KLIK LA

Friday, November 19, 2010

NEHARI (KARI KAMBING KASHMIR)


http://1.bp.blogspot.com/_3YJkpKGXq8g/Sm58o5gdKPI/AAAAAAAADBk/SzASvDJyuu0/s400/IMG_4852.JPG

Bahan-bahan:
1 camca besar garam masala
4 ulas bawang putih dicincang halus
2 cm halia dicincang halus sedikit garam
2 camca kecil serbuk cili
1 camca besar serbuk ketumbar
1/2 camca kecil serbuk buah pala
1 camca besar serbuk jintan kasar
1 camca besar paparika
4 labu bawang besar dihiris nipis
1kg daging kambing didadu ( Bahagian kaki )
150ml Tairu
2 camca besar tomato puri
1/2 cawan kacang dhal direbus sampai lembut dan dimesin
1/2 cawan daun ketumbar dicincang halus
2 biji cili hijau dihiris
Minyak Vesawit untuk menggoreng
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Cara memasak:
• Gaulkan daging kambing dengan sedikit garam dan garam masala dan goreng sebentar. Keluarkan dari periuk dan asingkan. Dalam periuk yang sama tumis bawang besar sampai kuning dan garing lalu di masukkan semula daging tadi.
• Masukkan semua bahan-bahan yang lain ke dalam daging kecuali dhal dan kacau rata dan dikecutkan selama 10 minit.
• Masukkan air dan Dhal didihkan sampai empuk. Tambahkan garam dan taburkan daun ketumbar dan cili hijau.

No comments:

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg