Thursday, March 15, 2012

SAMBAL PETAI UDANG



Bila hari hujan macam ni teringat sambal petai udang....sedap sangat kalau di makan bersama nasi yang masih panas...memang terangkat la...jom kita tengok resepi sambal petai udang nie...resepi ini GK dapat dari majalah RASA...

BAHAN-BAHAN:
8 EKOR UDANG HARIMAU@ UDANG PUTIH -lebih pun tak pe
15 ULAS PETAI
125 gm CILI KISAR
2 BIJI BAWANG BESAR MERAH- dikisar
1 BJI BAWANG BESAR MERAH- dihiris
1 KEPING ASAM KEPING
GARAM DAN GULA SECUKUPNYA-nak guna ajinomoto atau HILAL pun boleh
SEDIKIT MINYAK MASAK-untuk menumis
 
CARA MEMASAK:
  1. PANASKAN MINYAK. TUMIS BAWANG SEHINGGA WANGI.
  2. MASUKKAN CILI KISAR @CILI BOH. KACAU LAGI SEHINGGA NAIK MINYAK
  3. MASUKKAN ASAM KEPING, GARAM DAN GULA SECUKUP RASA- nak masuk aji pun boleh.
  4. KEMUDIAN MASUKKAN UDANG. GAUL DAN BIAR SEHINGGA UDANG MASAK.
  5. MASUKKAN PETAI DAN KACAU SEKETIKA.
  6. AKHIR SEKALI MASUKKAN BAWANG BESAR SEBAGAI PENYERI...

 

No comments:

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg