KLIK LA

Thursday, March 15, 2012

RESEPI: KEK LOBAK MERAH



Salam semua hari ini GK nak kongsi satu lagi resepi kek yang GK mabik dari majalah RASA...resepi dia memang simple sangat..ada member GK yang dah try buat..dan dia kata jadi memang sedap sangat....korang try la...bahan-bahan dia memang simple dan ringkas je...


BAHAN-BAHAN:
10 BIJI KUNING TELUR
25gm GULA
200gm TEPUNG GANDUM
1 SUDU TEH SERBUK KAYU MANIS
750GM LOBAK MERAH
500gm BADAM- DICINCANG HALUS
200gm MENTEGA- DICAIRKAN
SEDIKIT SERBUK PENAIK

BAHAN-BAHAN MERINGUE:
10 BIJI PUTIH TELUR*
250gm GULA *
*PUTAR SEHINGGA KEMBANG.

 CARA MEMASAK:
  1. PUKUL KUNING TELUR DENGAN GULA HINGGA KEMBANG
  2. MASUKKAN TEPUNG, SERBUK PENAIK DAN SERBUK KAYU MANIS.GAUL SEHINGGA SEBATI
  3. MASUKKAN LOBAK MERAH YANG SUDAH DIKISAR HALUS. BERSELANG SELI DENGAN BADAM
  4. MASUKKAN BADAM. GAUL DENGAN SENDUK SEHINGGA RATA
  5. MASUKKAN MERINGUE. GAUL SEHINGGA RATA.
  6. MASUKKAN MENTEGA CAIR YANG TELAH DISEJUKKAN (JIKA PANAS IA AKAN BERKETUL)
  7. TUANG ADUNAN DALAM ACUAN DAN BAKAR DENGAN SUHU 180'C SELAMA SEJAM ATAU SEHINGGA MASAK.
NOTA KAKI:
MAJALAH RASA BAGI 4 BINTANG UNTUK RESEPI INI....SELAMAT MENCUBA


1 comment:

Hefa Azman said...

slm...minta izin resepi yea,,.sound like secret resepi...carrot slice,,,tq

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg