IKAN HARUAN PANGGANG ULAM RAJA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan haruan
1 helai daun pisang
BAHAN DIKISAR:
100gm ulam raja
10gm kunyit segar
50gm kelapa parut
40 gm serai
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan lada hitam
1 sudu makan pes cili
1 sudu makan gula merah
1 cm belacan
Gram secukup rasa
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAKNYA:
- Perap ikan haruan dengan bahan kisar selama setengah jam.
- Bungkus dengan daun pisang dan panggang selama lebih kurang 10 -12 minit sahaja...
Info:
Ikan haruan kaya khasiatnya dapat menjadi penawar luka dalaman dan ianya sangat sesuai diambil wanita selepas bersalin. Manakala ulam raja dapat membersihkan darah dan menguatkan tulang.
1 comment:
sedapnya ikan "where" ni ---> sebutan org kelantan.hehe
Post a Comment