TAUGE GORENG
BAHAN-BAHAN:
- 500 gm tauge segar
- 200 gm isi ayam (dipotong kecil)
- 80 gm lobak merah
- 20 gm daun bawang (dipotong panjang)
- 10 gm bawang putih (dihiris halus)
- 15 gm halia (dicincang)
- 30 ml minyak zaitun
- Sedikit kicap manis
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAKNYA:
- Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau
- Masukkan isi ayam dan lobak merah. Kacau sehingga sebati
- Masukkan tauge dan kacau selama 2 minit
- Kemudian masukkan garam dan kicap secukup rasa.
INFO:
Menurut kepercayaaan orang- orang lama, taugeh menggalakkan kesuburan wanita dan ianya kaya vitamin dan mineral asid folik. Asid folik sepatutnya diambik sebelum hamil lagi kerana ia bukan sahaja membantu pembentukan bahan genetik,malah membantu pembentukan sel-sel darah merah. Pengambilan secara mencukupi semasa peringkat pertama hamil pula boleh mengurangkan risiko kecacatan bayi...
No comments:
Post a Comment