KLIK LA

Wednesday, May 30, 2012

RESEPI HOMEMADE CHOCOLATE:CINTA MOCHA




Ini adalah bahan-bahan untuk membuat Ganache Mocha:
BAHAN-BAHAN A:
- 260g krim putar
-15g serbuk kopi segera
- 40g glukos
-50g mentega
BAHAN-BAHAN B:
- 250g coklat hitam (dikikis)
- 100g coklat susu (dikikis)


BAHAN UNTUK PENYALUT:
- 300g coklat susu
- 300g coklat putih


CARA MEMBUAT COKLAT INI:
1) Masukkan bahan (A) dalam bekas dan panaskan sehingga mendidih. Keluarkan dari api dan tuang keatas bahan (B). Kacau sehingga coklat menjadi cair. Tutup dengan plastik pembungkus dan sejukkan selama 30 minit atau semalaman..-sejam pun dah orait..ni untuk buat ganache mocha

2) Tuang satu lapisan coklat putih dan coklat susu yang telah dicairkan ke dalam acuan berselang seli untuk mendapatkan corak marble. Biarkan sejuk sehingga coklat separuh keras.

3) Gunakan pengikis untuk kikis coklat lebihan daripada acuan dan biarkan keras.

4) Isi acuan coklat dengan ganache coklat sehingga 80% penuh.

5) Isi selebihnya dengan cairan coklat susu dan coklat putih untuk membentuk corak marble.Kikiskan coklat lebihan dan biarkan sejuk.


1 comment:

Scarlett O'Hara said...

Wah!nak try!Nak try!

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg