KLIK LA

Tuesday, October 12, 2010

NASI GORENG KERABU

 http://3.bp.blogspot.com/_2Cl12WrkL5g/SP9KKYPcEYI/AAAAAAAAATY/3m6TWEFE57U/s400/DSC_0245.JPG
 Bahan-Bahan:
4 cawan nasi sejuk
2 ulas bawang merah-ditumbuk
2 ulas bawang putih-ditumbuk
10 biji cili api-ditumbuk
100 gm Isi ayam dipotong kecil
100 gm udang
100 gm Ikan bilis goreng
1 batang serai
1 batang bungan kantan
1 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut                  
5 batang kacang panjang
5 batang kacang botol
5 putik jagung muda
1 batang lobak merah kecil- potong dadu
sedikit garam
minyak
sos ikan/nampla

Cara:
1.  Mayang halus bahan sayur.
2.  Panaskan minyak kemudian tumis semua bahan-bahan
yang telah ditumbuk halus.
3.  Apabila sudah garing masukkan ayam, udang dan biarkan seketika.
4.  Kemudian masukkan nasi dan kacau.
5.  Akhir sekali masukkan ikan bilis dan juga bahan-bahan yang
telah dimayang.
6.  Kacau hingga rata dan renjiskan sos ikan.
7.  Bila sayur tu nampak agak layu bolehlah diangkat dan hidangkan. 

P/S: Resepi yang saya kumpul pada 2005 untuk dijadikan buku koleksi khas untuk suami saya...

No comments:

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg