Thursday, October 14, 2010

MEE/BIHUN GORENG HAILAM


 http://farm3.static.flickr.com/2446/3868498992_0bdab9fb68.jpg
Bahan:
600 gm mee atau bihun [rendamkan sehingga lembut]
200 gm isi ayam [potong nipis dan kecil]
100 gm sotong [potong kecil]
100 gm udang [bersihkan]
200 gm kubis [racik halus]
100 gm carrot [racik halus]
100 gm taugeh [bersihkan]
100 gm daun kucai [potong pendek]
1 s/b lada hitam[tumbuk]
4 ulas bawang putih [tumbuk]
3 s/b minyak masak
2 s/b besar kicap cair
1/2 cawan air

Hiasan
2 biji cili merah [racik halus]
2 keping tahu goreng [potong kecil]
3 batang daun saderi ]
3 batang daun bawang ] racikkan
3 biji telur [ buatkan dadar dan potong kecil]

Garam secukup rasa

Cara membuat
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan lada hitam sehingga wangi.
2. Masukkan isi ayam, sotong dan udang dan Kacau rata.
3. Bila sudah masak, masukkan bihun, air dan kicap. Gaulkan rata dan biarkan masak.
4. Masukkan sayuran yg dipotong. Gaulkan rata. Rasakan masinnya.
5. Bila telah sayur telah layu dan masak boleh diangkat dan hidangkan dalam pinggan besar.
6. Hiaskan dengan bahan hiasa yg telah disediakan.

No comments:

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg