Selepas malaikat israfil meniup sangkakala(bentuknya seperti tanduk besar) yg memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu,izrail pun mencabut nyawanya malaikat yg tgl dan akhirnya nyawanya sendiri.
selepas semua makhluk mati, tuhan pun berfirman mafhumnya "kepunyaan siapakah kerajaan hari ini"? Tiada siapa yg menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dgn keagunganNya "Kepunyaan allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
Selepas 40 tahun, Malaikat israfil a.s dihidupkan,seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih,berupa padang mahsyar (umpama padang Arafah) yg rata tidak berbukit atau bulat spt bumi.
Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yg berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.
semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sgt takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yg akan mereka hadapi kelak.
Lalu datanglah api yg berterbangan dgn bunyi seperti guruh yg menghalau manusia,jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan(bagi yg banyak amal), bejalan kaki(bagi yg kurang amalan), dan berjalan dgn muka (bg yg banyak dosa). Ketika itu ibu akan lupakan anak,suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
Setelah semua makhluk dikumpulkan,matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggl dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yg amat dahsyat.
Tiba-tiba langit yg tebal pecah dgn bunyi yg dasyat,lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada ALLAH SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yg besar dan suaranya yg menakutkan.
Kemudia matahari muncul semula dgn kepanasan yg berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandi peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yg mengandungi air yg hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bkn mukmin akan dihalau oleh malaikat yg menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selam-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi,warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia pempunyai saluran yg mengalir dari syurga.
Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yg terik kecuali 7 golongan yg mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
i- Pemimpin yg adil.
ii- Orang muda yg taat kepada perintah ALLAH SWT.
iii- Lelaki yg terikat hatinya dgn masjid.
iv- Dua orang yg bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
v- Lelaki yg diajak wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
vi- Lelaki yg bersedekah dgn bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
vii- Lelaki yg suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalirkan air matanya kerana takutkan Allah.
Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar,semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yg beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s.(semuanya memberi sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yg lain adalah 1000 tahun perjalana.
Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammmad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
Selepas itu terdengar bunyi pukulan gendang yg kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yg dipikul oleh 8 malaikat yg sangat besar(besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dgn suara yg amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
Arasy ialah jisim nurani yg amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yg mempunyai 4 batang tiang yg sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yg besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yg mempunyai seribu bilik yg menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yg menghijap cahayanya yg sangat kuat.
Kursi iaitu jisim nrani yg terletak di hadapan Arsy yg dipikul oleh 4 malaikat yg sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin di tengah padang. Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yg terletak dihadapan istana.
Seluruh makhluk pun menundukan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanglah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat hafazhah/raqib & 'atid/kiraman katibin.
Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & dan munafik beratur bersama pemimpin mereka yg zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri utk dibezakan.
Umat yg pertma kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yg pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yg pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalanya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dgn tangan kanan bg orang mukmin dan tngan kiri jika orang bukan mukmin.
Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu neraca timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yg mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yg bercahaya untuk menimbang pahala dan yg gelap untuk menimbang dosa.
Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing di hisab.
Perkara pertama yg diminta ialah islam. Jika dia bukan islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
Ketika dihisab, mulut manusia akan di pateri, tangan akan berkata-kata,kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
Setelah amalan ditimbang,makamah mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yg sedang dibicarakan sehinggalah seluruh mskhluk berpuas hati dan dibenarkan menyeberangi titian sirat.
Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
i- Meringankan penderitaan makhluk di padang mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ii- memasukan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
iii- mengeluarkan manusia yg mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh tuhan utk memberi syafaat kpd para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70000.setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70000 orang lain.
Setelah berjaya dihisab,manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul mustaqim ialah jambatan (titian) yg terbentang di bawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah spt sehelai rambut yg dibelah tujuh dan ia lebih tajan dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan di lebatkan dan di mudahkan menyebetranginya.
fudhail bin Iyadh berkata perjalan di sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yg melintasinya seperti kilat,seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yv tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menatik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yg lalu. Setiap 1000 orang yg meniti sirat,hanya seorang sahaja yg berjaya melepasinya. 999 orang akan jatuh ke neraka.
RUJUKAN:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh zainal Abidin Muhammad Al-fathani. Pustaka Nasiional singapura 2004
jika sekiranya kalian ingin mengumpulkan saham akhirat,sampaikanlah ilmu ini kpd sahabat2 yg lain. Seperti sabdha Rasulullah SAW: "sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat"
Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu,hanya 3 perkara yg akn dibawanya bersama:
-sedekah/amal jariahnya.
-doa anak2nya yg soleh.
-ilmu yg bermanfaat yg disampaikannya kpd org lain.
No comments:
Post a Comment