KLIK LA

Friday, June 1, 2012

RESEPI ROTI JALAN DENGAN KARI AYAM




Petang -petang macam nie kalau menjalan roti best juga.hhehehehe...buat roti jala bukan payah pun ada tepung gandum,serbuk kunyit denga telur dah boleh buat dah...janji ada acuan roti jala..kalau tak de acuan guna daun pisang pun boleh korang gulung buat muncung sikit dah boleh menjala...
Ni la acuan roti jala..nak beli murah je GK beli satu RM1.50 je...
Ok jom terjah resepi roti jala dan kari ayam sebagai pencicahnya... 
Resepi : Roti Jala
Bahan-bahan :
1. Tepung gandum 1/2 kg
2. Telur sebiji
3. Serbuk kunyit (boleh pakai pewarna)
4. Garam
5. Air
6. Santan/susu cair

Cara-cara :
1. Kisar telur, santan, serbuk kunyit dan garam.
2. Kemudian masukkan kedalam tepung dan campur dengan sedikit air.
3. Gaul bagi tepung sebati. atau Masukkan tepung dan sedikit air kemudian kisar bagi tepung cair dan tidak berketul.
4. Siap dan boleh menjala
Nak tau resepi kari ayam tak sebagai pencicah rati jala..terjah nie pulak..


Cara-cara (kari ayam)
  1. Bawang besar, bawang putih dan halia dicincang halus. Kemudian tumis rempah-ratus dan bahan-bahan ini dalam minyak yang panas sehingga keperangan.
  2. Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air. Kemudian masukkan santan.
  3. Masukkan isi ayam dan biarkan sehingga masak.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

2 comments:

Cik Puan Izan✿ said...

hai...salam kenal..saya follow blog ni yer...

BeRRy MuMMie said...

i follow

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg