KLIK LA

Thursday, October 14, 2010

LAKSA PENANG MARI


 http://4.bp.blogspot.com/_nq7FxyIamOE/SNXM9YSXO4I/AAAAAAAAAVY/Sri3m0saZJg/s400/laksa+penang+dan+sambal+belacan+-+flickr.jpg
bahan
1 kg ikan kembung, direbus dan diambil isinya lalu dikisar halus
1 bungkus laksa kering, direndam sehingga lembut lalu direbus sehingga empuk ketepikan
8 keping asam gelugur
1 kuntum bunga kantan
1 tangkai daun kesum
10 biji limau kesturi, dibelah dua & buang biji
5 mangkuk air rebusan ikan
Garam secukup rasa

Bahan A (Dikisar halus):
2 biji bawang besar
5 cm belacan
10 tangkai cili kering yang direbus

Bahan (Dihiris nipis):
1 bawang timun
2 biji bawang besar
1/2 biji nanas
1 pokok daun salad
2 kuntum bunga kantan
2 biji cili merah

Cara membuat
Masukkan ke dalam periuk bahan A, isi ikan, air rebusan ikan, asam gelugur, daun kesum, bunga kantan dan masak sehingga mendidih, tambahkan garam secukupnya.

Cara menghidang:
Masukkan laksa ke dalam mangkuk dan hias dengan timun, bawang, cili, nanas serta limau kesturi. Apabila hendak makan, tuang kuah laksa ke atasnya.

2 comments:

BaiTiL a'tiQa said...

suka makan laksa...
rasa2 dekat mulut nie...
hee..

Gadis Kampung said...

awak aritu saya ada buat laksa penang guna ikan mata besar(kalau belah utara panggil ikan uji rashid)ikan nie mata besar badan tak la besar pun sama saiz ikan kembung je..lagi sedap dari ikan kembung...

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg