KLIK LA

Thursday, October 14, 2010

BIHUN GORENG SIMPLE + SEDAP


http://4.bp.blogspot.com/_CUutVwTXNDU/SYgdL03eyGI/AAAAAAAAAB8/-X0EgLsuC8s/s400/Bihun+Goreng+Seafood.jpg
BAHAN-BAHAN: 
600 gm bihun kasar
600 gm tauge
300 gm kucai
300 gm tauhu
150 gm udang
150 gm daging
10 biji cili kering
6 biji cili merah
3 biji telur
2 biji limau nipis
4 labu bawang merah
4 ulas bawang putih
2 sudu besar minyak
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
PILIHAN:  Guna la perencah HILAL...sedap sangat masakan korang nanti.

CARA-CARA:
1) Rendam bihun selama 1 jam untuk melembutkannya. Toskan. 
2) Mesin atau tumbuk cili kering. Potong kucai sepanjang 1.5 cm. 
3) Hiris bawang merah dan goreng untuk dijadikan bawang goreng. 
4) Goreng tauhu dan kemudian potong 1 cm persegi. Rebus telur dan potong bulat-bulat. 
5) Bersihkan tauge dan toskan. 
6) Potong daging sebesar 1.5 cm persegi dan rebus hingga empuk. Ketepikan. 
7) Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan cili mesin. 
8) Masukkan daging, udang, garam dan gula. Masukkan bihun dan kacau hingga sebati. Masukkan tauge, kucai dan kacau selama 5 minit.
9) Apabila menghidang taburkan tauhu goreng, bawang goreng, cili merah, telur, daun saderi dan daun bawang. Perah limau nipis ke atas masakan.

No comments:

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg