dapat. dah ada resepi ni boleh buat sendiri jek kan. x de mangga pun x pe. copy resepi ye. salam kenal.

Gadis Kampung said...

guna durian pun boleh juga...cuba la..

Anonymous said...

Terbaik,,,

Unknown said...

Sedapnyaa, thnx share resipi..

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg