Selamat pagi...wah semangat nampak pagi nie...dah breakfast ker?jom pekena kek batik...kek batik la kek paling mudah giler nak buat..tak payah oven..tak payah microwave tak payah nak guna mixer senang sangat....jom jengah cara buat kek batik..GK buat kek batik campak dalam kuali je...bubuh dalam dulang sumbat dalam peti sejuk pastu boleh ngap..semudah ABC...
Bahan-bahan (1 dulang)
250
g biskut marie – patah 2
150
g butter
1
cawan milo
5
sudu besar serbuk koko
1
sudu besar esen vanilla
1/2
tin susu pekat manis
1/2
cawan air
Cara-cara
1) Campurkan milo, serbuk koko, esen
vanilla, susu pekat, air di dalam periuk.
Kacau sehingga sekata dan
panaskan dengan api yang perlahan.
2) Masukkan butter ke dalam periuk dan
kacau sehingga adunan menjadi pekat.
Kemudian tutup api.
3) Masukkan biskut marie dan gaul
sehingga sekata.
4) Masukkan adunan ke dalam bekas dan
mampatkan.
5) Sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam
sebelum dihidangkan.
NOTA KAKI:
GK tak bubuh telur sebab nak bagi
tahan lama...tak bubuh telur pun sedap juga...
No comments:
Post a Comment