KLIK LA

Tuesday, October 12, 2010

NASI AYAM LEBANON


http://2.bp.blogspot.com/_es7FYyh6EmE/SqODwOP0gtI/AAAAAAAAANI/dk26hTbxnQ4/s320/maqloubeh.jpg
Gambar hiasan
Bahan-bahan

1 ekor ayam dipotong lapan
1/2 camca kecil serbuk kulit kayu manis ( A )
1/2 camca kecil serbuk lada hitam ( A )
1/2 camca kecil serbuk "all spice" ( A )
Sedikit garam
20 biji badam
4 labu bawang besar dihiris
6 ulas bawang putih dicincang halus
1 tin besar buah tomato
1 camca besar tomato puri
1/4 cawan kismis hitam
6 buah pelaga
2 kuntum bunga lawang ( B )
1 batang kulit kayu manis ( B )
3 cawan beras basmati
3 cawan air rebusan ayam
Segenggam daun ketumbar dicincang halus
8 camca besar mentega
Minyak untuk menggoreng ayam

Cara-cara

• Gaulkan ayam dan bahan A. Panaskan minyak gorengkan badam dan keluarkan sebentar. Masukkan ayam dan bawang, goreng sampai garing sedikit.
• Tuangkan tomato puri dan sedikit air.
• Tambahkan garam dan masaklah sampai empuk. Keluarkan ayam dan asingkan sosnya.
• Di periuk yang lain, tumiskan bahan B dengan mentega serta kismis hitam.
• Masukkan kuah tomato, ayam dan air rebusan ayam lalu didihkan.
• Masukkan beras dan garam dan tanaklah umpama masak nasi.
• Apabila masak sajikan bersama ayam, badam goreng dan daun ketumbar di atas.

 

P/S: Resepi yang saya kumpul pada 2005 untuk dijadikan buku koleksi khas untuk suami saya...

No comments:

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg