Kemarin GK posa..GK berbuka makan yong tau foo...bukan buat sendiri pun beli je kat pasar malam...memandangkan bulan ramadhan dah nak dekat mesti akan ada peniaga-peniaga kecil yang akan tumbuh bagaikan cendawan yang disirami hujan betul tak??ok mai dekat sikit GK nak kongsi resepi buat kuah yong tau foo..nak buat pedas pun boleh..nak buat manis pun boleh nak buat ala-ala sup pun boleh...janji masuk mulut telan hehehehe...
RESEPI KUAH YONG TAU FOO...
Sos Hitam
Bahan-bahan:
200 g taucu hitam (dikisar)
1 cawan air
1/2 cawan kicap pekat
1 sudu makan minyak masak
1/2 sudu makan tepung jagung (dicampur bersama sedikit air)
gula secukup rasa
Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak, masukkan taucu kisar & tumis
sekejap.
2. Masukkan air, kacau seketika & biarkan mendidih
3. Masukkan kicap dan kacau
4. Masukkan gula & pekatkan sos dgn campuran tepung
jagung tadi.
Sos Pedas
Bahan-bahan:
20 biji cili merah (dibuang biji & dikisar)
1 cawan air
2 sudu makan bijan
2 sudu makan kacang tanah (digoreng tanpa minyak &
ditumbuk)
1 sudu makan tepung jagung (dicampur bersama sedikit air)
garam, gula & cuka secukup rasa
2 sudu makan sos plum
Cara menyediakan:
1. Masak air hingga mendidih.
2. Masukkan cili, kacau sekejap & biar hingga cili
masak.
3. Masukkan cuka, sos plum, garam & gula secukup rasa.
4. Masukkan campuran tepung jagung.
5. Akhir sekali, tabur bijan & kacang tanah ke dalam
sos.
Sup Yong Tau Foo
Bahan-bahan:
2 cawan air
1 kiub ayam
Bebola/fishcake (bahan-bahan yong tau foo)
Garam & gula secukup rasa
Cara menyediakan:
1. Didihkan air.
2. Masukkan kiub ayam maggi & kacau hingga larut.
3. Masukkan bebola/fishcake & masak hingga timbul.
4. Keluarkan bebola/fishcake.
5. Masukkan garam & gula secukup rasa.
NOTA KAKI:
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment