KLIK LA

Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts

Tuesday, June 3, 2014

KISAH BERAT BADAN MAKAN TUAN

BERAT badan mencecah 587 kilogram (kg) kedengaran melampau dan luar biasa. Namun, itulah catatan yang rekodkan Guinness World Records untuk lelaki paling gemuk di dunia, Manuel Uribe pada tahun 2007.
Disebabkan berat badan itu, Uribe yang berasal dari Monterrey, Mexico, terpaksa menghabiskan masa selama 14 tahun di atas katil yang direka khas untuk memudahkan dia bergerak.
Keadaan ini menyebabkan Uribe tekad untuk membuang sejumlah lemak yang terkumpul dalam badannya kepada 394kg.
Walaupun bersaiz gergasi dan tidak berpenampilan menarik, masih ada wanita yang mahu menjadi kekasihnya iaitu Claudia Solis.
Mereka berkahwin pada tahun 2008 semasa Uribe berusia 43 tahun manakala Claudia 38 tahun.
Perkahwinan itu mendapat liputan meluas media sehinggakan sebuah stesen penyiaran Amerika Syarikat sanggup membeli hak penyiaran majlis itu yang dihadiri 400 orang tetamu.
Malangnya, pertambahan berat badan Uribe mula menjejaskan hubungan mereka suami isteri.
"Saya sangka perkahwinan ini akan kekal. Namun, akibat berat badan saya yang bertambah hari demi hari, Claudia meminta cerai. Perkara tersebut menyebabkan saya semakin murung," cerita Uribe.
CLAUDIA SOLIS


Normal
Semasa zaman remaja, berat badan Uribe agak normal iaitu 113kg. Bagaimanapun, pada tahun 1992, berat badannya meningkat.
"Saya tidak tahu macam mana berat badan saya boleh naik dan tiada langsung menunjukkan tanda-tanda akan turun sedangkan saya makan sama macam orang normal.
"Seperti kebanyakan penduduk Mexico yang lain, saya makan makanan yang sama seperti mereka, contohnya hamburger, kentang goreng, piza, kacang, nasi dan makanan tradisi Mesico, iaitu jagung tortila," katanya.
Jelasnya, keadaan tersebut berlaku mungkin disebabkan jenis pekerjaannya ketika itu.
"Saya bekerja sebagai juruteknik. Tugas saya hanya membaiki mesin taip dan komputer.
"Jadi, aktiviti harian saya sekadar duduk di atas kerusi dan tidak banyak melakukan pergerakan," katanya.
Kegemukan tersebut mula melarat pada tahun 2002 hinggakan dia sekadar dapat berbaring di atas katil. Dia terpaksa bergantung kepada ibu dan rakan-rakannya untuk memberinya makanan selain membersihkan badan.
Pada 2 Mei lalu, Uribe dikejarkan ke hospital akibat masalah kesihatan yang berpunca daripada kegemukannya.
Pada masa itu, Uribe berada di atas katilnya di rumahnya di bandar San Nicholas, Monterrey.
Disebabkan berat badannya, dia terpaksa diangkut menggunakan sebuah kren dengan bantuan pekerja-pekerja daripada perkhidmatan kecemasan dan pasukan pertahanan awam Mexico.

SEJAK tahun 2002, Uribe lebih banyak menghabiskan masa di atas katil.


Obesiti
Begitupun, Uribe meninggal dunia Selasa lalu pada usia 48 tahun.
Menurut seorang pegawai di Hospital Universiti Monterrey, laporan awal menunjukkan Uribe meninggal dunia akibat masalah kadar degupan jantung yang tidak teratur dan penyakit berkaitan dengan kehilangan cecair pada kedua-dua belah kakinya.
Sementara itu, Pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Roslee Rajikan berkata, lazimnya kegemukan terjadi berpunca daripada pengambilan makanan yang tidak bersesuaian dengan aktiviti harian dan juga ketidakstabilan emosi seseorang.
"Seseorang perlu peka dengan pengambilan makanan harian supaya bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan.
"Ini kerana jika kalori yang diambil tidak dibakar, ia akan tersimpan menjadi lemak dan lama-kelamaan akan memudaratkan kesihatan seseorang," katanya.
Jelasnya, seseorang juga tidak digalakkan mengambil makanan ketika emosi mereka tidak stabil kerana perkara tersebut mendorong seseorang mengambil makanan lebih daripada kuantiti yang diperlukan.
"Indeks jisim badan normal adalah antara 20.7 hingga 26.4, manakala 26.5 dan ke atas dikategorikan sebagai gemuk dan obesiti.
"Bagaimanapun, dalam kes lelaki Mexico ini, dia bukan sahaja mencapai tahap obesiti, malah dikategorikan sebagai morbid obesiti iaitu kegemukan yang mengancam nyawa," jelasnya.

Thursday, January 30, 2014

BACA LA TAK RUGI...

5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut:

1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.

2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya, In sha Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang  kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion + ve, manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam). Sabda Nabi Ilmu itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Cara senang utk dptkan pahala walaupun slps mati . 
  • Pasang kipas di surau/masjid wlaupun 1 , setiap kali org guna ,anda dpt pahala walau slps mati .
  • Derma kerusi roda dihospital . Setiap kali psakit guna , anda akn dpt pahala .
  • Beri baju kpd org , setiap kali org pakai , anda dpt pahala
  • Beri makanan kpd org , anda dpt pahala selagi makanan itu mnjadi darah dagingnya .
  • Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada .

7 kalimat yg harus di biasakan..
  1. Bismillahirrahmannirrahim-Setiap hendak melakukan sesuatu. 
  2. .Alhamdulilah-Setiap habis melakukan sesuatu. 
  3. Astagafirullah-Jika melakukan sesuatu yg buruk. 
  4. InsyaAllah-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan dtg. 
  5. .Laa hawla walaaquwwata illaah billaah-Bila tidak dpt melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.
  6. Innalillahi wainna ilaihi rojiun-Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khbr kematian. 
  7. Lailaha illallah-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.
Rasulullah bersabda,"Barangsiapa yg menyampaikan 1 ilmu sja dan ada org yg mengamalknnya, maka walaupn yg menyampaikan sudah tiada(meninggal dunia),dia akann tetap memperoleh pahala..
Amiiin ya rabbal alamin
Semoga bermanfaat.
Amin....
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد
ٍ
Hantar ke semua contact . Anda akan membuat beribu , malah berjuta-juta org berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg