KLIK LA

Thursday, October 14, 2010

MEE TOMYAM SEGERA


http://1.bp.blogspot.com/_Ljv08Lg11pM/TC1SjXFdSTI/AAAAAAAAAwE/5kz__s1fV1k/s1600/mee+tomyam.jpg
Bahan:
3 bungkus mi segera perisa tomyam
100 gm isi ayam
100 gm udang
100 gm sotong
100 gm bunga kobis
1 biji tomato (dibelah 4)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 batang serai (diketuk)
8 biji cili padi (diketuk)
1 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu besar pes tomyam
3 helai daun limau purut (koyakkan)
2 biji limau nipis (ambil jus)
Air & garam secukupnya
1 pokok daun ketumbar (cincang)
Minyak masak

Cara membuat
1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali.
2. Tumiskan bawang putih hingga garing.
3. Masukkan air, daging, serai & cili padi.
4. Masak hingga daging lembut.
5. Kemudian masukkan udang, sotong, kobis bunga, tomato, bawang besar & pes tomyam.
6. Apabila mendidih, masukkan daun limau purut, garam & air limau nipis.
7. Akhir sekali, masukkan mi & masak selama 3 minit.

No comments:

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg